Boikot Syarikat Pro Israel

boikot syarikat pro israel

Boikot Syarikat Pro Israel ? 11 syarikat yang dekat dengan rakyat Malaysia, tetapi juga dekat di hati Israel dan 5 syarikat yang ramai suruh boikot, tapi aku tak rasa…. Fair untuk boikot

Ramai yang duk tak puas hati aku backup jangan boikot McDonald’s. Reasoning aku simple, sebab takde bukti langsung pun McDonald’s Corporation tu bagi sumbangan kepada Israel. Jadi nah, aku hidangkan 11 syarikat, yang memang bias ke arah Israel secara jelasnya.

Boikot Syarikat Pro Israel

1) Skechers

Skechers dimiliki oleh yahudi, Michael Greenberg dan Robert Greenberg. Skechers pernah menghalau Kanye West daripada HQ diorang semata-mata sebab Kanye West banyak mengeluarkan statement pro Palestin

2) Limited Brands (Bath & Body Works, Victoria Secret)

Les Wexner, pemilik kepada Limited Brands, adalah seorang yahudi yang tegar menyokong Israel. Dia mengasaskan Wexner foundation, yang memang terang bersuluh pro Israel dan kerap mengecam Hamas

3) Wix

CEO Wix, Avishai Abrahami adalah seorang yahudi Israel yang menyokong IDF

4) Disney

Disney memberikan sumbangan kewangan kepada Israel dan condemn serangan Hamas kepada Israel. Tetapi mendiamkan diri apabila Israel melakukan massacre ke atas rakyat Gaza

5) Puma

Puma adalah penaja utama Israel Football Association

6) LMVH (Dior, Tiffany & Co etc)

Pemilik LMVH, Bernard Arnault, disanjung sebagai yahudi yang berjaya. Dan dia juga melaburkan duit yang sangat banyak di dalam Israel

Brands di bawah LMVH terlalu banyak. Antaranya Dior, Tiffany & Co, Fendi, Bvlgari, TAG Hauer dan lain-lain sila google sendiri.

7) Dell

Pemilik Dell, Michael Dell, adalah ahli Friends of IDF dan memberi dana kewangan yang besar kepada diorang

 Fiverr

CEO, Michael Kaufman, memang yahudi yang menyokong IDF

9) Intel

Intel memang pelabur paling besar di dalam ekonomi Israel.

10) Moovit

Syarikat Israel. Founder Uri Levine, adalah yahudi yang juga bekas IDF. Moovit telah diambil alih oleh Intel.

11) Hewlett-Packard

HP mencipta sistem yang digunakan untuk menyekat pergerakan rakyat Palestine. Tindakan HP ini sehinggakan mereka disoal oleh ECCP (European Coordination of Committees and Associations for Palestine)

Sekian

Nah 11 ni. Rasanya kebanyakan daripada kita mungkin la at least ada guna salah satu daripada brand-brand kat atas ni.

5 Syarikat Kena Boikot Oleh Netizen ?

Kat bawah ni pulak 5 syarikat yang ramai panggil untuk boikot, tapi aku tak masukkan dalam list sebab bagi aku, tak cukup kuat hujah untuk memboikot tu

1) McDonald’s

Sebab: McDonald’s Israel memberikan makanan percuma kepada IDF

Tak cukup kuat bagi aku. Sebab charity acitviti di bawah McDonald’s franchisee di setiap negara adalah di luar kawalan McDonald’s Corporation di US dan tidak melambangkan prinsip McDonald’s Corporation

Sepertimana McDonald’s Malaysia memberi sumbangan kepada Palestine, takde kaitan dengan pendirian McDonald’s US

2) Starbucks

Sebab: Howard Schultz, bekas CEO Starbucks, adalah zionist yang melaburkan duit yang banyak ke dalam Israel

Bagi aku dia adalah bekas CEO. Dan kalau betullah Starbucks corporation tu sendiri pro Israel, diorang akan teruskan membuka banyak cawangan di Israel. Realitinya, Starbucks tidak wujud di Israel

Tapi kalau masih nak boikot sebab Howard Schultz tu masih adalah shareholder Starbucks, silakan. Tapi… Starbucks bukan boleh buat apa dengan benda tu.

Edit: satu statement daripada Starbucks yang mengutuk Hamas menjadikan Starbucks juga layak untuk diboikot. Walaupun Workers Union diorang pro Palestine

3) Coca Cola

Sebab: Coca Cola membuka kilang di Israel

Coca Cola di Israel adalah di bawah Central Bottling Company, iaitu franchisee kepada syarikat Coca Cola. It’s just business. Bukanlah Coca Cola Company yang labur duit banyak di dalam Israel.

4) Nestlé

Sebab: Nestlé memegang 100% ownership di dalam Osem, Israeli food manufacturer

Osem pada asalnya adalah syarikat Israel dan diambil alih oleh Nestlé.

Tindakan ni agak subjektif sebab ianya lebih pada business decision. Nestlé ni dia tak kira politik. Dia expand je market dia seluas mungkin sehingga ke Russia etc.

Tapi kalau masih nak boikot sebab faktor ni, masih valid je.

5) Netflix

Sebab: ada artikel Netflix is now truly Israeli

Tak sure la apa yang orang screenshot tu fikirkan. Tapi artikel tu hanyalah nak cakap yang sekarang Netflix fully dalam bahasa Israel. Again it’s just business. Bukan diorang kata diorang sokong Israel

Tapi kalau nak boikot sebab diorang terlalu pro LGBT, silakan

Sekian

Ada tak puas hati? Silakan bincang di komen. Cuma kalau post ni viral aku dah tak dapat notification dah biasanya

Malam ni 11/11 weyh. Ada benda beribu boleh dapat RM11 je

Eh kebetulan 11 syarikat, sales 11/11 shopee

BOIKOT PERNIAGAAN USAHAWAN MUSLIM PENYEBAR KEMUNGKARAN

Dia lagi… aduhai Yang ini amat wajar di BOIKOT.

1. Tahun lepas sudah banyak ulasan

dibuat terhadap satu video lagu raya yang dibuat oleh seorang usahawan produk ini yang rata-rata semua orang normal tanpa mengira agama merasa jijik dengan kandungan tarian itu. Ia bukan budaya Melayu apatah lagi Muslim. Bahkan bukan juga budaya mana-mana kaum di Malaysia. Bahkan tiada lagu perayaan mana-mana kaum lain sanggup buat begitu untuk raya masing-masing. Boleh tengok ulasan ramai orang berbilang bangsa di media sosial.

2. Usawahan ini tidak pernah serik

dengan kontroversi pernah juga buat video tarian dengan golongan T dalam keadaan begitu biadab dan keji.

3. Seperti tahun lepas,

tahun ini juga video yang mengandungi aksi yang amat memalukan itu diterbitkan ke khalayak umum di kalangan orang Islam menyambut Ramadan dan Lailatulqadar. Ia ibarat menghina kehormatan bulan yang mulia. Menghina umat Islam di Malaysa.

4. Hari raya bagi orang Islam adalah hari mulia

ia adalah salah satu ibadah. Menerbitkan tarian sebegitu dengan tema hari raya adalah satu penghinaan terhadap hari raya umat Islam. Sebagai umat Islam, video sebegitu ibarat menghina agama dan istiadat Islam secara langsung.

5. Saya mohon agar umat Islam di Malaysia

agar boikot produk dan perniagaan manusia seperti ini yang suka mencipta kontroversi dan membangkit kemarahan demi publisiti murahan. Menjual maruah agama dan bangsa demi perniagaan.

6. Tidak keterlaluan jika saya katakan

menyokong perniagaan usahawan itu adalah haram. Tambahan pula tiada produk keluaran usahawan tersebut merupakan keperluan asas pun.

7. Jika Nabi SAW menganjurkan agar kita mendoakan kerugian

kepada peniaga yang berniaga di dalam masjid kerana mencemarkan kehormatan masjid, saya merasa, untuk kali ini, setelah banyak kontroversi dibuat, kita doakan kerugian besar buat perniagaan usahawan ini kerana menghina kemuliaan Ramadhan dan Hari Raya umat Islam. Bahkan tiada mana-mana kapitalis kafir yang sanggup buat seperti yang dibuat semata-mata kerana publisiti.

8. Akhir sekali saya mohon pihak berwajib

seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, Jabatan Agama Islam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan sewajarnya atas video lagu hari raya yang tidak bermoral seperti itu.

Saya tidak sebut usahawan dan videonya kerana sudah maklum dan tidak mahu memberikan publisiti murah kepada perlakuan mungkar itu.

Semoga beliau diberi hidayah. Jom BOIKOT produk D Herbs! Insya Allah… Di petik dari nukilan Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah, FB muamalat.my. boikot syarikat pro israel.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply