Masalah Sistem Pejabat Tanah

masalah sistem pejabat tanah

Masalah Sistem Pejabat Tanah ? Antara kefasadan sistem pejabat tanah ialah, misalnya anda hantar dokumen 30 mukasurat kepada mereka, jika ada kesalahan pada mukasurat pertama, maka mereka akan reject tanpa periksa mukasurat 2 hingga 30.

Selepas anda buat pembetulan mukasurat pertama tu dan hantar semula dokumen tersebut kepada pejabat tanah, jika ada kesalahan pada mukasurat 2, maka mereka akan reject tanpa periksa mukasurat 3 hingga 30.

Dan begitulah seterusnya.

Maknanya jika setiap mukasurat ada kesalahan, 30 kali la anda perlu ulang alik ke pejabat tanah. Bukannya mereka nak periksa dokumen secara keseluruhan agar dapat mudahkan urusan kita. Nyatakan serentak apa yang salah. Kemudian kita dapat betulkan serentak.

Kesalahan tu kadang-kadang berlaku sebab kita tak tahu apa dan bagaimana yang mereka mahu. Kita hubungi talian telefon mereka untuk bertanya tak berjawab.

Adakalanya apa yang betul atau salah itu hanya ikut kepala mereka sendiri. Tiada standard rule atau tiada pekeliling. Kesalahan yang remeh dan tak beri mudarat pun menyebabkan dokumen ditolak. Nak tunjuk kuasa mungkin.

Kita rugi masa, kos minyak, kos tol, kos key in dokumen dan banyak lagi. Tetapi gaji mereka jalan seperti biasa. Siap dapat bonus. Sebab itulah benda yang boleh selesai sehari jadi bertahun lamanya. Hanya Allah dapat membalas.

Permohonan untuk apply consent ke pejabat tanah dah dihantar tapi semalam runner bagitau permohonan kena tolak.

Nak apply consent ni maksudnya apa-apa juga urusan menggadai, pindah milik atau pajakan terhadap tanah kena dapatkan kebenaran dari pejabat tanah. Once dah dapat kebenaran baru proceed untuk proses seterusnya.

Macam mana nak tahu, kena refer carian persendirian (land search) /carian rasmi (official land search) pada bahagian sekatan kepentingan. Semua maklumat tentang tanah ada kat situ. Dan land search ni penting untuk tahu status hartanah kalau tiba masa nak buat hibah ke, wasiat ke atau urus pusaka nanti.

Ok, sambung kisah tadi, hehe. “Kenapa pulak En. Mokhlif, sangkut kat mana?” tanya aku dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak nak tau punca masalah.

Yela, dah check kot. Siap buat tiga empat kali pemeringkatan check cover letter, borang dan semua dokumen. Macam iklan minyak Seri Murni tu la, dua kali pemeringkatan nak hasilkan minyak masak bebas kolestrol. Sungguh suci, sungguh murni gitu.

“Borang tu tak diterima sebab tak boleh depan belakang. Kena one sided.” jawab En. Mokhlif. Ya ampun, sebab tu je kena reject. Sedih betul application tak lepas sebab tu je. Apooo. Dah pepagi tadi menapak ke office la kita buat apa yang patut. Nanti kalau tangguh langsung lupa kan. Mujur la office sekangkang kera je dari rumah.

Redha dan pasghah je. Land office ni banyak peel juga tapi it’s ok sebab dari situ belajar jadi teliti. Tapi tu la sakit la kena isi borang balik weh.

Komen2 netizen:

“Bila ke pejabat tanah senantiasa papan direktori akan menunjukkan pegawai yang kita ingin berjumpa itu “tiada”

Macam macam jenis “tiada” yang ada. Ada yang pergi sembahyang tak habis habis lagi, ada yang keluar pergi teh tarik walhal rehat minum teh sepatutnya 15-20 minit sahaja, ada pula yang tak habis habis bermesyuarat dan ada pula yang tak masuk pejabat langsung sebab keluar berkursus. Hairan macam mana budaya jelek seperti ini boleh lagi diteruskan pada zaman sekarang?

Peliknya, dalam kebanyakan kes (bukan semua tetapi kebanyakkannya), bila di hulur saja semua boleh jalan. Jadi bukanlah sistem itu yang menjadi masalah sebab ada cara ‘workaround’ yang boleh dilakukan tetapi hanya selepas kita menghulur

Masalahnya yang sangat nyata adalah kakitangan awam di pejabat tanah serta mentaliti menunggu orang menghulur baru hendak buat kerja. Kata Melayu Islam kan?”

“Reformasi tatacara khidmat awam amat perlu. Buang saja pegawai2 yg mengilat kerja, MIA, tidak berdedikasi. Mengapa bebankan masyarakat dengan orang2 seperti ini ?” masalah sistem pejabat tanah.

NAMA DALAM GERAN TANAH TAK SAMA DENGAN PEMILIK

Biasanya sekiranya isu nama tersilap daftar di pejabat tanah mudah sahaja dibetulkan dengan pendaftaran borang tukar nama jika pemilik tanah masih hidup. Permohonan boleh dibuat dibawah seksyen 378 kanun tanah negara dengan mengisi borang dan membuat akuan sumpah bahawa dia adalah orang yang sama.

Namun yang menjadi masalah jika pemilik telah meninggal dunia. Disini, perlulah dilantik pentadbir terlebih dahulu untuk memohon tukar nama di pejabat tanah.

Contoh:

Nama sebenar : SHILAHAMZAH BT ANDYLALA

Nama di dalam geran : SHAHILAHAMZAH BT ANDY LULU

Perbezaan nama di atas biasanya boleh diluluskan pejabat tanah.

Tapi sekiranya perbezaan nama sangat ketara dan berbeza total. Biasanya pejabat tanah memerlukan satu perintah mahkamah untuk samada membetulkan nama di daftar surat kematian atau perintah yang mengatakan si mati adalah orang yg sama dengan pemilik geran.

Contoh:

Nama sebenar: ZAINAL BIN ROSLAN

Nama di dalam geran: JAMIL BIN RUSDIN

contoh ini memang contoh yang real dan sering berlaku terutama pada tanah pusaka, mungkin punca utama kerana geran tanah pada zaman dahulu ditulis dengan tulisan tangan.

Sedangkan dengan sistem berpusat dengan online database sekarang ni pun kadang-kadang pejabat tanah masih tersilap daftar, apatah lagi dulu dengan tulisan tangan macam-macam orang.

Kadangkala memang ada kes yang peguam tak mampu tolong pun kerana tiada apa-apa dokumen atau pihak yang boleh membukitkan kedua-kedua nama itu adalah orang yang sama. Dalam keadaan pemilik yang dah meninggal dunia berpuluh-puluh tahun, kaum kerabat terdekat telah tiada dan dokumen si mati banyak yang telah hilang.

Sekian. Adiel Addin Arief. Peguam hartanah & pusaka.

Lesen dan roadtax digital bull sh*t..

Nak jadikan cerita.. Dah la kena sidai dekat 4 jam dekat hospital tunggu doktor check wife tak sampai2.. Sampai bateri phone sume habis.. Dah sampai doktor ckp tahan wad bawak baby skali sbb baby susu badan.. Kita pun balik la ambil baby dengan barang2..

Jumpa roadblok die minta lesen roadtax.. Kita ckp phone mati.. Die mintak ic sbb nk check.. Suruh parking tepi.. Dah park tepi datang incas die tanya mane lesen dgn roadtax.. Kita cakap lah dalam phone.. Masa hidup kan pejabat pos kata dah tak ada roatax dan lesen fizikal.. Kene digital..

Ehh die mintak jugak.. Siap gertak nak bagi surat saman ke mahkamah ape bagai.. Siap cakap kalau kemalangan macam mana.. Bod*h ke ape? Kalau kemalangan check la dalam sistem.. Takan orang kemalangan kot mati kau nk kejut orang tu mintak lesen..

Last2 die cakap ” awak kena print lesen dan roadtax letak dalam kereta” Ni benda paling annoying..Kementerian ni buat sistem tak guna otak ke?? Langsung tak sediakan apa2 apps untuk check by ic? Kalau kene print letak dalam kereta, baik pakai je sistem lama.. Bagi je lesen dgn roadtax fizikal.. *tahi lembu* .Sumber : Iqmal Safiqraz. masalah sistem pejabat tanah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply