EMAS

DUNIA BISNES EMAS

Tengku Asmadi Atomy

Tengku Asmadi Atomy

Tengku Asmadi Atomy. Lelaki yang ku kenal ini tidak kenal erti kalah. Dia sentiasa bangkit dalam apa jua situasi dengan idea ataupun peluang baru.Lelaki yang ku kenal ini konsisten dan istiqamah dalam setiap tindakannya. Dia sentiasa kotakan apa yang dia katakan. Sifatnya sentiasa merendah diri walau setinggi manapun kejayaan yang dicapainya.

Lelaki ini yang selalu mencintaiku

Sekalung tahniah buat lelaki yang ku kenal ini.

Tahniah Dr Hj Tengku Asmadi Tengku Mohamad atas pencapaian sebagai STAR MASTER MELAYU PERTAMA DI DUNIA di dalam Atomy.

We are so proud of you my dear!

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Hampir setahun dalam Atomy

alhamdulillah rangkaian semakin subur. Jalan semakin cerah. Akar tunjang semakin kuat.

Syabas buat TEAM (Semua Leader dan Member) saya dan Dr Hj Tengku Asmadi Tengku Mohamad kerana komited dalam menjadikan rangkaian dan bisness Atomy ini sebagai satu peluang untuk membawa lebih ramai lagi keluar dari belenggu kewangan.

Atomy merupakan satu platform bisness alaf baru yang amat berbeza dengan bisness yang ada sekarang.

Konsep prosumer atau professional consumer yang mana hanya dengan menjadi pengguna, bercerita dengan kenalan atau sesiapa sahaja, kita dah boleh menjana pendapatan. Tanpa perlu menjual, ya kami dilarang menjual! Tugas kami hanya menggunakan produk dan bercerita.

Keahlian juga PERCUMA. Produk pula ada 30 days money back guarantee.

Nak jadi sebahagian dari kami? Jom kami bantu

Officially member of Anatomy

Eh silap, member of Atomy. Tau Atomy tu apa? Pi wall Dr Tengku Asmadi.

Ala yang doktor Fadhilah Kamsah, Prof Muhaya, Dr Tengku Asmadi, Ustazah Norbahya Mahmood dan ramai lagi orang2 hebat gunakan dan join sekali tu… Korang tau ke tak tau?

Produk2 dari Korea ni. Paling suka vitamin C dia dan koyok dia. Tan Sri yakin produk ni bagus sebab orang2 hebat pun dah gunakan dan join sekali. Alang2 join pun free.

Apa? Pseudoscience watch kecam? Ahh lantak! Aku kalau layan dia, tak kaya2 aku. Semua benda nak dikecamnye

Alang2 nak join pun free je weh, takde bayar apa2, tak perlu jual barang pun, ajak orang join je. Join pun FREE je. Tapi boleh dapat income cecah 5 angka.

Aik, macam mana tu?
Ha itu kita pm2 lah ya
Tapi yang pasti memang FREE kalau join, takde syarat kena beli produk pun.

Baik korang join dengan Tan Sri cepat2 weh sebelum terlambat

Masa nak daftarkan staf saya ni dalam linegae Atomy saya, beberapa orang rakan kami tak setuju letak staf untuk sama-sama buat bisness dengan bos.

Mereka kata

Tun..jangan letak staf nanti dia kaya Tun yang susah.

Dr, jangan letak nama staf nanti staf banyak duit mereka lari.

Tun, jangan kayakan staf sendiri nanti mereka pijak kepala bos.

Dr, jangan percaya letak staf dalam rangkaian bisness yang sama nanti staf lagi kaya dari Dr.

Tak kurang beberapa orang Whatsapp saya tanya, Tun betul ke Tun letak semua nama-nama staf Tun dalam Atomy? Saya tak berani nak letak nama staf nanti habislah company saya. Kata mereka..

Hmmm

INILAH KAMI

Saya dan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad daftarkan ke semua staf saya untuk masuk dalam Atomy. Mereka antara orang paling awal saya daftarkan selain adik-beradik saya, ahli keluarga saya.

Sebab apa? Saya nak RAMAI LAGI ORANG KAYA. Rezeki ni bukannya hak kita semata-mata.

Dalam Atomy, sistem rangkaiannya penuh dengan kasih sayang. Penuh dengan kemanisan. Saya dan Dr Tengku ke depan, maka ramailah yang kami akan bawa naik bersama.

Kita kena sentiasa ingat, Allah swt dan janji, kita mudahkan urusan orang lain, Allah swt akan mudahkan urusan kita.

Hari ini, saya bersama DUA ORANG yang saya banggakan. Diamond Master Auni Aliah yang berjaya masuk ke Leaders Club dan Dr Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad yang berjaya masuk ke Royal Leaders Club.

Tahniah untuk anda berdua!

Mahu turut serta dalam rangkaian kami?

Mohon komen yang baik-baik sahaja

*Kenyataan Bersama Dr Tengku Asmadi Atomy Team (DTAAT) & Multiracial Reverted Muslims (MRM)*
Alhamdulillah, setelah lebih dari 3 jam muzakarah semalam (6 Jan 2021) bersama atas dasar ukhwah Islamiah, maka kesepakatan dicapai bersama iaitu;
1. Kami bersetuju bermuamalah dengan Belum Muslim adalah harus.
2. Bersetuju bahawa Atomy Malaysia Sdn Bhd adalah dimiliki 100% oleh Atomy Co. Ltd
3. Atomy Co Ltd terlibat dengan aktiviti Kristianisasi.
4. Manakala berkenaan pengunaan produk Atomy, JIKALAU produknya halal maka halal akan penggunaannya dan JIKALAU sistemnya patuh syariah, maka halal pendapatannya, sehinggalah diputuskan oleh pihak berautoriti. Maka kami berharap agar mufti-mufti dan institusi berautoriti dapat mengeluarkan fatwa tentang isu ini.
5. Kami juga bersepakat bahawa samada untuk terlibat dalam bisnes Atomy atau sebaliknya adalah pilihan individu muslim dan kita semua tetap saudara seislam tanpa ada unsur provokasi mahupun saling melabel sesama sendiri serta perlu saling menghormati pilihan masing-masing. Semua yang beriman itu bersaudara!
5. Memahami bahawa semua ahli Atomy Malaysia tertakluk kepada polisi Atomy Malaysia iaity Atomy Code of Ethic (section 17) dan Atomy Code of Ethics (section 18). Rujukan: website rasmi Atomy Malaysia.

KOD ETIKA ATOMY (Seksyen 17)
17.Politik
17.1 – ATOMY MALAYSIA merupakan organisasi yang bebas politik dan tidak berhubung kait dengan mana-mana parti politik di dalam dan luar negara.
17.2 – Ahli ATOMY MALAYSIA tidak boleh menggunakan nama Atomy untuk menyertai mana-mana aktiviti politik di dalam dan luar negara.
17.3 – Ahli ATOMY MALAYSIA tidak boleh mewakili ATOMY MALAYSIA untuk menyokong mana-mana parti politik di dalam dan luar negara.

KOD ETIKA ATOMY (Seksyen 18)
18. Agama
18.1 – ATOMY MALAYSIA bukanlah organisasi keagamaan. Ia merekrut ahlinya dari semua jenis kepercayaan dan tidak mempromosikan mana-mana agama.
18.2 – Ahli ATOMY MALAYSIA tidak boleh menggunakan nama Atomy untuk menyertai mana-mana aktiviti keagamaan di dalam dan luar negara.
18.3 – Ahli ATOMY MALAYSIA tidak boleh mewakili ATOMY MALAYSIA untuk menyokong mana-mana aktiviti keagamaan di dalam dan luar negara.

*Dr Tengku Asmadi Atomy Team*
– Dr Tengku Asmadi
– Amin Idris
– Fadzli Aziz
– Afyan Mat Rawi
– Abu Talib Husin
– Abu Mahdi Nik Mansor
*Multiracial Reverted Muslims (MRM)*
– Firdaus Wong Wai Hung
– Ahmad Iqram Mohamad Noor
– Aiman Banna

BISNES MUDAH TAPI INCOME LUARBIASA

Abaikan apa orang nak kata. Sebab jika mereka benar serius nak tahu maka perlu bertanya pada yang tahu. Bukan dengar cerita dari mulut ke mulut sahaja.

Apabila kita susah, yang ramai bercakap tak tolong kita pun. Hutang piutang kita yang tanggung. Dapur tak berasap, kita yang sengsara. Apabila tiada pendapatan hanya diri sendiri yang tahu betapa siksanya.

Pendapatan di bawah adalah pendapatan seorang Ahli Atomy yang join bisnes ini pada bulan Mei 2020.

Beliau salah seorang dari Golongan B40 dan menerima zakat dari Jabatan Ahama Islam Negeri pada bulan April 2020.

Lihat bagaimana pendapatan dia dalam Atomy membesar dengan semakin besarnya rangkaian konsumer di bawah dia.

Pendapatan beliau untuk setiap bulan:

Mei 2020 – RM236
Jun 2020 – RM708
Julai 2020 – RM944
Ogos 2020 – RM1,177
September 2020 – RM8,378
Oktober 2020 – RM12,394
November 2020 – RM23,419
Disember 2020 – RM39,662
Januari 2021 – RM23,804
Februari 2021 – RM20,923

Total pendapatan selama 10 bulan RM131,645

Total pembelian peribadi RM3,703

Berbaloi atau tidak agaknya berbisnes Atomy ini? Memang sangat berbaloi!!!

Join FREE, berbelanja apa yang perlu sahaja, tidak perlu maintain bulan-bulan, yang perlu hanya bercerita dan besarkan rangkaian konsumer lalu galakkan mereka melakukan perkara yang sama seperti kita.

Dalam masa 10 bulan ini saya dan team telah membina ribuan orang yang berjaya mencapai pendapat ribuan ringgit sebegini.

Berhentilah dari hidup meminta-minta. Sertai team saya untuk kita mula mampu memberi pula.

Tak tahu cara? Kami bimbing

Sekian.
Syukur dan tahniah diucapkan kepada mentor kami Star Master Tengku Asmadi Tengku Mohamad (DTA) atas pencapaian beliau dalam ROYAL LEADERS CLUB dalam tempoh kurang setahun.

Ada beberapa peringkat pencapaian leaders club dalam Atomy berdasarkan kumulatif pendapatan dalam setahun
1. Leaders Club : RM350k
2. Royal Leaders Club : RM700k
3. Crown Leaders Club : RM1.5m

Secara peribadi, terharu saya melihat kesabaran dan kegigihan DTA, sekarang ini beliau adalah SATU-SATUNYA Muslim yang terpilih untuk berada dalam Royal Leaders Club.

Saat beliau dikecam, dihina sehingga maruah bagai tercalar, beliau masih mampu tersenyum dan tenang berjuang dan memperjuangkan kami semua. Saya juga kagum dengan cara beliau menangani pelbagai ‘serangan’ khususnya di media sosial. Cekal dan sabar. Beliau bukan fokus untuk berjaya sendirian, malahan telah membantu ramai orang sama-sama berjaya. Inilah formula unik bisnes Atomy, seseorang hanya akan mencapai tahap terbaik apabila orang dibawah turut berjaya.

DTA asalnya seorang pakar motivasi, tapi perjuangannya adalah untuk memartabatkan Islam dalam wadah yang buat masa ini belum sepenuhnya dikuasai oleh orang Islam. Ada segelintir pihak mengandaikan, apabila melihat seseorang itu menyertai bisnes Atomy iaitu sebuah bisnes yang bukan bisnes orang Islam, maka mereka itu tidak menyokong BMF dan bisnes yang syubhah. Ini adalah sangkaan yang meleset dan penuh berprasangka buruk.

Kini beliau menjadi sumber inspirasi dan kekuatan untuk ramai orang hidup dgn lebih tenang dan hidup dalam zon bebas kewangan.

Ramai orang hilang pendapatan. Tapi tahukah anda berapa ramai antara kami semenjak menikmati bonus dari Atomy, kami berpeluang mempertingkatkan taraf hidup, mampu keluarkan duit untuk membantu peniaga BMF dan dapat bersedekah dalam jumlah yang besar sedangkan kita masih di dalam situasi pandemik. Malah ada juga leader Atomy bukan Islam yang mahu turut serta dalam usaha kami untuk sama-sama bersedekah. Bukankah indah bila orang Islam menunjukkan contoh yang baik dan orang bukan Islam pun akan terpaut dengan keindahan Islam itu?

Perjuangan DTA belum berakhir kerana saya tahu impian beliau sangat besar. Saya pastinya tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama dalam kapal besar beliau. Semoga Allah beri kekuatan pada saya, insan yang kerdil ini dan juga sahabat-sahabat Atomian yang lain.

Dengan izin dan rahmatNya, sama-sama kita doakan moga Allah kuatkan semangat DTA dan tak lupa pada sahabat baik beliau dan super leader kami Tuan Mohd Sulutan (KING).

Cabaran ini tidak mudah. Namun jika kita bersatu untuk mencari kejayaan dunia dan akhirat, InshaAllah pasti Allah bantu. Sesungguhnya setiap kesulitan, ada hikmah bersamanya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: