Starbucks Marah Pekerja Boikot ?

starbucks marah pekerja boikot

Starbucks Marah Pekerja Boikot ? EDITED: Starbucks unpaid-leave kan pekerja? Jika betul dakwaan Puan ini – maka asbab pos Puan ini, saya semakin menyampah dengan Starbucks.

Sepatutnya lagi kuat semangat kita nak boikot company selfish sebegini, bukan lagi nak sokong berdrama air mata bagai. Kalau saya jadi bos Starbucks – tunggu jual dulu semua hartanah berjuta tu untuk pertahankan pekerja. Ini apa dia buat?

Yang pekerja; dah nampak perangai bos besar kalian kan? Masih nak stay? Cuba kalau majikan Islam buat – dah lama kalian lari dengan pelbagai ugutan kan? Boleh tak buka mata dan ambil tindakan bijak daripada play victim salahkan Muslim yang boikot penyokong pengganas?

Ketika majikan Melayu yang bilis ni tiada sales, struggles serba serbi sebab ekonomi (yang tak ada duit juta-juta kepuk-kepuk macam owner Starbucks) ini suruh staff UNPAID LEAVE sebab keadaan ekonomi dan sales teruk – TERUK ya majikan-majikan Melayu Muslim ini DIUGUT PEKERJA untuk mereka report kepada pejabat buruh sebab suruh mereka unpaid leave. Macam-macam ditekan ke atas majikan.

Tetapi, apabila Starbucks yang kaya raya acah-acah buat drama mangsa yang terseksa tertekan ekonomi gara-gara solidariti boikot demi kemanusiaan – bukan main kita diam membisu dan salahkan orang yang boikot pula?

Tak nampak ke betapa Is***hell perangai sebegini?

Kayanya mereka jika makan, 7 keturunan pun tak habis. Setakat rakyat Malaysia boikot beberapa hari dah gelabah siap unpaid leave-kan pekerja – tak nampak lagi kah perangainya? Tetap nak salahkan orang lain yang boikot?

Keuntungan tahun lepas berapa ratus juta. Baru sebulan tak untung – BUKANNYA RUGI pun. Bila dia sendiri yang sengaja unpaid leave-kan pekerja. Nampak sangat jahatnya tindakan itu.

Kami company kecil bergolok gadai segalanya nak jaga pekerja. Company untung ratus juta layan pekerja macam ini? Akhirnya, orang yang boikot dipersalahkan? Memang zion sangat sikap sebegini.

Maaf, tak kasihan pun pekerja di sini. Sebab company besar yang buat, bolehlah diam. Cuba kalau company Muslim kecil buat macam ini – terus kena maki berguni-guni dan diugut lapor ke sana sini.

Nak support syarikat Muslim sendiri payah. Kami dah lama struggle dan dah lama menangis. Takda pun kesian kat kami. Yang dikasihankan syarikat zio ini jugak dan pekerja yang memilih bekerja di sana.

Pelik-pelik ya. Mana orang seperti puan bila satu demi satu company Muslim bungkus dan menanggung sengsara. Bila Sb, puan stands untuk mereka walhal kita semua jelas dengan pendirian Sb.

Bagaimana kalian membuat keputusan? *JANGAN BUAT SERANGAN PERIBADI. Fokus kepada point/pandangan secara ilmiah. Lantang dan tidak beradab itu berbeza. Starbucks Marah Pekerja Boikot ?

Baling Kedah Takde Starbucks ?

Alhamdulillah, rasa macam menang juga sikit walau tak banyak , sebab Baling Kedah mmg takdak semua Starbucks McD so sangat jarang membeli. Now Tengah struggle nak clear apa yg ada dalam rumah dan dah terbeli.

Kakfel n suami pernah boikot Mcd 7 tahun lamanya dulu tahun 2013 sebelum Mcd Dibeli oleh Arab baru kami makan semula . Tapi sekarang bila banyak membaca , lebih baik berhenti membeli. Banyak mudarat dr manfaat walau tu bukan makanan ruji, Ada niat pun dah baik.

At least kita usaha. Kepada anak2 muda yg bekerja semoga dimudahkan rezeki mereka. Kepada yg nak perli ka apa orang boikot sia2 pun tak apa. Kakfel berlapang dada.

Setiap orang ada pendapat n prinsip masing2. YANG NAK ILMU BACALAH VIDEO NI AND SHARE SUPAYA YANG BOIKOT TAHU KITA HAMPIR MENANG.

Siapa kata B0lK0T TIDAK EFEKTIF?

Baru-baru ini, dilaporkan, tiga jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot strategik, McDonalds, Starbucks dan Disney. CNN melaporkan (satu lagi yang perlu b0ik0t), kejatuhan nilai tiga perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memb0ik0t 3 syarikat ini.

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10%-20% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi.

Adakah dengan b0ik0t perniagaan seperti Mc Donalds, Starbucks & Disney dan lain-lain akan menghentikan peperangan Gaza? Jawapannya mungkin tidak. Wallahualam.

Tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zi0nis. Usaha boikot menjatuhkan nilai ekonomi mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan prihatin. Usaha b0ik0t akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zi0nis dalam membantu mereka. Starbucks Marah Pekerja Boikot ?

Dan inilah yang terjadi kini. Alhamudlillah, kemenangan kepada kita.

Sekurang-kurangnya, usaha meninggalkan produk yang membantu Zi0nis yang sedikit itu, mampu memberi penangan yang besar kepada syarikat-syarikat yang membantu Zi0nis.

Dan walaupun mungkin Zi0nist melihat kemenangan mereka dalam membunuh beribu rakyat, kanak-kanak dan ibu Palestlne serta mengambil tanah mereka, ia merupakan kemenangan yang kosong yang tidak mendapat restu dan dikeji satu dunia melalui usaha b0ik0t kita.

Kini dikatakan, kita menang peperangan media diserata dunia. Apa kata kita menang juga perangan ekonomi.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz saya satu ketika dulu di zaman Nabi Ibrahim, yang dibakar oleh kaumnya. Seekor burung cuba memadam api tersebut menggunakan air yang dikendong di dalam paruhnya berulang alik. Walaupun gagal memadamkan api tersebut, tetapi apabila ditanya, jawabnya, ia berusaha juga – walaupun sedikit demi Islam.

Beriya suruh boikot Starbucks dan beriya promote Zus sebagai alternatif.

Kalau nak kira sangat, Zus tu actually ialah Zeus iaitu Sky and Thunder “god” mengikut kepercayaan orang Greek (bukan Gerik di Perak). Depa kena ubah jadi Zus sebab tak boleh ada nama berunsurkan keagamaan. Tapi tengok ikon tu pun dah boleh tahu kot apa makna Zus tu.

Aku bukanlah nak suruh boikot pulak. Pada aku, kalau sedap dan mampu, minum jerlah. Kalau korang boikot dan semua benda ni lingkup kat Malaysia (aku tak rasa akan lingkup pun), yang akan hilang kerja anak Melayu jugak. Bukan anak Yahudi. Itu semua pada akulah. Maka terpulanglah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply