Boikot McDonald Malaysia ?

boikot mcdonald malaysia

Boikot McDonald Malaysia ? KISAH MCD MALAYSIA. Semalam ada terbaca McD Malaysia derma 1 juta utk tabung Palestine. Biar betulkan. Pastu adalah buat carian carian sikit, macam biasalah skodeng ssm dieorang

Tengok revenue tu diaaaa RM 3 billion! Tengok Tax dieorang bayar RM 130 juta! So dieorang kata bayar zakat 12 juta tu make sense la sebab zakat ni tolak dari tax. Dan derma dieorang 1 juta tu seciput je dari jumlah keuntungan dieorang. Banyak bagi kita cuma ciput bagi mereka

Kisah McD Malaysia ni sebenarnya since 2017 lagi telah diambil alih oleh kumpulan Saudi

Saya check ssm mereka dimiliki 100% oleh Tiger Archers Sdn Bhd. Tiger Archers ni fully owned by Lionhorn Pte Ltd yang mana memiliki Developmental Licensee (DL) dari McDonald Corp. Mereka dah run McD Arab Saudi dan 2017 mereka ambil alih untuk Malaysia dan Singapore pulak

Lionhorn ni fullyowned by Reza Group. Reza Group under Alireza Family. Panjang betul susur galur dia kan . Since mereka ambil alih, RM 1.4 Billion mereka invest untuk kembangkan lagi McDonald di Malaysia. Ini limpahan ekonomi kepada rakyat kitalah

Generate lebih 6000 jobs (dah ada 12 000 pekerja sebelum ni) dan banyak real estate yang mereka take over. Paling penting mereka boleh buat keputusan sendiri nak bagi siapa agihan keuntungan tu di negara kita. Sebab tu bagi 1 juta tu tiada isu dari McD Corp. Even McD di Arab Saudi dan few arab countries derma 3 juta untuk palestine few days ago

Begitulah kisah disebalik McD Malaysia

Ini bukan sponsored post, tapi kot2 McD nak bagi free meal setahun saya happy menerimanya . Boikot McDonald Malaysia. Bila dilihat isu memboikot McD malaysia ni, terdetik dalam fikiran. Betul atau tidak tindakan ini?

Di dalam usul fikh, ada kaedah yang perlu dilihat iaitu Pertembungan Antara Dua Mafsadah (Mudarat). Jika berlaku situasi ini, adalah baiknya kita mengambil mudarat yang kecil untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar. Dalilnya

Qalamullah Surah Al-Kahf 18:79

أَمَّا ٱلسَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَٰكِينَ يَعْمَلُونَ فِى ٱلْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَآءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

Dalam situasi ini Mafsadah yang pertama Royalti yang dibayar kepada pihak Mc Dondald’s induk(tiada bukti disumbangkan kepada yahudi) *edited

Dan mafsadah yang kedua pembekal, pekerja dan penghantar makanan yang bekerja di McD malaysia secara direct atau indirect seperti foodpanda, akan terjejas ekonomi keluarganya.

Berdasarkan pendapat peribadi saya, Mafsadah yang besar adalah pemboikotan kita kepada McD Malaysia. Apa buktinya?

Jika ditakdirkan seluruh rakyat malaysia memboikot produk ini, Pedapatan lebih dari 15,000 pekerja tidak termasuk part time atau delivery yang terkena tempiasnya. Ini tidak lagi termasuk pembekal barang mentah yang lebih kurang 90% dari syarikat tempatan membekal kepada McD Malaysia. Dalam pada masa yang sama juga McD Malaysia memberikan sumbangan kepada rakyat P*l*stin sebagai tanda sokongan mereka. (Adakah ada syarikat yang pro is*a*l membantu musuhnya?)

Jika pembayaran ROYALTI 5% (yang mana kita sendiri tidak tahu adakah bayaran ini menyumbang kepada keganasan tersebut) dan itu yang di jadikan punca pemboikotan,…

JANGAN TERLEPAS PANDANG…

Selebihnya 95% itu HAK kita yang diberikan kepada syarikat beserta kebajikan pekerja-pekerja yang tidak bersalah di dalamnya.. (dalam tidak sedar, kita sedang menganiaya mereka)

Satu peringatan untuk difikirkan bersama, berhati-hati dalam membuat sesuatu pilihan. Buat sesuatu pilihan dengan Ilmu bukan hanya mengikut nafsu. Wallahua’lam. jgn lupa… kfc, pizza hut mlysia tu pun milik jcorp. kmpeni mlysia.

McDonald Malaysia Vs Facebook or Meta Platform.

Meta platform adalah termasuk Facebook, Instagram, Thread dan whatsapp. Boikot McD Malaysia tapi tidak mau boikot meta platform..Saja mau sentuh 2 nama ni ja sebab banyak2 produk yang dikatakan ada kaitan dengan yahud! tapi McD adalah produk yang paling menjadi isu hangat dan lantang untuk diboikot.

Sedangkan kalau tengok, McD Malaysia sudah dibeli dan dimiliki oleh orang islam. Dan McD memberi banyak peluang pekerjaan kepada orang islam sendiri sama ada makan gaji direct dengan McD ataupun mendapat peluang jana pendapatan melalui supply produk, menjadi rider dan sebagainya.

McD juga membayar Zakat pada setiap negeri, dan zakat ini semestinya yang menerima adalah islam sahaja. Selain itu McD sendiri ada menyediakan sumbangan kebajikan Ronald McDonal House (RMH) yang berfungsi sebagai rumah kebajikan hospital yang terpilih. Dan ramai orang Malaysia yang mendapat manfaat daripada itu.

Ya betul dan tidak dinafikan yang walaupun McD Malaysia sudah dibeli oleh Syarikat arab Saudi tapi Royalti Jenama pasti masih akan dibayar kepada induk di US. Tapi berapa peratuskan Royalti yang akan dibayar ke sana dan berapa peratus pula menjadi benefit kepada penduduk di Malaysia ini sendiri? Adakah 50% 50%? Tidak. Paling banyak pun 5% sahaja akan dikembalikan untuk royalti. boikot mcdonald malaysia.

Nah.. Berbanding dengan Meta Platform seperti facebook, instagram, thread dan whatsapp.

Yang ini 100% adalah milik yahudi. Bukan lagi US tapi memang pure Yahud! ya. Sila baca dan hadamkan siapa Mark Zukerberg tu. Dia memang bangsa Yahud! Bangsa Isra3l. Bukan hanya perlu membayar royalti 5% tapi 100% menjadi milik mereka.

Dan setiap duit hasil dari Meta Platform ni satu sen pun tiada yang diberikan kepada Zakat. Apa lagi rumah kebajikan dan sebagainya..

Ada yang cakap, tapi facebook ni percuma ja, insta ni tidak perlu bayar. Kita boleh pakai untuk reverse psychology untuk menyerang mereka dengan mempost bahan2 awareness atau apa sahaja bahan digital.

Yes memang free kita pakai. Tapi dengan penggunaan free kita inilah yang menjadikan mark zukerberg tu menjadi top 10 richest man in the world. Sebab apa? Sebab kita pakai secara percuma tapi traffic dia meningkat dan sustain menjadikan para pelabur berminat untuk melabur di platform meta.

Cuba kalau boikot meta ni, semua orang stop guna meta platform secara tak langsung traffic akan menjadi slow dan sedikit sebanyak boleh mengugat para pelabur untuk membeli perkhidmatan.

Para pelabur tu siapa? Tidak perlu cari jauh2, rakyat malaysia sendiri pun banyak menjadi pelabur di facebook dan ig ni. Siapa mereka? Mereka yang buat ads (iklan berbayar).

Saya menulis bukan tujuan memperlekehkan usaha sesetengah pihak yang mau boikot produk yahud!. Tapi saya mau bagitau bahawa yang paling dekat dengan kita dan hari2 kita hadap inilah penyumbang terbesar mereka. Yang mana lagi besar, yang 5% royalti atau yg 100% milik mereka.

Jadi yang mana satukah patut diboikot sepatutnya?

Kalau betul nekad mau boikot, why not boikot yang 100% ni sama. Jangan yang 5% ja sebab yg 100% ni lagi besar sumbangannya. boikot mcdonald malaysia.

Memang boleh pakai untuk reverse psychology, tapi semua orang pun tau juga kalau kita post sesuatu yang berkaitan dengan isu p3rang di sana, dengan sekelip mata post kena remove bahkan banyak akaun kena banned. Dorg punya milik kan. Bila2 dorg boleh remove apa yang dorg tidak suka.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply