Bedah Ekonomi Israel

bedah ekonomi israel

Bedah ekonomi Israel dan apa yang perlu diboikot sebenarnya. Ramai yang ingin mengusahakan untuk boikot ‘produk’ Israel setiap kali isu Palestine menjadi hangat.

Jadi kat sini nak share sebenarnya, apakah keadaan ekonomi Israel, income kerajaan diorang banyak dapat daripada mana, adakah diorang bergantung kepada US dan sejauh mana kesan boikot McD Malaysia kepada kerajaan Israel. (teaser, kalau McD Malaysia bankrap pun sampai hilang semua jutaan sumbangan zakat dan berbillion pendapatan untuk pekerja muslims, hanya kurangkan 37 sen daripada duit kerajaan Israel)

Dan juga akan dimasukkan juga lah syarikat-syarikat yang memang milik Israel yang langsung takde siapa pun pernah sebut untuk boikot . Sebelum tu sebab post ni tersangat panjang dan ambil masa 3 jam untuk tulis, nah barang merchandise Palestine untuk dibeli.

Ekonomi

Saiz ekonomi Israel lebih besar daripada Malaysia, USD522.5 billion vs USD406.3 billion. Walaupun population Israel hanya 9.3 juta penduduk, berbanding Malaysia 32.7 juta penduduk. Ini bermaksud GDP per capita Israel, hampir 5 kali ganda daripada Malaysia. Maksudnya orang Israel ni memang kaya la senang kata, GDP per capita diorang lagi tinggi daripada UK dan Jepun okay haha.

Ekonomi Israel banyak power pada teknologi. Diorang ada second largest startup companies kat dunia ni hanya selepas US. Dan third largest company dalam Nasdaq hanya selepas US dan China. Bermaksud kalau nak boikot barangan Israel, dia bukanlah dengan tak beli fast food. Tapi tak guna produk teknologi diorang.

Antara produk teknologi Israel yang famous adalah wix.com (orang guna untuk buat website), elementor (tipu la sesiapa buat website dengan WordPress tak guna benda ni), Fiverr (platform cari programmer dengan kos rendah), Babylon (dictionary).

Dan…. Waze. Cuma Waze ni dah kena beli oleh Alphabet (Google).

Jadi dia takde kaitan dah dengan Israel sekarang ni. Tapi produk-produk famous macam ni pun hanya menyumbang sikit je kepada ekonomi Israel. Dua produk utama Israel yang sangat menyumbang besar kepada ekonomi diorang, adalah diamonds, dan semiconductor.

Israel apparently sangat famous dengan diamonds, itu eksport utama diorang sehingga bernilai USD9 billion. Tapi diamonds diorang rasanya tak sampai la ke Msia ni, jadi takleh nak boikot. Second export utama diorang, semiconductor (USD 5 billion), susah sebab semiconductor ni kita tak tau sangat dia akan pergi ke dalam produk mana.

Israel menjadi centre R&D yang sangat famous untuk teknologi. Lebih daripada 400 teknologi company daripada IBM, Intel, Google, HP, Meta ada bukak R&D dekat sana.

Intel memang antara company paling aggressive duk invest dalam Israel. Baru tengah tahun ni diorang invest USD25 billion dalam Israel, yang dikatakan pelaburan foreign company paling besar dalam sejarah Israel.

Memang susah nak boikot Meta atau Google. Tapi Intel boleh kan? Sebab ada pengganti AMD. Again, takde siapa yang cakap. Tak habis-habis dengan senarai fast food atau junk food yang entah tang mana la diorang ni ada kaitan dengan Israel .

Dan aku tak nafikan antara Intel dan AMD, Intel is a better CPU. Cuma tak mati pun kalau tak guna Intel. At least harga CPU tu jauh lagi mahal la berbanding beli McD tu. Dah. Cukup dah berkaitan Ekonomi diorang. Kita pergi kepada budget kerajaan Israel pulak

Budget kerajaan Israel

Kerajaan Israel punya hasil setahun dalam USD119.3 billion (for comparison, Malaysia dalam USD65 billion setahun). Yang mana majoriti (~25%) daripadanya adalah daripada VAT (nama lain GST), other Goods and Services Tax (~11%), personal income tax (~22%), corporate income tax (~9%), property tax (~10%), payroll tax (~4%) dan social security contribution (~17%)

Pada tahun 2022, kerajaan Israel berjaya mendapatkan budget surplus. Maksudnya pendapatan kerajaan diorang melebihi daripada perbelanjaan kerajaan. Sesuatu yang Malaysia dah tak dapat sejak 25 tahun lepas.

Secara ringkasnya, kewangan kerajaan Israel sangat kukuh la. Dan ianya kukuh dengan berdiri sendiri, bukan daripada bantuan US, atau sewaktu dengannya

Hubungan ekonomi US dan Israel

Aku jujurnya masih tak faham kenapa US ni jaga sangat kepada Israel haha. Tapi memang US trading partner no 1 Israel. Majoriti export Israel pergi ke US. Dan diorang pun takde langsung sebarang barrier untuk trade sesama diorang.

Access kepada US punya market ni menjadikan dengan saiz ekonomi Israel, diorang secara teori tak perlukan langsung dah negara lain. Cukup dengan export ke US, rakyat Israel dah akan boleh hidup mewah dan selesa.

Adakah Israel bergantung kepada funding daripada US? Langsung tak, tapi US memang ada bagi funding kepada kerajaan Israel.

Pada tahun 2022 (tahun yang tidak perang), US bagi sebanyak USD3.3 billion kepada Israel. Tapi hari ni baru je diumumkan, US akan berikan sebanyak USD14.5 billion military aid kepada Israel.

Amount tu lebih kurang 2.7% dan 12% daripada hasil kerajaan Israel respectively. Untuk kerajaan, walau 2.7% pun dah dikira significant sebenarnya. Apatah lagi 12%.

Tapi amount tu besar tak utk US? Langsung tak. US punya government revenue sebanyak USD4.44 trillion. Trillion okay lol. Jadi amount tu hanyalah dalam 0.07% dan 0.3% daripada keseluruhan duit kerajaan US.

On a side note, Israel menganggarkan kos perang diorang dengan Palestine ni sebanyak USD246 juta SEHARI. bedah ekonomi israel.

Kesan boikot McD Malaysia kepada Israel

Btw kalau nak cakap berkaitan McD Corp punya bayaran cukai sebagai sumbangan kepada duit yang diberikan kepada Israel….

McD Corp punya cukai hanya dalam USD2 billion. Roughly 0.045% daripada jumlah pendapatan kerajaan US. Since 0.3% daripada hasil kerajaan US pergi ke Israel, jadi bolehlah kata dalam 0.000135% daripada duit yang disumbangkan kepada Israel tu, adalah hasil daripada McD.

McD Corp Revenue sebanyak USD23.2 billion, yang mana royalty daripada McD Malaysia hanya dalam USD37 juta, atau 0.15% daripada keseluruhan income McD Corp.

Jadi kalau kita darab lagi 0.15% ni dengan 0.000135%, maka kita akan dapat dalam 0.00000000215% sahaja daripada apa yang McD Malaysia bayar ni, pergi ke Israel. bedah ekonomi israel.

Iaitu bersamaan 37 sen

Korang boikot McD Malaysia sampai bankrap pun, sampai berpuluh ribu hilang kerja pun, hanya mengurangkan duit kepada Israel sebanyak 37 sen.. Nak dibandingkan dengan zakat yang dibayar, peluang pekerjaan yang dicipta… Serius tak berbaloi.

Sebab again, realitinya takde bukti langsung McD Corp masih berikan duit kepada Jewish fund ataupun Israel secara terus.

Jadi kesan ekonomi yang lebih besar untuk boikot?

Jangan bayar langsung untuk wix.com, elementor dan fiverr. Atau apa-apa syarikat yang memang beroperasi di Israel.

Selain daripada kesan ekonomi, memberi signal bantahan ke atas pelaburan dan sokongan ke atas Israel pun boleh dilakukan untuk memberi signal bantahan, seperti kepada Intel, dan baru-baru ni wife CEO Grab etc.

Kenapa ianya penting? Sebab Israel kena rasa yang ramai pihak tak setuju dengan diorang. Jadi nak boikot silakan. Tapi fikir lah untuk boikot yang memang memberi impak. Bukan main tembak je entah syarikat mana-mana. bedah ekonomi israel.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply