Boikot McD

boikot mcd

Wajib ke boikot McD ? Ada orang kata gila gila punya boikot sampai saham lemah. Mungkin pula kata nanti OKU takde kerja. Ada pula kata sebab kesihatan. jadi Jom kita baca apa yang wajib untuk boikot.

Boikot MCD ?

1. Boikot mcd rm23.00.. rm3 tu mcd US royalti.

2. Loan rumah 200k..60k riba..

Boikot : rm3 x 1 juta umat islam = rm3 000 000

Riba : Rm60k x 1juta umat islam = 60 000 000 000..

Jadi total yahudi terima setiap 1 juta umat islam yg boikot sambil bayar riba : RM59,997,000,000 bersih.

Lepas 3 bulan boikot pun habis..

Success!!!

Ni yg allah sebut. Kamu bayar riba, kamu berperang dgn allah. Kamu lihat brapa banyak rezki allah kamu sedekah pada yahudi beserta kamu jadi hamba yahudi utk bayar hutang sehari²… bila buat riba, janji allah dlm quran allah akan memusuhi kamu. Sbb tu yahudi dan kafir tu senjata mereka nuke² belaka..

Kunun jihad lah sekecil²..masaalahnya yg sebesar² kamu buat tu benda haram.

Rasul nak kalah kan rom dan parsi dulu dgn 2 cara.. hentikan riba, hentikan syirik (percaya makhluk membantu).

Boikot Yahudi. Kau munafik.

Abu : Kita kena boikot mcd sampai mereka bankrupt dan tutup bisnes, baru mereka tahu kuasa orang islam.

Ali : Janganlah macam tu, dalam mcd tu ramai budak islam kerja. Zakat berjuta. Bantuan berjuta dia beri.

abu : Ah, orang kalau percaya rezeki Allah, dia tak hairanlah dengn korban sikit macam ni.

Ali : Owh ok. Beres. Bisnes sekarang macam mana? Ok.

Abu : Aku teruk sikitlah, ingat nak kena PAM adslah.

Ali : Kau iklan pakai facebook ker?

Abu : Iyalah bang, itu yang paling power.

Ali : Mark juk tu orang yahudi siap support yahudi terang-terang kot. Kau tak nak boikot FB ker?

Abu : Kalau aku boikot fb tak meniagalah aku bang. Nak makan apa anak bini aku nanti?

Ali : Kau tak percaya pada rezeki Allah?

McD Malaysia revenue RM3.5 billion setahun

Kalau 5% daripada tu dibayar sebagai royalty, bermaksud sebanyak RM175 juta dibayar kepada McD Corp di US

Banyak?

Macam mana pula pada masa sama, McD Malaysia membayar sebanyak 40% daripada revenue tu kepada pekerja mereka? Iaitu bersamaan RM1.4 billion?

Kalau average gaji termasuk OT RM3k pun, bermaksud hampir seramai 38,888 keluarga di Malaysia bergantung rezeki dengan berkerja di McD

Jadi bila boikot McD Malaysia (yang takde bukti pun McD Corp di US bagi sumbangan ke Israel)….

Sebenarnya tindakan tu lebih banyak datangkan manfaat ke…. Atau mudarat kepada umat Islam?

Alang-alang isu pasal boikot McD ini naik,

nak cadangkan korang layan The Founder (2016). Cerita pasal pengasasan McD.

Macam mana Ray Kroc (lakonan Michael Keaton) daripada jurujual yang gagal, bermain helah untuk dapatkan kuasa penuh ke atas McD daripada pemilik asal dan meluaskan empayar McD di seluruh dunia.

Dia kata McD ini berjaya, selain daripada Speedee System (model makanan segera), sebab nama McDonald itu unik. Kalau buat restoran nama Kroc (nama dia sendiri), mesti tak berjaya.

Cara dia bersaing? Kalau pesaing dia lemas, dia sumbatkan hos air dalam mulut pesaingnya bagi lemas lagi.

I AM NOT FIGHTING AGAINST BOYCOTT MOVEMENT. JUST MISINFORMATION

Addictive gak isu McD ni. Tak sangka sampai terbit 3 post.

Alright, saya telah meneliti post kawan saya, Izzuddin Yussof mengenai berapa byk dari royalti yang Gerbang Alaf Sdn Bhd bayar yang disalurkan kepada Israel melalui sistem percukaian kompleks Amerika. Fun fact, cukai itu wajib. Tak bayar kena tindakan undang2. Jadi, wang cukai ni bukan secara rela hati.

Saya bukan ahli ekonomi dan saya tak boleh verify angka beliau, jadi saya rely kepada sahabat saya yang lain utk verify. Criteria org tersebut, dia kena sokong usaha boikot McD. Maka, terima kasih kepada saudara Afyan Mat Rawi kerana verify pengiraan Din.

37 sen. Oleh sebab saya netizen, saya akan menggunakan kepakaran Palatao utk naikkan angka tersebut kepada 50 sen. Why? No reason. Just feel like it. My thesis statement is 50 Malaysia sen from Gerbang Alaf Sdn Bhd goes to Israel on Annual Basis.

(Gerbang Alaf Sdn Bhd menyalurkan 50 sen kepada Israel secara tahunan)

Happy? Pegang angka tersebut sebab saya akan buat silap mata.

Ini pula fakta saya dapat tanpa kira apa2

RM1,000,000 didermakan secara sukarela oleh Gerbang Alaf Sdn Bhd kepada Gaza melalui Tabung Kemanusiaan Palestin.

RM1juta datang drpd mana?

Drpd untung perniagaan Gerbang Alaf di Malaysia, hasil daripada jualan McDonald kepada rakyat Malaysia.

Jadi, RM1juta sampai ke Gaza atas clientele rakyat Malaysia kepada McDonald Malaysia.

This should put things into perspective.

Wang sampai ke Israel melalui cukai yg kompleks= RM0.50 setahun

Wang sampai ke Gaza terus= RM1,000,000

1000000/0.5 = 2,000,000

Jadi, 50 sen yg anda jadikan asbab boycott sebenarnya telah dibayar 2juta kali ganda kepada Palestin secara rela hati daripada keuntungan Gerbang Alaf Sdn Bhd.

So, you eating at McDonald is 2mill times more beneficial to Palestine than it is to Zionist.

Wajar lagi ke boycott?

PS. To McDonald, I think you should reflect on the sogginess of your fries. Just becaise you donated RM1mill does not make your fries crispy.

Malam tadi ketika dalam perjalanan jauh di satu kawasan luar bandar, saya tiada pilihan lain dan terpaksa berhenti di McDonald.

Pertamanya kerana tidak ada kedai makan lain yang sesuai di kawasan berkenaan. Saya tak larat lagi hendak pusing atau pergi jauh2. Perut juga dah berkeroncong. Keduanya, kerana saya hendak menggunakan kemudahan tandas yang selesa. Dan berdekatan kawasan berkenaan ada surau.

Premis berkenaan kosong dan ada beberapa orang staf McD yang memakai selempang Palestin di atas bahu mereka. Saya memesan nasi lemak dan ayam goreng….Saya bertanya kepada staf berkenaan tentang gerakan boikot yang sedang rancak berjalan.

Katanya, kesan agak besar…Jualan jatuh lebih 70 peratus….Premis mereka beroperasi dari jam 12 tengahari hingga 8 malam sahaja. Bilangan staf juga dikurangkan lebih dari separuh. Saya mendengar luahan hati mereka dengan tekun.

Timbul rasa simpati saya terhadap mereka semua.

Pekerjaan dan pendapatan mereka terjejas. Rata2 mereka adalah orang melayu. Saya tidak mampu melakukan lebih. Saya hanya boleh tolong simpati. Itulah adat dalam perniagaan….Setiap jenis perniagaan pasti ada ketika akan menemui satu detik yang sukar.

Sewaktu PKP tempohari, banyak bisnes yang terjejas dan rosak, malah ada yang masih belum pulih hingga kini. Hotel, stesen minyak, dan macam2 lagi yang terjejas. Ketika itu McD, Starbucks dan perniagaan2 yang sejenis dengannya benar2 telah membuat duit. Sekarang giliran mereka pula diuji…bersabarlah….inilah asam garam dunia perniagaan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply