BNM Nafi Quantum Metal ?

bnm nafi quantum metal

BNM Nafi Quantum Metal ? Tular sebelum ini mengenai pelaburan emas Quantum Metal yang sering mendakwa mereka mendapat kelulusan dan berdaftar dibawah Bank Negara Malaysia (BNM) membuatkan orang ramai keliru.

Orang ramai mulai keliru dan segelintir peserta skim pelaburan tersebut meluahkan rasa kecewa apabila pulangan pelaburan yang dijanjikan tidak diperolehi mengikut jadual.BNM hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan beberapa dakwaan dan salah nyata fakta yang tular menerusi domain awam berhubung dengan urusan Quantum Metal Sdn. Bhd. (QMSB).

Difahamkan QMSB merupakan institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001, AMLA).

BNM Nafi Quantum Metal ?

QMSB berurusan dengan logam atau batu berharga, iaitu aktiviti yang disenaraikan sebagai perkara 24 di bawah Bahagian 1 dalam Jadual Pertama AMLA bersama-sama dengan sektor perniagaan dan profesion bukan kewangan yang ditentukan yang lain seperti peguam, akauntan, syarikat amanah dan setiausaha syarikat.

Sebagai sebuah institusi pelapor, QMSB dikehendaki melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan aktiviti institusi tersebut daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau aktiviti pembiayaan keganasan.

Walau bagaimanapun, dengan status QSMB sebagai institusi pelapor tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaannya, seperti produk dan dagangan emas, adalah didaftarkan, diluluskan atau dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM.

Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar sama sekali.BNM juga telah maklum mengenai pelbagai dakwaan menerusi media sosial bahawa semua transaksi masuk dari luar negara memerlukan kelulusan dan pengesahan BNM berhubung dengan AMLA.

BNM lantas menjelaskan bahawa sebarang aliran masuk dana ke dalam negara

kecuali untuk tujuan peminjaman luar pesisir yang melebihi had tertentu yang diperuntukkan di bawah dasar pertukaran asing, tidak memerlukan pengesahan dan kelulusan daripada BNM terlebih dahulu.Dalam pada itu, tiada sesiapa pun yang boleh menyalahgunakan nama dan urusan surat-menyurat BNM sehingga boleh mengundang salah faham bahawa produk atau perkhidmatan mereka diluluskan oleh BNM.

Dakwaan mempunyai kaitan dengan BNM oleh mana-mana entiti atau individu tidak seharusnya dijadikan satu-satunya pertimbangan bagi menentukan kesahihan perniagaan tersebut.BNM turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada apabila membuat keputusan pelaburan. Sebarang aktiviti kewangan yang disyaki dilakukan tanpa kebenaran hendaklah dilaporkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang yang berkaitan.

Kenyataan Rasmi Bank Negara Malaysia

1. Terbukti Quantum Metal adalah sebuah syarikatbyang sangat telus dengan membuat pelaporan di bawah undang-undang AMLA(Anti Money Laundering, Anti Terrorism Financing And Proceeds Of Unlawful Activities Act 2001, AMLA).

2. Bank Negara Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini tentang pelbagai isu panas yang berlegar di media sosial. Malahan ia isu yang ditumbulkan oleh orang ramai di media sosial termasuk daripada bukan ahli QM. Malahan daripada ahli QM sendiri termasuk Senior Merchant yang menyebarluaskan perkara yang tidak sah dan tidak benar di media sosial. Dan ia banyak menimbulkan salah faham dan keresahan di kalangan masyarakat terutama penyimpan QM sendiri.

3. Sebab itu Miracle Spectra International mahu berdiri sendiri dan tidak mahu bernaung di bawah SM dan kononya agensi terbesar di Malaysia sebelum ini. Banyak sangat perkara yang bercanggah yang mereka praktikkan dan bersalahan dengan ‘good governent’ dengan QM sendiri. Jika kita tidak ada ilmu, jangan mengulas isu yang kita tidak tahu. Jangan pula memandai-mandai membuat video TikTok atau FB live tanpa ilmu yang sah. Apa saja penulisan kita di media sosial memberi impak yang besar kepada masyarakat.

4. Quantum Metal beroperasi di bawah Suruhjaya Syarikat Malaysia dan bukan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia. Malahan Quantum Metal sendiri tidak pernah sekalipun mendakwa ia mendapat kelulusan BMM kerana ia bukan sebuah syarikat kewangan atau sebuah bank.

5. Tidak ada keraguan sedikitpun tentang Quantum Metal kecuali bagi mereka yang tidak berilmu.

6. Dapatkan informasi yang betul daripada sumber yang sah.

Bank Negara sudah keluarkan kenyataan berkaitan Quantum Metal.

Mudah bahasanya, Bank Negara nak cakap:

1. QM ni tertakluk pada AMLA, jadinya QM kena lah ada prosedur untuk pastikan operasi QM patuh dengan kehendak AMLA.

2. Hanya semata-mata QM tertakluk bawah AMLA, produk QM tidak pernah diluluskan oleh Bank Negara.

3. Duit keluar masuk negara, secara umumnya, tidak memerlukan kelulusan Bank Negara.

4. Jangan pandai-pandai petik nama Bank Negara.

Aku rasa, ini respons terhadap dakwaan sesetengah pihak yang sengaja dan/atau pandai-pandai selit nama Bank Negara dalam kenyataan mereka.

Link di bahagian komen

Bank Negara Malaysia dah keluarkan kenyataan rasmi

MENAFIKAN penglibatan mereka dalam approval transaksi duit berkaitan Quantum Metal (rujuk link) seperti yang didakwa oleh sesetengah ejen mereka.

Saya harap kawan-kawan yang join dapat recover semula duit masing-masing. Jika tidak, cut loss saja dulu sehingga keadaan lebih stabil.

“BNM has also been made aware of various claims on social media that all incoming transactions outside of Malaysia needs the approval and verification of BNM in relation to AMLA. BNM wishes to clarify that any inflow of funds into the country, excluding those for offshore borrowing purposes exceeding the respective limits provided under the foreign exchange policies, does not require prior verification and approval from BNM.”

QM bukan institusi kewangan yang perlu didaftarkan bersama Bank Negara.

  • QM adalah syarikat jual beli emas.
  • QM report kepada Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLA).
  • QM bukan MLM
  • QM bukan skim cepat kaya
  • QM bukan MoneyGame

Yang korang gi kacau BNM tak sudah-sudah tu dah kenapa… Kelakar la korang ni… Tu kedai emas lain tu tak nak ke tanya BNM, diorang tu ada lesen ke tak…

Payah laaa orang Malaysia ni…. Benda straight foward pun susah nak paham…

Tu dia, Bullion Bank Ostolia pulak dah…process banyak step pulak.

Bank Negara Ostolia pulak main tanya tanya, payment hang ni nak bayaq sapa? Loghat Penang lagi kot. Pastu sampai Malaysia- tak tahulah pakai kabel bawah tanah ka, satelit ka. Tu dia tak pasal pasal kena tanya AMLA pulak. Haha.

Bengong weii, AMLA reporting bukan macam tu laaa, masa nak transfer pulak tu. Produce banyak dokumen. Lebongggg.. (Anyway SOP ni dah debunked oleh BNM sendiri). bnm nafi quantum metal ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply