Boikot Amway

boikot amway

Sekarang ni bisnes tengah popular, wajib tak boikot amway sebab katanya produk USA. Jom baca kata pakar pakar dan yang tak pakar pasal amway nih.

Nak Boycott Amway ??

Kesian sangat orang yg senang ikut ikutan dan dimanipulasi sebab ilmu dia kurang. Hal ehwal company pun tak khatam 100% sbb tu senang goyang. Ini lah peranan kita sbg ABO, ambil tahu perihal Business yg kita sendiri berpartner, bukan 24 jam asyik menjual semata.

Bila viral, kita senang panic. Rujuk sini nak tengok List of Shariah Compliance Companies, Business and Securities in Malaysia. Dah ada Kaunter panel syariah yg luar dalam dipantau diaudit segala dgn sgt ketat, ingat sesenang ke nak sokong zionist? Cuba tengok Amway no berapa tu?

Amway Malaysia Holdings Berhad. Apa maksud Berhad pulak ? Kena kaji lagi. Lepastu apa beza Amway dgn McD, Starbucks dan lain lain? Hanya rantaian makanan franchise je yg ada fee royalty. Amway tiada.

Boleh check di LHDN 1 sen pun Amway Malaysia Berhad tiada salur tax ke mana mana badan yg sokong zionist. Ini baru black n white, bukan main percaya aps yg baru sehari buat yg ntah siapa siapa berkepentingan dan diragui. Peace

Duduk boikot produk Israel.

Boikot sekalilah Shaklee, Amway, Forever Living dan macam-macam MLM orang kafir yang menyumbang kepada Amerika bayar tax beli ketumbukan perang bantu Israel. Tok Ipin mana boleh sebut orang kafir. Non muslim tok Ipin.

Allah sebut kafirun (orang-orang kafir), engkau hendak ubah pulak perkataan keras Allah kepada orang kafir kepada non muslim. Kenapa hidup orang Islam Allah tak mahu bantu walaupun solat, baca al-quran, pergi haji, umrah, sedekah, infaq sudah buat?

Sebab ramai tinggalkan rukun syahadat yang pertama untuk jadi orang Islam benar imannya di sisi Allah. TOKIPIN

Ya Saya memilih untuk boikot Amway..

Walaupun saya pengguna product2 Amway (baru nak restock deodorant dh nak abes dh sepatutnya). Tapi makin ramai agent amway send surat explaination ni makin saya memilih utk hentikan menyumbang kepada EKONOMI NEGARA US yang menyokong Israel dalam GENOCIDE ke atas P*alestine tanpa kemanusiaan

Dia gini…ya dia sama mcm mcD malaysia yang tak direct support funds to israel jgk. Tp mcd byr francais pd HQ. Amway xdirect support fund jgk. Tp keuntungan product US yg majoriti dia jual dlm company amway akan menyumbang pd ekonomi US.

So sy memilih utk boikot memandangkan dari ekonomi US dorg support fund ke israel utk perang & genocide serta MENYOKONG MENGHALANG UNDIAN CEASEFIRE. (gencatan senjata)!

Menyumbang kepada ekonomi US juga sama seperti support kewangan israel utk membeli bom dan peluru2 bangsat.

Ada yang kata, dlm Amway, byk product local dr Malaysia jugak dia jual dlm company Amway. So korang boleh la support beli product local je yang dlm Amway klo korang nak. Terpulang jugak..mybe niat support ekonomi product local dlm Amway company.

Maaf pada sahabat2 yang menjual Amway. Ramai sahabat2 seperjuangan saya yang mencari rezeki dengan Amway, teruskan itu hak masing2.

Yang memilih untuk boikot semua product yang menyumbang kepada ekonomi US dan israel teruskan usaha jihad kecik anda. Inilah jihad kecil saya. Hasbunallah wanikmalwakil

Amway support Israel???

Salam semua kenalan saya, Rasanya nk kena clarify jugak pasal isu zionist yahudi ni. Ingatkan malas nak share sbb ingat ramai dah tahu, rupanya ada lagi yang masih dok share AMWAY support Israel!

Meh saya cerita meh, apa apa pon kita ni jangan cepat sangat berkongsi kat media sosial kalau tak dapat sumber fakta yg sahih. Bukan semua yg dishare kt media sosial ni betul, so hati-hati.

Saya tak buat posting apa2 dekat wall sy sebulan ni sbb saya super busy, bukannya bermakna saya tak support Palestine. Off course sebagai umat Islam saya tahu jahatnya yahudi laknatullah. Moga Allah balas semua kekejaman Israel ini.

First nk bgtau, Amway ni pengasasnya org BELANDA, nama pon kita dah tau, Jay Van Andel dan Rich De Vos. Cuma syarikat ini bertapak di US.

Amway ada di beratus buah negara, tp bukan di Israel atau di negara2 timur tengah yg selalu bergolak tu.

Boleh tgk tik tok yg saya share ye, dan gambar email drpd pihak pengurusan Amway. Insha Allah kami yg menjalankan bisnes Amway ni dah kaji dahulu semua benda, sbb kami pon tau halal dan haram. Amway ni kalau nk bercakap pasal syarikat, dr segi company dan product, inshaAllah dia mmg jaga semua perkara, sbb itu Amway boleh kekal no 1 di dunia sejak sekian lama.

Pesan saya, kaji fakta dulu, jangan mudah menyebar fakta yg tak tau hujung pangkal, cari lah ilmu cari info, elakkan daripada menyebar fitnah pulak. Jom tgk gambar dan tiktok di bawah. Sy pon boikot la semua produk yg support Israel! Kredit tiktok to draizat

Aku sikit pun tak mention seller2 Amway.

Sebab kawan2 aku belambak aih juai Amway. Aku pun Abo sebab duk membeli guna sendiri nk dapat harga member.

Cuma aku jenis direct ja pasai pendirian aku. Tak kira la klo shaklee ka apa lagi ka yang juai setengah product dlm company depa yang ada made in US pun dikira kena boikot jugak. Asal aku xnak sumbang kt US punya pendapatan.

Seller Amway hampa cari rezeki hampa teruihkan la juai. Hampa bg awareness, sis boikot product US, bleh ja beli product made in negara lain dalam Amway yang takkan smp keuntungan pada US. Meh sy list brand2 ubat gigi deodorant yg made in negara lain. Atau explain ubat gigi sis guna tu made in negara lain. Boleh la beli…(cth)

Aku post pun bukan aku as peniaga pun.

Posting tu dgn jiwa nak betul2 boikot product dr US. Hampa hormat la dgn pendirian org. Dengan posting orang yang xdak bash hampa mention hampa.

Aku xpenah lagi pi posting2 seller Amway menega ka post pasai article2 hampa di wall hampa pertahankan Amway ka apa, pi komen kondem apa hampa post. Lantak ja aku buat xtaw ja sb aku xdak intention pun nak sakitkan hati hampa ka direct person mana2 ka.

Xdak aih aku nak pi komen, wey hang juai product sumbang peluru kat israel wey, blah laaa ahli neraka la blabla bla

Common la xdak untung sekupang pun aih xdak naik sales aku pun aih post pasai nak boikot Amway ni. Aku post pun klo xdak like pun aku tetap post aih. Hampa tgok la post2 aku sebelum ni.

Aku x batak like pun aih post satu2. Satu habuk like takdak pun aku tetap post. Dah tiba2 viral post aku, aku xplan pun aih. Orang lain pun belambak post pasai benda sama xdak apa pun. Peninn la.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply