Zaman Kejatuhan Shopee ?

zaman kejatuhan shopee

Zaman kejatuhan Shopee. Semua seller terkesan. Sales menjunam sampai 70%. Ingat sy sorang je. Rupanya nak katakan semua seller macam tu. Sebabnya berpunca pada shopee sendiri. Terlalu angkuh. Terlalu selesa bila dah naik. Tanpa fikirkan kesan akan datang.

Free shipping dah takda lagi. Seller dikenakan macam2 fee dan fee semakin meningkat. Buyer dah tak boleh pilih kurier. Kurier seller sendiri shopee tetapkan. Shopee nak bolot kurier dia sendiri. Hakikatnya kurier dia sangat teruk dan slow servisnya.

Akibat terlalu tamak. Siapa yg rugi? Shopee sendiri rugi. Seller juga sangat terkesan. Semoga dipermudahkan segala urusan seller semua dan dimurahkan rezeki

Scammer Shopee ?

Skrg ni mane2 pon xslamat even dlm shopee pon dh ramai scammer.jd mmg kita nk mmbeli kena lg alert.verify btol2 dulu seller tu.

1) check fb seller– kalau fb pon private,frenz ciput, akaun pulak baru buat, better xyah la beli. Tgk fb seller ada tak feedback customer

2) kalau fb memuaskan hati, then baru wassap seller – mintak seller amek gmbr items yg kita berminat n dah pilih tu. Mintak gmbr selain dr gmbr yg seller post utk jualan tu. Kalau boleh letak skali kertas yg ada tulisan tgn tulis nama n no fon kita

3) kalau items mahal better mintak seller buat video call tunjuk real items yg kita nk beli tu. Sbb gmbr ni kdg2 scammer sambil wassap kita,dia pg wassap jugak real owner brg tu n mintk gmbr mcm yg kita mintak kt dia tu

4) kalau semua Steps 1-3 dh puas hati,baru mintk total n no akaun seller

5) dh dpt details akaun seller – make sure nama pemegang akaun tu sama dgn nama fb seller. Kalau lain2 tu better hati2. Kalau fb prmpuan,akaun bank nama llki pon kena hati2 mostly scammer bg alasan guna no akaun husbnd.
– taip no akaun atau nama pemegang akaun tu kt ruang search fb tu. InshaAllah kalau dia scammer legend akan klua post org lain dh viralkan dia pampas galeras. Tp skrg ramai je yg scammer baru nak up jd xde rekod buruk lg

6) pastikan buat semua Steps 1-5 jgn buat salah satu je kalau nk betul2 make sure seller tu bukan scammer.Zaman Kejatuhan Shopee

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..*Wilson Jack Ma* . Pengasas Alibaba. Jack Ma berkata, “Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu. 

  • Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.  
  • Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang. 
  • Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.  
  • Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun. 
  • Bila smartphone guna 4G  (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.
  • Bila wechat dan whatsapp (mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh “siapa ambil bisnes siapa.” Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, “Apakah Rahsia kejayaan kamu?”

Dia berkata “Sangat mudah… Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati.”

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna *MASA* yang Ada. 

  • Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.  
  • Kalau kamu luangkan masa utk *belajar*, kamu mungkin beroleh *kebijaksanaan*. 
  • Kalau kamu luangkan masa utk *membaca buku* untuk majukan diri, kamu akan beroleh *Peningkatan Diri*. 
  • Kalau kamu habiskan masa utk *minum*, kamu mungkin menjadi seorang *pemabuk*. 
  • Kalau kamu habiskan masa *mengomplen*, kamu akan menjadi seorang yang *suka menyalahkan*. 
  • Kalau kamu luangkan masa untuk *mencantikkan diri* kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang *cantik*/lelaki yg *handsome*.  
  • Kalau kamu luangkan masa untuk *kekal sihat*, kamu akan nikmati *kehidupan sihat yang baik*.  
  • Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang *suka marah-marah*, kamu mungkin menjadi orang yang *tidak disukai orang*.
  • Kalau kamu habiskan *masa dengan keluarga*, kamu akan mewujudkan *kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi*. 

*Beza* antara *Orang yang Berjaya* dan *Tidak* ialah *Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA*. Zaman Kejatuhan Shopee

INI BUKAN CARA UNTUK LEBATKAN SALE

  • Siapa ada masalah kewangan?
  • Siapa ada masalah business?
  • Siapa yang hujung bulan kena pinjam duit orang?
  • Siapa rasa kena buat bisnes lain utk tampung business sekarang?

Saya rasa ramai orang ada masalah tersebut. Saya pun sama juga. Ini adalah kesalahan yang ramai orang lakukan dalam kehidupan dan dalam bisnes mereka juga. Saya bagi anda contoh dulu untuk bg nampak isu yang saya cuba bawa pagi ni ya.

Sekiranya anda ada restoran. Dan restoran anda itu menyediakan makanan western. Pada awal pembukaan, anda gerenti busines anda akan meletop kurang dari 6 bulan. Pembukaan anda sangat grand sehingga licin hidangan. Staff anda ramai sbb anda jangka pelanggan akan ramai sikit masa lagi. Bajet simpanan anda hampir habis sbb deco restoran bg nampak rare. “Tak apa,” kata hati anda. Nanti sale masuk, akaun penuh balik.

Tapi setelah 6 bulan. Sale anda tak juga naik. Org tak ramai datang. Kau dah kehabisan duit.

  • Anda pergi consult org yang salah.
  • Anda akan mula tambah menu.
  • Anda buat masakan panas tomyam pula.
  • Kena tambah staff baru dari thailand.

da org advice lg, kena buat ice blended sbb org muda suka. Sale masih lg tak gempak. Org advice lagi, buat nasi campur tengahari pula.

Duit anda lama habis. Mula pinjam duit kawan. Lepas tu pinjam along.

Itu contoh situasi pertama.

Ini contoh kedua.

Anda org yang selalu main fb dan ada business minded. Tapi anda belum ada modal. Anda buat langkah bijak dengan buat dropship.

Anda cari satu produk yang bagus dan mula bisnes online. Start buat post2 pasal produk di wall sendiri. Ada satu dua mula membeli. Anda pun hepi. Tapi sale x boleh pegi jauh sangat. Tapi anda tahu dropship boleh buat duit. So anda mula tamak. Jadi dropshipper utk 10 produk lain pulak. Anda kurang mahir guna fb ads so anda hanya menjual di wall sendiri. Penuh wall anda dengan ayat hardsell bermacam jenis produk.

Sale anda masih gitu2 juga. Apa yang cuba saya sampaikan? Anda cenderung utk mencuba option lain utk melebatkan sale! Sampai bila2 pun sale anda akan begitu juga. Untuk restoran tadi, bisnes tu akan terlingkup begitu saja dan untuk dropshipper td, dia akan terus kehairanan kenapa sale tak meletup mcm org lain.

Anda mengambil tindakan yang kurang betul dalam melebatkan sale.

Sy bagi analogi lagi. Bayangkan anda ada sebiji baldi. Dan anda mencurahkan air ke dalam baldi tersebut. Matlamat anda adalah untuk penuhkan baldi tersebut dengan air. Anda tuang dan terus tuang air. Anda harapkan baldi tu akan penuh tp masalahnya baldi itu ada berlubang dan bocor dua tiga tempat.

Tuanglah sampai kiamat sekalipun. Tak akan penuh. So maksudnya langkah pertama yang anda kena buat bukanlah tambah air tapi tampal lubang yang bocor dulu.

Anda perlu fokus pada satu benda saja satu2 masa. Jadi pakar dalam bidang tersebut. Of course ianya akan ambil masa. Tapi lama kelamaan org akan mula notice kehadiran anda dan mula membeli pada anda.

Instead of cuba benda baru, lebih baik perbetulkan kesalahan sedia ada.

Utk restoran td. Stick pada concept western food. Jgn caca merba. Ramai org buat western dan meletup. Kenapa anda tidak boleh. Fokus sedapkan makanan anda. Tingkatkan kualiti servis dan variasikan pemasaran. Kalau makanan sedap, dalam hutan pun org cari.

Utk dropshipper pulak. Fokus satu saja produk yg paling anda suka buat. Buat bebetul. Belajar copywriting. Belajar run fb ads dan media social lain. Upgrade jadi agen. Kumpul duit buat produk sendiri pulak akhirnya.

Jangan diversify business selagi business belum autopilot. Keyword di sini adalah FOKUS pada yang satu. Fokus pada kekuatan dan kelebihan anda itu. Zaman Kejatuhan Shopee

sumber : BroKu

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply