Public Gold

public gold

Kenapa saya simpan emas Public Gold?

Kenapa Public Gold ? Dari 2008 hingga 2012 saya bekerja. selepas beberapa tahun saya kerja, saya dapati duit simpanan saya di bank tak sampai pun RM1,000. Saya tak tahu duit saya habis kemana. Jadi Tahun 2012 saya belajar tentang pengurusan kewangan. Dan ini lah guru kewangan saya, Tuan Azizi Ali Mentor Wang. Beliau merupakan Pakar Kewangan Bertauliah di Malaysia. Tak ramai pakar kewangan bertauliah di Malaysia.

Saya banyak baca buku dan hadiri seminar yang dianjurkan beliau sejak tahun 2012. beliau banyak berkongsi ilmu kewangan dan pelaburan. Beliau telah menulis lebih 40 buah buku kewangan dan pelaburan serta telah banyak memberi seminar di seluruh Malaysia. Seorang ikon yang saya hormati dan segani.

Beliau juga sarankan simpan sekurang kurangnya 10% dalam bentuk emas. boleh tengok gambar terakhir. Saya telah dengar nasihat beliau dan mula simpan pelbagai jenis emas sejak 2012. Mudah saja. Bab kewangan ni kita dengar saja nasihat pakar kewangan bertauliah. Dan sejak 2015 saya fokus simpan emas Public Gold sebab beliau pun turut simpan emas Public Gold. malah ada beberapa guru kewangan lain yang turut menyimpan emas Public Gold.

Semalam saya sempat berbual dan dengar nasihat beliau semasa Award Recognition Night (ARN) Public Gold. Saya dapat banyak ilmu baru. Alhamdulillah. Terima Kasih tuan Azizi atas ilmunya. Seronok bila berada dalam circle yang mahal ini. Bersama sama orang yang hebat. Saya sangat yakin dengan Public Gold sebab sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Sebab itu saya berani rekeman orang ramai simpan emas Public Gold.

Kenapa saya kekal dengan Public Gold dan tak termakan dengan syarikat-syarikat emas yang baru muncul bahkan dengan 1001 produk di luar sana?

1. PG kini dah berusia 15 tahun. Kalau kat sekolah dah amik PT3. Kalau dalam Islam, kira dah akil baligh.

2. PG kini bukan sekadar jual beli emas dan perak, bahkan lebih dari itu.

3. PG kini telah masuk dalam dunia e-commerce dengan PG Mall.

4. PG kini sudah masuk dalam dunia kosmetik dan kecantikan dikenali Caely.

5. PG kini juga menceburi bidang farmasi dikenali sebagai Pharm Suisse

6. PG kini dah melangkah masuk dalam BSKL dengan syarikat Aurora Italia. Syarikat ini telah pergi hingga peringkat antarabangsa dan telah JV dengan banyak nama besar antara nya Marvel, DC, Cartoon Network dan banyak lagi.

Akan datang, menara Publicgold akan terpacak di KL. Lebih banyak branch akan dibuka di Indonesia. PG Mall akan masuk ke pasaran Asia.

Percaya tak kalau saya kata akan datang, akan ada PG Pay, PG Takaful/Insurans, PG Property, PG Automotive dan 1001 macam lagi.

Banyak lagi. Cuma, kita akui tiada yang sempurna. Tetapi, kalau nak saya buat perbandingan PG hari ini dengan 2015, PG hari ni telah terlalu amat jauh lebih baik.

Inilah sebab-sebab kenapa saya kekal dengan platform Publicgold.

Ingat emas, ingat Syawal Ameron.

Soalan: Ada ke orang beli emas berkilo-kilo?

Contohnya 3kg ++ dengan harga sekitar RM850 ribu ++

Jawapan: Ye ada.

Soalan: Kenapa orang beli emas berkilo-kilo?

Jawapan: Orang tu dah buat homework berkenaan kelebihan emas dan potensi keuntungan menyimpan emas. Baru-baru ini, anak buah saya Dr. Kamarul Bahyah Mustafa telah membantu seorang hamba Allah untuk menukar sebahagian daripada kekayaan beliau ke dalam bentuk emas fizikal.

Inilah rupanya harta emas beliau.

1kg bar x 3 biji

100g x 1 biji

10g x 1 biji

Percuma 5g x 3 biji (asbab beli ketika promosi kilobar Public Gold). Gais. Mungkin bagi anda 3kg atu 100g tu terlalu besar dan terlalu jauh lagi. Jangan risau. Bukan semua gold bar besar-besar gais. Saiz sekecil 0.5gram, 1g, 5g dan 10g pun ada.

Dengan kata lain, walaupun harga emas mahal, namun anda boleh beli saiz kecil dengan modal mampu bayar. Yang penting, anda start kecik tapi aim yang besar! Start ajer dulu gais!

Kenapa EMAS PUBLIC GOLD sahaja?

Apabila menulis tentang emas, saya cuma menyebut banyak tentang emas PG sahaja,bukan syarikat lain kenapa?

1. Sebab saya dah bersama Public Gold sejak tahun 2017, kejujuran dan ketelusan syarikat ini menyebabkan saya yakin utk kongsikan dengan semua pembaca

2. Selama 15 tahun Public Gold beroperasi juga tiada yg beli emas dari public gold dan tak dapat emas, semua dapat emas masing-masing

3. Setakat hari ini hanya emas public gold yang lengkap #ciriciriemas yang baik dan optimum untuk disimpan

4. Kredibiliti dan track rekod Public Gold yang baik dan telus menyebabkan syarikat gergasi pos malaysia sebelum ini sudi jadi rakan niaga.

5. Sistem online 24jam dan mengikut turun naik pasaran emas dunia. Kedai emas online public gold takde buka tutup, on jer sepanjang masa

6. Company awarkan harga yg adil utk semua, harga agen dan customer sama saja. Bezanya agen dapat komisyen 1-2% bukan sebab menjual emas tetapi sebab tolong rekeman orang lain utk beli dan simpan emas public gold. Jadi komisyen ni lebih kepada tanda terima kasih oleh public gold kepada agen tolong rekeman emas public gold. Ini bukan MLM dan sangat berbeza dengan model perniagaan emas yg lain.

7. Modal permulaan yg sangat rendah , RM100 dah boleh mula simpan emas

Kalau beli emas dekat PG, nanti akan tolak zakat siap – siap tak macam Tabung Haji?

Ohh tidak. Berbeza ya tuan-tuan. Sebab zakat emas ni kena tengok atas simpanan emas masing-masing. Nisab 85g dan haul cukup 1 tahun. Dan ikut pengalaman saya, zakat emas ni tak perlu remind pun. Orang yang simpan emas, dia akan sentiasa ingat dan paling mudah nak keluarkan zakat. Tak tahu kenapa, tapi memang macam tu.

Orang yang mampu keluarkan zakat, bermakna dialah orang kaya yang beriman! Jangan takut simpan emas sebab kena zakat. Sebaliknya takutlah menjadi kaya dan buat-buat lupa untuk membayar zakat. Zakat itu luas dan banyak kategori. Bukan sekadar emas atau simpanan. Banyak lagi. Boleh google jika tak pasti. Antara yang orang mungkin selalu lupa adalah zakat pendapatan hasil rumah sewa.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply