BERSATU Sudah Jadi BERPECAH

bersatu sudah jadi berpecah

Bersatu sudah jadi Berpecah ? Seorang pemimpin Umno mencadangkan Bersatu menukar nama parti itu kepada “Berpecah” susulan empat Ahli Parlimen mereka menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan itu bukti pembangkang tidak mempunyai wakil rakyat berkaliber dan berkualiti. “Kena tukar nama (daripada Bersatu) jadi ‘Berpecah’,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kepada FMT.

Timbalan speaker Dewan Negara berkata, tindakan Ahli Parlimen terbabit juga disebabkan kelemahan tapisan calon pilihan raya oleh parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

“Memanglah pasal tak ikhlas nak jadi wakil rakyat yang bertanggungjawab.

“Bersatu pun masa PRU tak ada calon berkualiti dan bertanding atas dasar tangkap muat, naik bas dan menipu rakyat dengan parti PN yang menyamar sebagai BN (Barisan Nasional) dan mengelirukan rakyat,” dakwanya.

“Baiklah kalau mereka sokong PM (perdana menteri). Walaupun parti lawan…untuk kepentingan rakyat dan negara.” Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik menjadi wakil rakyat Bersatu terbaru mengisytiharkan sokongan kepada Anwar hari ini.

Tindakan sama sebelum ini diambil Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Mereka menggunakan alasan menyokong Anwar bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terganggu dalam mendapatkan peruntukan kerajaan pusat.

Iskandar dan Suhaili sudah dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu yang menggantung keahlian mereka masing empat dan enam tahun. bersatu sudah jadi berpecah ?

PAS dukacita wakil PN sokong Anwar

PAS dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim termasuk dua dari Kelantan yang menang bertanding menggunakan lambang bulan pada PRU15 lalu.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan itu menunjukkan akta lompat parti yang diluluskan di Dewan Rakyat “tiada sebarang makna”.

“Sebagai pimpinan PAS saya ingin menyatakan rasa dukacita dengan apa berlaku kerana negeri menyediakan peruntukan kepada semua Parlimen PAS (di Kelantan) walaupun jumlahnya tidak besar.

“Nampaknya akta lompat parti tidak mempunyai makna bila Ahli Parlimen boleh menyatakan sokongan kepada pihak kerajaan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada FMT.

Tuan Ibrahim tidak menolak wujud “elemen rasuah” oleh pihak tertentu selepas Ahli Parlimen pembangkang secara terbuka menyatakan sokongan kepada perdana menteri sedangkan setiap peruntukan kepada wakil rakyat menang pilihan raya wajib diberikan tanpa perlu merayu atau “diugut”.

“Saya melihat adanya elemen rasuah dalam pernyataan sokongan ini demi tawaran peruntukan.

Sedangkan ia merupakan peruntukan yang wajib diberi bukan dengan menjadikannya sebagai modal ugutan dan tekanan kepada Ahli Parlimen,” dakwanya.

Sehingga kini empat Ahli Parlimen PN daripada Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar dengan alasan tidak mahu rakyat di kawasan mereka terbeban dengan sekatan peruntukan Putrajaya.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman dan terbaru Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim serta Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik.

Iskandar dan Suhaili sudah dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu yang menggantung keahlian mereka masing empat dan enam tahun.

Pada PRU lalu, Azizi dan Zahari masing-masing memenangi kerusi Gua Musang. Serta Jeli menggunakan logo PAS selepas PN memutuskan Kelantan dan Terengganu bertanding melalui lambang bulan. bersatu sudah jadi berpecah ?

Shahidan mahu bawa usul wakil rakyat PN sokong PM

Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata beliau akan membawa usul khas. Ini berkaitan tindakan empat Ahli Parlimen gabungan itu yang menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, esok. Beliau mendakwa wakil rakyat dari blok pembangkang dijanjikan peruntukan yang ketika ini hanya terhad kepada penyokong kerajaan.

Shahidan menyifatkan tindakan itu bersifat rasuah dan harus dibincangkan segera.

“Ini amalan rasuah, saya minta perkara ini dibincangkan. Perkara yang khusus, kepentingan ramai, rakyat nak ambil tahu apa yang dah jadi sekarang,” kata Shahidan di Dewan Rakyat.

Beliau bangun mencelah ketika sesi perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa oleh Chong Zhemin (PH-Kampar).

Sementara itu, Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor mengambil maklum berhubung usul akan dibawa Shahidan berkenaan.

“Kalau ikut peraturan saya saran buat usul tentang apa dibangkitkan kepada dewan,” katanya.

Setakat ini, empat Ahli Parlimen PN telah mengisytiharkan sokongan. Ini terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, terbaharu Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik.

Pengumuman Zahari menyusuli tindakan sama diambil Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim.

Terdahulu FMT melaporkan Suhaili mengesahkan telah menerima peruntukan setelah seminggu menyatakan sokongan terhadap Anwar. bersatu sudah jadi berpecah ?

Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi. Hari ini mengucapkan tahniah kepada ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim. Sengaja yang mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Tahniahlah MP Gua Musang kerana mengutamakan pembangunan dan kebajikan rakyat di kawasannya. “Memang berani kerana umum sokong PMX (perdana menteri kesepuluh). Setelah dua rakannya MP Kuala Kangsar dan Labuan digantung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Puad secara sinis menyoal ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) yang lain. Bila mereka akan mengambil tindakan yang sama dengan menasihatkan mereka supaya tidak menunggu terlalu lama. “MP Jeli, Tanah Merah, Ketereh, Hulu Trengganu, Sungai Besar dan Langkawi bila lagi? “Jangan tunggu lama lama. Kapal lama semakin tenggelam. Welcome aboard,” katanya.

Mohd Azizi yang juga Adun Nenggiri. Semalam berkata dia menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sebelum ini, ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid. Ahli Parlimen Labuan Dr Suhaili Abdul Rahman. Mereka juga menyuarakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri, dengan menyorot kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasan mereka.

Sokongan ketiga-tiga ahli parlimen PN itu memberikan kerajaan pimpinan Anwar majoriti dua pertiga.

Semalam, Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu juga mengumumkan keanggotaan Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain telah digantung.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply