Tukar Fiat Kepada Emas

Tukar Fiat Kepada Emas

Ya aku suruh korang tukar fiat kepada emas fizikal. Bukan suruh buka akaun emas, tukar fiat money kepada emas digital. Ini jelas riba an nasiah. Beli emas bayar duit wajib dapat emas fizikal on the spot bukan tunggu esok atau lusa.

Geng Leverage Emas Riba

Offer lah 100x leverage pun, player emas sejati yang mengaji muamalat takkan sesekali terjerumus ke lembah riba. 2014 dulu ada emas delay, ETA 7, emak beranak, loaded 8, pisang emas, kuda kepang, takkan nak masuk lubang biawak lagi.

Time tu agent2 pakat bawak kereta mewah. Bila upload kat medsos mesti gambar anak kunci, stereng takut orang tak tau dia tiba2 kaya cara collect duit orang.

Ada agent yang collect duit orang sampai sekarang pun tak pulang2, hidup kaya raya atas duit haram. Pastu nak secure pakai account proxy.

Ramai yang tersadai ada yang buat personal loan and pembiayaan if islamix version. Sampai sekarang duk bayar riba tak habis2 lagi.

Main emas juta2 tapi kasi resit resit 2 hengget je.

Bukan beli emas tapi dapat dalam bentuk digital hanya duk melopong mata tengok dalam paparan skrin phone.

Wujud ke emas kau lihat dalam paparan skrin tu ? Kau pernah nampak sendiri dengan mata kasar apa yang dia claim total emas yang ada tu memang physically wujud ?

Dulu Tok belagak as big scammer dalam dunia emas pun pernah masuk astro awani dan dia claim ada stok penimbal 3 tan. Gaji dia 30k sejam. Siap boleh pairing emas dengan rumah, kereta lagi. Kau hadoo ?

Siap ada pengikut tegar yang taat setia melawan mereka yang kondem, tak percaya kepada dia. Kau siap sedialah bakal diserang oleh tentera dan cybertrooper dia.

One more thing Bank riba pun boleh buat fractional reserve system dalam bentuk digital semudah abc just like that. Tapi semua tu wujud ke ? Once berlaku bank run masa tu kau akan lihat apa yang Henry Ford kata itu benar.

Convert Emas To Digital

If you ask me, once emas tu convert to digital, itu bukan lagi emas. Kerana main character emas itu sendiri wajib dirinya ada intrinsic value. Tak faham apa tu intrinsic value pi google. Bila dah jadi digital, intrinsic value dia takkan ada lagi.

1 lagi tiada istilah emas digital tu patuh syariah walaupun ada yang mematuh syariahkannya. Dengan emas ni ramai yang jadikannya as fitnah. Walhal emas itu sendiri tidak bersalah. Nak emas murah boleh tapi kena bayar yuran ahli sampai 500 ke 1000 hengget.

Nak emas murah dari harga pasaran boleh tapi kena buka akaun emas digital and kena bayar premium nak withdraw. Ada yang jual emas 10 hengget pun ada. Sebelum ni ada yang jual 0.1gram pun ada.
Tau2 ajak orang main forex konon nak lawan riba dia pi ajak orang ramai terjun dalam riba.

Nak nampak islamix letak nama2 arabic. Mudah bukan ?

Then bayarlah panel syariah atas nama apa sekalipun sebagai backup and cover tetap tak dapat merubah perkataan Rasulullah jual beli emas wajib yadan bi yadin. Aku tetap dengan pendirian aku sampai ke mati beli emas bayar duit dapat terus emas fizikal bukan bentuk digital.

Emas ni item ribawi bukan boleh buat sesuka hati. Sebab nabi aku dan kamu sendiri pesan jual beli emas wajib yadan bi yadin.

tukar fiat kepada emas

SELESAIKAN HUTANG DENGAN EMAS

Emas bukan sekadar simpanan,
tapi dapat bantu langsaikan hutang.

Alhamdulillah sharing dari sahabat sy Pn Asyinida.
Dari tempoh 10 tahun bayar hutang,
dapat pendekkan kepada 6 tahun je.
Dari baki hutang 53k, cuma perlu bayar 42k je sbb settle awal.

Ramai yang bayar bulanan extra bila ada duit lebih..
tapi nak lagi bijak, duit lebih tukarkan dahulu kepada emas,
gandakan dulu duit tu,
bila harga emas naik tinggi, baru jual dan settlekan hutang.

Imagine kalau kita dapat bebaskan diri dari semua hutang,
rasa rasa tenang tak hidup?

Tahniah kepada rakan rakan yang dah mulakan simpanan emas. Bagi yang baru nak bermula, daftar akaun di bawah.

Mulakan simpanan emas dan grablah ketika harga masih rendah hari ini, boleh terus daftar percuma di sini:

Emas Bukan Matawang

Sebenarnya ramai tak tahu kenapa emas tak jadi matawang . Sebabnya ialah emas dan perak tak boleh jadi matawang kerana diharamkan oleh IMF sendiri.

Sebab itu emas dan perak ni hanya dijadikan komoditi dan diniagakan sama macam matawang forex yang lain. Jadi kat situ USD pula yang berkuasa kerana boleh dicetak cetak.

Pelik pulak bila emas ni harga turun dan harga naik. Aik ? sebab ianya dah dijadikan komoditi perniagaan yang gile.

Bila kau sandarkan pada USD, lepas tuh boleh dimanipulasi, sebenarnya bend ni bagi aku dah haram, kerana dia dah tak jadi matawang .

Emas ni kalau laku kenapa tak boleh jadi matawang ? Contoh kau nak pergi beli barang, patut kau bagilah emas, tapi tak laku jugak. Hahaha.

Bila kecemasan, harga emas tuh turun 25% pulak. Gile kaw kaw turun, sib baik harituh aku dapat cari orang yang nak beli emas aku.

So aku rasa better jugak kalau aku dapat usahakan benda yang boleh makan macam beras . Sepupu aku eddrus iskandar berjaya tanam berasa sendiri dalam pasu.

Kau tahu kan beras dicontrol oleh Bill Gates sekarang ? dia pun control makanan. Sebab tahu orang hidup yang penting nak makan .

Bila kau boleh hasilkan makanan sendiri macam beras, sayur, bela ayam, kau dah boleh buat circular ekonomi kau sendiri. Sukar pengaruh luar nak kacau kau.

Sebab generate makanan sendiri ialah benda paling penting.

Makanan ni nadi utama kehidupan. Itu belum lagi sembang pasal zakat fitrah takleh tukar dengan matawang.

Kalau nak power , kau tanamlah beras , so takde istilah harga makanan naik, sebab kau dah boleh makan free. Memang tak mewah, so kau boleh berjimat bila kau belajar pasal manfaat puasa.

So bila kau dah wujudkan belakan makanan sendiri, kau belajar pulak wujudkan tenaga sendiri. Sebenarnya boleh je. Cuma biasalah yahudi ni nak jugak kau guna minyak.

Dulu masa kes General Motor keluarkan kereta elektrik, habis kena tekan dengan tycoon minyak, hahaha. Begitulah dunia dikawal oleh orang orang kaya !!!! tukar fiat kepada emas

Leave a Reply