EMAS

DUNIA BISNES EMAS

Teknologi Ganggu Perunding Hartanah ?

Teknologi Ganggu Perunding Hartanah ?

Kehadiran Proptech, apakah teknologi akan mengganggu?
Teknologi ialah inovasi yang mengubah cara pengguna, industri atau perniagaan beroperasi.

Kita berada didalam zaman kemajuan pesat dengan automasi dan artificial intelligence atau AI, kajian terkini mendapati banyak pekerjaan yang bakal hilang digantikan oleh automasi.
Mungkin juga Perunding Hartanah bakal termasuk didalam jenis pekerjaan yang bakal pupus.

Memahami pasaran bebas.
Istilah “pasaran bebas” sinonim dengan kapitalisme. Apabila kita membincangkan tentang pasaran bebas, ianya bermaksud persaingan tanpa halangan dan transaksi secara terus antara pembeli dan penjual.
Pasaran bebas ialah sistem ekonomi berasaskan penawaran dan permintaan dengan sedikit atau tiada kawalan dari pihak kerajaan. Ia adalah pertukaran sukarela yang berlaku dalam persekitaran ekonomi.

Walau bagaimanapun,
Urusan berkaitan hartanah adalah antara urusan yang rumit tak ramai yang memahami prosesnya. Jika ada yang merancang untuk melupuskan/menjual hartanah adakah kita benar-benar faham prosesnya.

Terdapat banyak kes penipuan dan juga pemalsuan dokumen yang melibatkan transaksi hartanah. Antara kes yang terkenal dan sering dijadikan rujukan ialah kes Adorna Properties vs Boonsom Boonyanit di Penang.

Kita boleh rujuk Akta 242, Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers Act 1981.
Sec. 16. Authority to practice
Sec. 22c. Restriction on estate agency practice

Antara pihak yang boleh menjual, menyewakan atau memajak ialah:
1. Pemilik
2. Pelelong berlesen
3. Power of Attorney
4. REN/PEA/REA

Tentu sahaja mereka yang terkesan (REN/PEA/REA) ada yang kecewa degan Board/LPEPH kerana tidak membendung kehadiran Proptech, sebagai pengguna pula tentu ramai yang gembira kerana boleh memilih beberapa pilihan.
Seperti kes teksi dan Grab/Uber.

Teringat saya dengan kata-kata salah seorag guru saya, dia memberitahu bahawa Board/LPEPH hanya memantau ejen berdaftar kerana Board ingin ejen hartanah bertindak mematuhi undang-undang dan menjalankan amalan dengan beretika demi menjaga kepentingan orang awam. Jika berlaku salah laku dari pihak ejen hartanah, orang awam boleh membuat laporan dan tindakan boleh diambil dengan segera.

Tetapi jika orang awam masih memilih untuk berurusan dengan pihak yang tidak mendapat “authority to practice” dan berlaku salah laku, agak sukar untuk pihak berkuasa megambil tidakan.

Akhir kata kita yang tentukan dan nilai risikonya.

Apa pendapat anda?

Leave a Reply

%d bloggers like this: