Pengalaman Jual Emas Amsyiq

pengalaman jual emas amsyiq

Pengalaman Jual Emas Amsyiq ? Harini rasa kecewa bila Amsyiq tak boleh terima untuk penjualan emas. Sebab saya selalu juga beli di sini. Harini bila nak jual balik, katanya kena hold dulu dua minggu atas masalah teknikal. Jadi hari ini memang tiada rezeki nak menjual emas amsyiq kepada amsyiq sendiri. Jadi terpaksa alternatif lain untuk jual emas.

Nampaknya memang tanda tanda business EMAS memang menurun, atau memang saya takda rezeki hari ini. Jawabnya kenalah cari alternatif lain macam rahnu. Harap rahnh kat pejabat POS lah jawabnya. Oklah sambung ke Shaklee untuk urusan lain pulak, mari kita berronggeng !!!

Beli Emas Amsyiq Gold

Salam sejahtera, sepatutnya entry ni dah update hari khamis, tapi atas sebab semalam pun dah sibuk dengan sesi coaching kak cerry, oklah, time ni nak update sikit aktivit hari khamis, 1 ogos 2013. Saya haritu nak tukar duit kertas RM 1, yang dikumpulkan, dan akhirnya bolehlah beli 1 gram emas Amsyiq Gold. Time tu pulak, penasihat Amsyiq, Syeihkul Maqari Haji Othman Hamzah. Tak sangka pulak, dia ingat lagi muka aku, sebab aku pernah buat video macam mana nak beli emas 1 gram dengan menukarkan sampah jadi emas. Haritu, tak disangka, aku dapat menuntu ilmu persilatan emas dengan Haji Othman. Lama juga aku borak, hoo .

pengalaman jual emas amsyiq

Ketakutan Pelaburan Emas ?

Buat yang ada nak tahu tentang Pelaburan Emas, ramai yang boleh cakap, anda pergila, tekan beberapa isu pasal pelaburan emas, ar-rahnu atau yang hanya pada nombor semata-mata, macam VGMC dulu, saya telah merasainya. Pada satu ketika, emas mencecah 1900 US Dollar satu 1ounze, dan membuatkan semua spekulator mengatakan emas akan terus meningkat dan meningkat. Tapi apa silapnya, harga emas pasaran selepas itu terus jatuh, jatuh dan terus jatuh, dan sekarang ni hanya berlegar 1300 US dollar sahaja. Jadi ianya membuatkan, ramai menganggap pelaburan Emas sudah mengalami kerugian, dan akhirnya mereka menjual semua emas mereka, dan mencari komoditi baru untuk pelaburan mereka, mencari portfolio baru mencetak kekayaan. Pengalaman Jual Emas Amsyiq.

Kenapa Aktiviti Emas di Sekat pada 2012 ?

hahah, ini adalah satu maksud tersirat, yang rasanya semuanya pun tahu, pada tahun 2012, kita telah mendapat berita, yang banyak syarikat Emas di Malaysia telah masuk senarai hitam Bank Negara, termasuklah AG sendiri. Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh surat khabar tempatan, katanya syarikat ini menawarkan suatu pelaburan yang mengambil duit peserta dahulu dan hanya memberikan bayaran faedah secara bulanan atau tahunan sahaja. Memang ada pun begitu, masa tahun ni, aku ingat kegilaan semua bebudak VGMC melabur emas, dan sampai lah satu tahap VGMC menghentikan pembayaran dividen, dan ramai yang baru masuk rugi beribu-ribu ringgit. Atas dasar itu, syarikat GENEVA yang paling teruk sekali kena, ramai yang marah kepada bank negara kerana menyitar GENEVA, yang dirasmikan sendiri oleh Tun Dr Mahathir ketika itu.

Kejatuhan Dollar tapi Ringgit Malaysia Stabil ?

Disebalik cerita sensasi tentang pelaburan emas, sebenarnya satu masa Ustaz Othman tahu, memang ada mata mata dari pihak luar, telah datang mengacau sistem ekonomi emas di Malaysia. Inilah punca dimana mata-mata ini, telah membuatkan kebanyakan bank cuba memperlahankan aktiviti emas ini, dan akhirnya membawa kepada penutupan banyak syarikat Emas besar di Malaysia. Kenapa mereka datang ? Ini kerana, mereka telah melihat satu situasi di mana nilai Dollar jatuh tetapi nilai ringgit stabil ketika harga emas sedang naik. Jadi memang ada syarikat luar yang cuba mencari helah dengan cuba membawa bekalan emas Malaysia ke luar negara, dengan harapan nilai ringgit akan jatuh. Sebab itu kita lihat mata-mata ini, akhirnya berjaya membuatkan kita tidak lagi membuat pelaburan emas dan perak. Dulu aku ingat lagi, cerita pasal pelaburan emas ni berlambak-lambak kat tv dan media, tahun ni dah senyap kembali, jadi mata-mata ini telah berjaya dalam misi mereka, mengaut emas murah !!!!

Menyimpan Emas ?

Satu lagi golongan yang bagus ialah memegang prinsip , bahawa, emas ialah nilai sebenar. Duit tidak bernilai, sedang dimanipulasi dan nilainya akan hilang jika berlaku KONFLIK. Saya tetap dengan dasar menyimpan emas untuk anak saya. Sebab saya tahu, nilai Ringgit, makin hari makin lemah, dan jika berlaku huru-hara dalam Malaysia, EMAS adalah jalan keluar terbaik. Korang pun tahu kisah pelarian vietnam yang membawa bekalan EMAS sesama mereka. Akhirnya emas itu boleh ditukarkan kepada makanan dan pakaian untuk keperluan mereka.

Satu lagi juga, kisah bagaimana nilai Duit Pisang hanya tinggal kertas sahaja. Lagi teruk yang berlaku di negara Afrika. Anak muda sekarang telah membuat jual beli dengan EMAS sahaja, dan bukan dengan wang kertas cetakan Pemimpin mereka. Aku dapat lagi satu tips dari MKB, wang kertas ini begitu mudah untuk dinaik turunkan nilainya. Bayangkan, jika satu negara yang mempunyai matawang. Tetiba tidak mahu ikut cakap PBB, akhirnya PBB boleh membuat satu magik, dan menurunkan mata wang negara tersebut. Tengoklah , sekarang pun dah berlaku. Di Eropah, krisi Euro dah makin tenat, banyak negara dah mengalami hutang dan sebagainya. Mereka hanya menyimpan duit elektronik bukannya NILAI NYATA YANG SEBENAR !!!

Ekonomi UMMAH

Banyak juga Ustaz Ohtman cerita pada saya pada hari itu. Termasuklah karenah birokrasi Bank Negara ketika isu senarai hitam Syarikat EMAS AG. Ustaz ada cakap, khutbah jumaat kita hanyalah sekadar ilmu yang sama dan diulang-ulang, dan tidak dinamik. Jarang orang cerita tentang ekonomi, teknikal dan sebagainya. Aku juga sempat memberikan pendapat, memang kita jarang mengkaji secara teliti nilai. Angka yang digunakan oleh para sahabat berniaga dahulu. Satu lagi juga ialah berkaitan Zuhud ini. Banyak pendapat yang berbeza bila kita sebut tentang Zuhud. Apapun, masyarakat kita tak berapa nak faham lagi tentang isu duit kertas dan emas ini. Tapi sekarang ni, ramai dah mula sedar, sedikit. Tapi masih takut, kerana, ekonomi sekarang bukan kita yang kawal, tapi mata-mata luar yang mengawal EKONOMI KITA !!!

Tips Membeli Emas

Oklah apapun terima kasih Ustaz Ohtman Hamzah yang sudi memberi ilmu kepada saya yang datang pada hari itu. Saya pun dengan bersemangat membuat kembali video menukar sampah kepada emas, dengan tambahan beberapa nota ringkas. Jika anda nak tahu lagi, sekarang ini, Amsyiq Gold telah membuat satu lagi teknik yang lebih simple yang digelar U-DARA. Teknik macam dividen tabung haji. Tapi anda simpan emas, bukan simpan duit, hehehe, kalau nak tahu lebih lanjut lagi, silalah melawat laman web Amsyiq Gold.

Ok terima kasih Cik Na sebab belanja kurma sekotak, bolehlah buat berbuka dan sahur. Alhamdulillah, nak kumpul EMAS lagi. Antara yang paling best beli emas di Amsyiq ialah Spread nye yang rendah. 5% untuk orang biasa dan 4% untuk dealer Amsyiq. Walaupun beli harga tinggi, nak jual balik kat Amsyiq pun harga tinggi. Lagipun tempatnya senang di cari, dekat dengan rumah, hahahaha. Pengalaman Jual Emas Amsyiq.

2 Comments

  1. Hakimy Sien

    Salam Tuan, sy ada kemusykilan pasal amsyqi gold, boleh hubungi sy di sssien.ss@gmail.com atau 019-6526997. terima kasih tuan.

Leave a Reply