Calon Harapan Isytihar Harta

Calon Harapan Isytihar Harta

Calon Harapan Isytihar Harta ? Pakatan Harapan Mendahului Ketelusan dan TataKelola Yang Baik.Sebanyak 36 Calon dari Pakatan Harapan-PKR telah menginstiharkan harta mereka yang yang paling terbesar setakat ini adalah calon dari P027 Tanah Merah dengan RM106 juta. Majoriti dari padanya adalah 20,000 saham dari syarikat yang bernilai RM100 juta. Pengisyharan harta ini penting untuk melihatkan ketelusan calon-calon yang bertanding, mungkin selepas parlimen di bubar boleh di buat sekali lagi untuk melihat berapa harta yang mereka miliki selama 5 tahun menjadi Ahli Parlimen.

Pengisyharan harta adalah satu permulaan untuk kerajaan yang bersih

bukan takat di bibir sahaja kata bersih dan stabil, bila suruh isytihar harta di katakan idea komunis. Di bawah ada kisah tentang sahabat Salman al-Farisi mempersoalkan jubah Khalifah Umar bin al-Khattab yang disebut oleh Ibn Qayyim (meninggal 751H) dalam I’lam al-Muwaqi’in bagaimana satu hari beliau bangun berucap di hadapan rakyatnya sambil berkata:

“Hendaklah kamu dengar dan taat!”
Tiba-tiba sahabat Nabi SAW yang lain, iaitu Salman al-Farisi bangun dan berkata: “Kami tidak mahu dengar”.
Umar pun bertanya: “Mengapa wahai Salman?”
Jawab Salman: “Engkau membahagikan kepada rakyat pakaian seorang sehelai, sedangkan engkau mengambil sebanyak dua helai.”
Jawab Umar: “Sabar wahai Salman!
Lalu Umar berkata kepada anaknya: “Wahai Abdullah (bin ‘Umar), beritahulah dia bahawa pakaian yang aku pakai ini adalah bahagian engkau yang engkau berikan kepadaku.”
Jawab Abdullah bin ‘Umar: “Ya, demi Allah”.
Jawab Salman: “Kalau begitu, silakan, kami mendengar (taat)”. (MAZA et al 2012)

Sepatutnya kita sebagai rakyat kena sokong usaha murni ini, dan bukan nya kritik sebab tak ada lagi blok koliasi parti selain dari PH yang berani isytihar harta (Ya saya aware tentang PSM tapi mereka bukan bertanding dalam koliasi). Saya juga di fahamkan cara evaluation syarikat tech startup adalah berbeza, selagi mana ia tidak salah di sisi undang-undang, selagi itu kita wajib sokong.

Kalau kita tak mahu membantu membawa Islah @ reform, jangan pula kita jadi batu penghalang. Jadi macam kisah burung Hud-hud pada Zaman Nabi Ibrahim yang mana dia hendak membantu walaupun pada luaran nampak macam sia-sia. Alkisah ketika Nabi Ibrahim a’alaihis salam dibakar, terlihat seekor burung hud hud yang sibuk terbang kesana kemari mencari air. Ketika dia menemukan sumber air, dengan paruhnya yang kecil, dia membawa air dan menyiramkan keatas api yang berkobar membakar Nabi Ibrahim shallallahu ‘alaihi wasallam.

Burung lain terheran-heran dan mempertanyakan bagaimana mungkin air itu mampu memadamkan api tersebut?Burung hud hud menjawab, “Aku tahu air ini takkan mampu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim shallallahu ‘alaihi wasallam tapi aku tak peduli. Yang penting aku telah berusaha sekuat tenaga menolong orang yang kucintai. Air ini juga nanti akan bersaksi di hadapan Tuhan bahwa aku telah berbuat semaksimal mungkin untuk memadamkan api tersebut”.Burung yang lain hanya bisa terdiam mendengar jawaban burung hud hud yang tidak disangka-sangka itu.

Atau kita suka yang tak isytihar harta macam pemimpin UMNO/BN? Cuma pemimpin UMNO/BN mereka isytihar harta juga tapi bila masuk mahkamah. Ada yang harta sampai berbilion-billion sampai tak boleh kira dek akal macam mana mereka dapat harta tersebut. Itu yang jadi skandal macam 1MDB bila harta awam di buat macam harta sendiri, lepas tu Rakyat yang kena bayar berbilion sampai 2039.
Ini beza PH dan yang lain.

Calon Harapan Isytihar Harta

ISYTIHAR HARTA : JUTAWAN PKR MENGEMIS DANA PRU DARIPADA RAKYAT MARHAEN

Dalam deklarasi aset yang dijalankan politikus PKR, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli masing-masing bergelar jutawan dengan aset terkumpul sebanyak RM11 juta buat Anwar dan RM18 juta buat anak buahnya.Seawal usia 29 tahun, Rafizi Ramli sudah ada simpanan mencecah RM2 juta. Persoalnnya dari mana datangnya kekayaan Rafizi apabila INVOKE mengalami kerugian sebanyak RM4.7 juta pada tahun lepas sahaja?

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim pula mengisytiharkan aset bersih sebanyak RM11,178,667.80.Pengisytiharan harta itu disyaratkan PKR kepada calon PRU-15 mereka dan disiarkan di laman khas calonkeadilan.org.

Dokumen pengisytiharan Anwar antara lain menyenaraikan wang tunai dan simpanan (termasuk pelaburan) berjumlah RM828,667.83 yang kebanyakannya disimpan di akaun Bank Islam (RM354,812.58).
Selain itu, aset lain merupakan tanah berserta rumah di Segambut Dalam, Kuala Lumpur dengan nilai pasaran RM9 juta yang dibeli dengan harga RM4 juta pada 2005 secara tunai hasil jualan unit rumah di Bukit Damansara.

Anwar terus kumpul harta, penyokong pula terus menghamburkan wang untuk membiayai cita-cita politik dia.Oleh sebab itu, PKR sememangnya merupakan sebuah parti politik yang melahirkan ramai jutawan. MB Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari pula bergaji RM185 ribu sebulan. Calon PKR yang kini berdepan dengan KJ di Sungai Buloh pula memiliki aset sebanyak RM65 Juta.

Soalnya, mengapa jutawan PKR terus mengemis dana pilihan raya daripada penyokong mereka yang rata-ratanya datang daripada kelompok marhaen?

PRU15: Hendak isytihar pun malu, kita tidak ada harta juta-juta, kata PAS – Dato’ Nik Amar

PAS tidak berhasrat untuk mengisytiharkan harta kerana khuatir akan memberi banyak kesan negatif selain pemimpin PAS kebanyakkannya tidak berharta, kata Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah. Jelasnya pengisythiran harta pada kebiasaannya membabitkan kakitangan awam dan tiada keperluan untuk pemimpin PAS berbuat demikian.

“Apabila menjadi wakil rakyat terutamanya exco perlu membuat pengisytiharan harta kepada nenteri besar dengan mengisi borang dan semuanya itu berlaku, tetapi tidak didedahkan kepada umum.
“Pendedahan ini mungkin ada aspek positif dan juga negatif sebab dalam dunia hari ini kadang-kadang apabila orang tahu kita ada wang dan harta banyak ia memberi implikasi negatif.
“Justeru, kami mengambil pendekatan dengan tidak mengisytihar harta lagipun pemimpin PAS biasanya tidak ada harta.
“Jika hendak isytihar pun malu, sedangkan orang lain ada harta juta-juta,” katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar ditemui selepas Majlis Penyerahan Cek Bayaran Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Penghulu Mukim Dan Tanpa Mukim Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.
Calon PKR yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sebelum ini disyaratkan melaksanakan proses pengisytiharan harta.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Calon Parlimen Pandan, itu berkata pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada PRU-15 untuk berbuat demikian.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim pula mengisytiharkan aset bersih sebanyak RM11.1 juta.

Dalam pada itu Mohd Amar yang juga timbalan menteri Besar Kelantan berkata, Perikatan Nasional (PN) mempunyai peluang untuk menguasai Putrajaya dalam PRU-15 ini.
Katanya ia berdasarkan gelombang dan suasana politik hari ini yang mana PN bukan saja mampu menang di Pahang ataupun Perlis tetapi juga berupaya membentuk kerajaan Persekutuan.
“Jadi kita berharap gelombang ini akan berterusan sehinggalah hari pengundian pada 19 Nov ini,” katanya lagi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply