Bursa Gold Dinar

bursa gold dinar

Credit Dan rujukan : Arham Merican. Yang dinantikan pelancaran Bursa Gold Dinar (BGD). Sebuah platform pembelian dan penjualan emas untuk semua.

Alhamdulillah saya sendiri sebagai Ketua Jabatan Shariah ketika itu terlibat bermula fasa idea, pembangunan sistem digital, hinggalah ke pelancaran dalaman (internal launch) tahun lepas dalam bab memastikan ianya patuh Shariah hujung ke hujung (end-to-end).

Projek ini yang diketuai Saudara Rajab Liu juga dibantu dan dibimbing Prof Dr. Ashraf Md Hashim, Dr. Shamsiah Mohamad, Prof. Dr. أ.د.يونس صوالحي، dan Prof. Dr. Engku Rabiah.

Rujukan kami:

1. Parameter pelaburan emas JAKIM

2. Shariah Parameters on Islamic Exchange-Traded Fund Based on Gold and Silver SAC SC

3. The Gold Standard AAOIFI

Beberapa aspek kepatuhan Shariah dan Tadbirurus Bursa Gold Dinar:

1. Emas fizikal dibeli dahulu oleh Bursa dengan sistem pembelian serta merta setiap kali emas yang dimiliki telah dibeli oleh pelabur. Sistem menjamin Bursa hanya menjual simpanan emas fizikal yang dimiliki. Juga diwujudkan mekanisme yang memastikan aspek pertukaran kedua aset emas dan tunai berlaku secara lani (spot).

Ini penting bagi mengelak isu menjual aset yang tidak ada (bay’ ma’dum) dan risiko berlaku Riba Nasiah akibat pengangguhan penyerahan emas dan tunai. Selain itu emas adalah ‘segregated’ dan ‘allocated’ menepati piawian Gold Standard AAOIFI.

2. Audit emas fizikal berkala tiga lapisan. Pertama oleh sistem sendiri yang telah diprogram untuk menjamin keseimbangan (equilibrium) keluar masuk emas apabila dibeli dan dijual oleh pelabur juga apabila ia dijual dan dibeli antara pelabur.

Kedua, oleh Jabatan Shariah Bursa, dan ketiga oleh pihak Trustee yang dilantik. Setiap emas fizikal dan Dinar mempunyai nombor siri dan dipastikan ianya memenuhi piawaian emas 999. Kekerapan audit minima dua kali setahun. Laporan audit dibentang dan perlu disahkan oleh Jawatankuasa Shariah Bursa.

3. Emas fizikal boleh dituntut oleh pelabur dengan caj tempa, caj penghantaran, dan perlindungan untuk proses penghantaran diasingkan untuk mengelak risiko Riba Fadl.

Akaun-akaun terkait platform terutamanya akaun amanah (Trust Account) adalah akaun Islamik.

Dari segi komersial, ini adalah produk untuk semua, emas boleh dibeli serendah RM 10, kemudian ia boleh dijual beli sesama pelabur dengan kewujudan pasaran kedua (secondary market), dan akhir sekali komitmen Bursa untuk memastikan susut nilai emas atau ‘spread’ antara yang terendah di pasaran.

Resolusi Shariah boleh dirujuk semua sejurus ia dimuatnaik ke web setelah pelancaran BGD hari ini. Muat turun BGD hari ini! Layari: bgd.bursamalaysia.com.

Kenapa Beza Harga BGD dan Public Gold ?

Hari ini Bursa Malaysia ada lancarkan platform jual beli emas online macam Public Gold tu, Bursa Gold Dinar (BGD) namanya. Bila dah bawah Bursa dan under SC memang trusted lah tak perlu tanya part tu.

Harga kat BGD adalah harga live so dia sentiasa bergerak setiap saat. Saje lah register dan check harga tadi compare dengan harga Public Gold. Tengok beza harga antara dua ni agak jauh juga bezanya.

BGD = RM311/gram

Public Gold = RM334/gram

Beza dalam RM20+ juga banyak tu. Siapa tahu kenapa? Kali ni bukan posting sharing tapi posting pertanyaan. Nak belajar dari kawan-kawan pakar emas pula. Ajarin gue.

Bursa Gold Dinar Lebih Baik Dari Public Gold ?

Download-ed dan tengah study, sekiranya Bursa Gold Dinar offer lebih baik atau satu level dengan Public Gold, saya akan ajak kawan2 jadikan platform ni sebagai recommended platform untuk jual beli emas fizikal. Dari bacaan awal..

1. Harga jualan per gram emas yang BGD offer lebih rendah (dekat dengan spot price)..

2. Fee pengeluaran yang agak tinggi (merangkumi minting, courier dan takaful)

3. Tawaran fizikal hanya untuk produk dinar (berat 4.25g)

4. Mempunyai beberapa fee lain yang telah dijelaskan antaranya; purchase, sale, transfer, registration fee dan annual fee.

5. Boleh dimulakan dengan modal awal serendah RM10.

Continue study…

Bursa Malaysia lancarkan Bursa Gold Dinar semalam.

Apa yang best Gold Dinar ni?

1) Shariah compliant

2) LBMA accredited

3) Live market, 7 hari seminngu

4) Boleh tukar ke Dinar fizikal dalam masa 5 hari

5) Beli Emas serendah RM10

6) SPREAD yang rendah

Yang paling penting, tak perlu risau pasal liquidity

Nak melabur, kenalah ada matlamat dan tahu fungsi instrument tersebut. Emas berfungsi sebagai

1) Hedging your wealth

2) Preserve your wealth

Boleh download applikasi Gold Dinar di apple store anda.

Google App store coming soon katanya.

INFORMATION BURSA GOLD DINAR

1.Yuran tahunan : 0.50% by asset value

2. SPREAD BERUBAH – RM4.00 +-

3. CO CHARGE : ( Waived until bulan 9)

BUY – 0.20%

SELL – 0.20%

4. DEPOSIT CHARGE : 0.35%

5. WITHDRAWAL CHARGE : 0.15/per transaction

6. Tukar coin Dinar : RM73.40

7. Takaful Fee : Rm13.00/coin

8. Courier service : rm10.00 ( Max 100gram)

9. SERVICES TRANSFER ACC TO ACC: 0.20% ( KURANG RM200 TIADA CHARGE)

10. Daftar acc rm5.00 ( waived sehingga di beritahu)

Biar betul beli emas serendah RM10 je?

Rupanya betul guys.

Saya cuma perlu pergi ke google playstore search Bursa Gold Dinar dan install apps.

Link apps https://play.google.com/store/apps/details…

Link iOS

https://apps.apple.com/my/app/bursa-gold-dinar/id6471462061

Macam biasa daftar, snap ic, scan muka untuk upgrade akaun. Seterunys top up duit dalam wallet dan beli emas di platform yang Bursa Malaysia baru lancar ni.

Mudah sangat nak daftar dan beli.

Setakat ni dah ada apps di IOS dan android.

1. Untuk daftar masukkan nombor IC, email dan no telefon anda. Anda akan dapat TAC.

2. Lepas daftar dan kena upgrade akaun perlu ambil gambar IC dan video muka kita 3 saat.

4. Lepas tu baru boleh ‘topup’ wallet untuk beli emas. Akaun akan kena ‘verify’ dulu. Akaun saya ambil masa 5 minit untuk lengkap ‘verification’.

  • Saya cuba topup RM50 dan ada fee topup. Saya kena fee Rm0.18
  • Saya dah beli emas bermodalkan Rm10 dan setakat ni nampak ‘spread’ harga beli lebih kurang 1% saja.

Cepat klik link apps di atas . Jangan risau takde upline downline .

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply