Tips Menebar Jala

tips menebar jala

Tips Menebar Jala ? Sempena menyambut malam jemaat yg bakal menjelma kurang beberapa jam shj lagi.. Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut…so Krew TV interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Krew TV : “Apa rahsia pakcik tangkap ikan?”

Nelayan : “Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan.”

KrewTV : “Kalau isteri pakcik tidur terlentang?”

Nelayan : “Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu…”

KrewTV : “Oooooooooooo…….”

SAMBIL JALAN-JALAN, SAMBIL KUTIP SAMPAH

26/1/2022 ialah tarikh keramat kami sekeluarga. Tak pernah terfikir kami akan buat program macam nih. Hanya kerana nak bawa anak anak bermain di pantai remis , jeram. Mak bapak dah bosan, lepas tuh tak tahu nak buat apa, jadinya kami pun kutip sampah.

Yang best tuh, bila kutip sampah, tak bawak beg plastik, jawabnya pakai tikar spongebob sahaja. Hahhaa, layan pulak. Oklah takpa, nak tulis sini, inilah permulaan buat kami sekeluarga. Aktiviti santai sambil bersihkan pantai.

Pantai ini adalah ciptaan Allah swt. Allah dah tahu, malaikat dan setan pun dah tahu, manusia akan merosakkan semua benda. Kita kongsi bersama, semua yang semulajadi ini adalah ubat kepada penyakit yang tak organik tak natural. Jagalah kebersihan, kerana dari kekotoran itu datanglah penyakit jasmani dan rohani, tamak haloba. Apapun balik dapat sepasang selipar. hahaha

Kita buat iklan ni macam kita memancingla.

Kejap kena, kejap tak kena. Ataupun macam kita menjala. Tebar jala malam, pagi esok cek hasil yang dapat. Busuk-busuk pun pasti ada yang sangkut. Tak banyak, sikit. Tapi ada.

So kena konsisten menebar jala. Kena tebar banyak tempat. Bukan satu tempat je. Maybe jala ni ada lekat 1 ikan, cek jala lain pulak. Kumpul-kumpul, banyak jugak ikan kita dapat hari tu.

Faham tak maksud Mama ni? Maksudnya kena ada usaha yang konsisten dalam pelbagai cara pasti akan ada hasilnya. Semoga dapat sesuatu ya.

Sanusi Hebat Tebar Jala

“MB Sanusi…diserang dari segenap penjuru oleh regim PHBN…susuk tubuh yg perlu dihalang kemaraannya di Kedah dgn apa jua cara sekalipun…anak jati Sik yg tidak pernah gentar dgn sesiapa, teguh jatidiri, kuat pendirian, anak kampung yg boleh menyesuaikan diri dgn apa jua situasi, dgn apa jua golongan baik dari kanak² hingga ke taraf VVIP…MB Sanusi nama yg semakin mekar di hati majoriti anak² Kedah…semoga hijau terus teguh di bumi Darul Aman seteguh MB Sanusi.”

Menjala Ikan

Menjala ikan satu cara menangkap ikan. Biarpun menjala ikan bertujuan mendapatkan ikan di dalam air, tidak ramai yang minat menjala berbanding memancing.

Tidak semua orang boleh menjala biarpun nampak mudah sekadar menebar sahaja. Ada teknik dan seni menjala perlu dipelajari bagi memastikan jala benar-benar bertebar luas. 

Itu belum masuk mengenal lubuk yang ‘diyakini’ ada ikan. Kalau tidak kenal lubuk ikan, maka tebarlah banyak kali pun, tetapi tidak dapat ikan.

Hendak belajar tebar jala kena tahu caranya. Carilah guru yang mahir untuk mengajar teknik menjala. Sekarang ini boleh lihat dalam video di media sosial mahupun laman web.

Kalau sekadar mencuba-cuba atau membuat latihan di atas darat, mungkin ia berjaya, tetapi bukan cara terbaik. 

Ramai orang menjala berjaya menebarkan jala dengan baik, belum tentu itu cara terbaik. Kalau tidak kena cara, biarpun jala ditebarkan dengan baik, tetapi boleh menyebabkan sakit badan atau menggunakan banyak tenaga.

Menjala Ikan

Menjala ikan… mungkin ramai kaki pancing yang tak ambil kesah tentang menjala ikan. Bagi mereka menjala ikan bukanlah penting dan tidak termasuk dalam ketogori memancing. Tapi bagi aku pulak menjala ikan sangat penting, sebab jika seseorang pemancing itu berhasrat untuk memancing ikan bersaiz mega pemancing itu haruslah mengunakan umpan hidup.

Banyak cara untuk mendapatkan umpan hidup seperti memancing, mengunakan sauk, membeli di kedai menjual umpan dan menjala. Memancing dan menyauk anak2 ikan bukanlah mudah, yang mudah membeli dikedai menjual umpan itupun kalau ada jual lah. Ada tak de nak ada jala dan pandai menjala, sekali tebar je dah dapat banyak umpan pelbagai saiz. Menjala pulak ada banyak teknik dan gaya. Kalau tak pandai hancus… tak menjadi.

Masa aku mula2 mengunakan jala dulu aku gunakan teknik sangut di siku, kadang2 menjadi kadang2 tak menjadi… sakit aku kepala dibuatnya. Bila aku jumpa video ni lapang kepala… menjadi terus… Teknik yang mamat ni tunjukan dalam video ni memang senang dipelajari… ce tengok video ni.

Mancing atau Menjala?

Memancing atau menjala mempunyai kepuasannya yang tersendiri. Mancing ataupun menjala memerlukan tekniknya yang tersendiri.Selalunya orang yang menjala juga merupakan kaki pancing pada mulanya.

Jala lebih teknikal berbanding memancing. Rasanya tak semua kaki pancing mampu menebar jala. Saya pun tak mampu menebar jala tradisonal hanya mampu menebar jala moden buatan China.

Jala lebih memenatkan berbanding memancing. Jala 4 kaki pun dah rasa mengahnya. Banyangkan jala 14 kaki, 2-3 kali tebar pasti rasa nak tercabut bahu. Walau bagaimanapun jala mampu memberikan hasil yang banyak dalam jangka masa yang pendek berbanding memancing jika setiap tebarannya membuka dengan bulat yang penuh. 

Jika dulu tiap – tiap kali balik kampung, BNO mahupun Chiku 2, pasti saya membawa joran bersama,tak kira spinning mahupun casting. Namun kini setiap kali ada peluang balik kampung, pasti jala setia menemani. Tambahan lagi kini saya memiliki 2 jala buatan China ini, saiz 4 kaki dan 14 kaki.

Sebenarnya teknik menebar jala boleh dipelajari dari youtube

taip saja cara mudah tebar jala ataupun casting net, pasti banyak youtuber yang berkongsi tips untuk menebar jala.

Jala atau mancing,bukan persoalan utama sebenarnya tetapi saling menghormati di antara pemancing dengan penjala itu lebih utama. Janganlah kita tebar jala berdekatan dengan kaki pancing, lagi parah jika kaki pancing sedang kumpau. Begitu juga kaki pancing, janganlah memandang sinis kepada penjala, bukan setiap kali tebaran membuahkan hasil. Apa salahnya jika kita bertoleransi, rezeki Allah kita kongsi bersama. Tujuannya sama, untuk mendapatkan ikan, cuma caranya sahaja yang berbeza.

Jadilah pemancing dan penjala yang beretika. Ikan yang kecil dilepaskan kembali, jangan semua nak tapau, bila ikan dah makin kurang, merungut pula. tips menebar jala

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply