Cash Flow Problem

projek duit raya

CASH FLOW PROBLEM? BUAT 4 LANGKAH INI. Cash flow memang masalah “normal” bagi usahawan. Pernah dengar semakin besar periuk, semakin besar kerak? Cash flow pun samalah, bisnes semakin besar, cash flow semakin susah nak diurus, tanpa tadbir urus duit betul, memang akan problem

Kalau tengah hadap dengan masalah ni, apa boleh buat? Saya share pengalaman sendiri ajelah, nak share pengalaman orang tak reti

1 – Cash Flow Analysis

Paling penting inilah tapi ramai tak buat. Benda mudah je. Catat duit masuk dan keluar hari hari. Tapi sebab tak pernah buat analisis sendiri, itu yang nampak tiada manfaat

Dengan tahu duit kemana pergi dan duit sumber mana yang masuk, kita akan dapat idea macam mana nak optimise. Auto akan dapat idea. Tapi kalau tak buat, idea tu tak dapatlah

2 – Diversify Revenue Stream

Antara masalah cash flow berlaku sebab tiada jualan mencukupi untung tanggung overhead bulanan. Pendiri bisnes, kena giat dalam kepala cari revenue stream lain

Cuma carilah yang berkaitan, jangan buat benda baru. Sebab apabila buat benda baru, operation akan berubah jugak. Cari yang hanya minimum sahaja operation berubah untuk create new revenue stream

3 – Bridge Financing

Bridge financing ni kita buat hutang sekejap lah untuk tanggung cash yang tak cukup ni. Kalau company boleh buat pembiayaan oklah, tapi kalau company audit pun xbuat macam mana?

Jawapan dia kenalah owner dahulukan duit. Company berhutang dengan owner, dah ok sikit, bayarlah balik.

4 – Seek Investment

Berbeza cara ke3 kita create liabiliti, cara ini kita create value. Masa ni bolehlah offer 10-20% company kepada orang lain yang boleh pump in duit

If sayang share company, boleh buat perjanjian beli balik share tu. Cara ni makan masa sikit compare dengan 3 cara kat atas tu terus boleh buat

Panjang sangat dah ni. Baca habis tak. Kena ingat masalah cash flow ni memang akan sentiasa kita hadap. Kena tempuhi je, jangan mengalah. Siapa suruh jadi usahawan ye tak. Good luck!

Syarikat muflis, bos kaya.

Inilah dia permainan dalam pensyarikatan (entiti enterprise tidak termaktub) Ini game next level. Tapi majoriti usahawan kita hari ini semua akan keluarkan sehabis baik menggunakan simpanan dan bergolok gadai untuk menghidupkan sesebuah syarikat.

Apa yang kita faham, inilah konsep kapitalis, ada untung dia on, bila rugi dia off. Apa lagi boleh kita belajar dari beliau?

1. Berani bertindak dan tidak terlalu beremosi pada syarikat yang tidak menguntungkan

2. Fokus menjaga kepentingan dan cash flow syarikat lain daripada cover syarikat yang tak menguntungkan

3. Gunakan duit bank untuk maju, bila rugi, bank yang rugi, part ini paling kejam dan ini level mahaguru

4. Mempunyai jaringan hubungan antarabangsa yang besar dan semestinya tekanan pelabur menjadi faktor utama kepada penutupan. Lebih baik tutup dari topup duit lagi untuk survive.

5. Ada aku kesah korang hilang kerja? … Part ini buat kita usahawan bilis tak boleh brain. Sebab kita sehabis baik menghidupkan nafas syarikat demi staff2 kita. Tapi bila kita menggunakan konsep kapitalis, inilah dia realitinya.

Jadi tepuk dada tanya poket, sekuat mana kekuatan cash flow kita. Salam pejuang. Cash Flow Problem.

Salah satu sebab kenapa aku tak nak masuk tender2 projek ni especially tender kerajaan.

Selain daripada mentaliti yang aku kurang suka, soal payment juga buat aku tak percaya nak join tender. Bukan nak kata semualah. Tapi mostly macam nilah level dia.

Gambarajah tu contohnya. Tapi korang kena faham bawah main-con ni memang akan sub-sub seperti sub-con builders, carpenter, eletrical, mechanical, landscape, cleaner. So boleh bayangkan sub-con, sub lagi kepada sub-sub yang lain. Bertambahlah con con mannya. Kakakkakka

Pernah gak lost berpuluh ribu masa join tender dengan kawan dapat projek buat surau kat JB. Buat surau ok. Dengan harapan dapat pahala tapi haprak pun tak dapat. Boleh pula middle man tu cakap, ini projek buat surau, anggap jerlah sedekah.

Punggoq dia. Kalau nak sedekah jangan cakap pasal projek. Cakap je nak buat amal jariah. Bolehlah aku derma sejuta terus. Cash Flow Problem.

Main con ni biasanya kroni besar.

Memang dah salam kaut dah dengan client. Dah lancing-lancing kat karaoke or bershoppong kat oversea. Biasalah dah tabur macam-macam sebab nak dapat projek.

Main-con sub kat sub-con kroni juga yang dah buat benda yang sama kat main-con dengan perjanjian nilai projek yang dah menguntungkan main con. Untung atas angin.

Dan it goes sampailah sub con level ke-5. Seperti dalam carta. Ada sub-con yang terpaksa keluar capital sendiri sampai beratus ribu. Main con bayar ikut percentage tapi nak kerja cepat siap. So terpaksalah keluar duit sendiri. End-up sub con yang bawah sekali tak dapat pun duit dia. Peojek dah habis. Sadis weih.

Dan inilah yang den cerita dalam peruntukkan dan dana-dana dalam belanjawan yang diwar-warkan. Apa ke lojik buat building sampai 800 juta tapi lagi lawa masjid Sendayan yang kosnya baru 100 juta. Tapi ini guna duit persendirian tak kisahlah nak berapa juta pun.

Sama juga minta duit nak betulkan padang bola untuk stadium sampai 3 juta tapi bila dah buat sendiri kos baru 900k.

Sebab itulah kita dengar duit banyak tapi tak nampak ke mana duit tu pergi.

Den sebut pasal sekolah cina dengan sekolah kebangsaan sebab memang nampak sangat bezanya. Ada juga yang dapat peruntukan tapi langsung tak nampak bangunan. Tapi tak ada siapa yang mampu buat apa-apa.

Itu yang aku selalu sebut. Orang-orang atasan yang buat perangai macam ni semua tak takut mati. Semoga Allah beri balasan setimpal pada mereka yang menganiaya golongan bawahan. Ameen.

TAK PERLU BANDINGKAN.

Dia berniaga, pulangan hasil perniagaan kalau buat dgn betul, akan lebih tinggi dari beli rumah. Prioriti dia hari ini adalah kembang dan sustainkan biz sebab persaingan makin padu. Utk org yg berniaga dan dalam fasa ini, mereka beli rumah merupakan distraction.

Dia jutawan dan itu pilihan dia. Dah 2-3 tahun untung 7-angka. Kalau dah kaya memang boleh hidup sesuka hati sebab anytime dia nak beli rumah dia mmg mampu bayar cash. Majoriti jutawan ( lebih 90% ) ada rumah sendiri. Dia minority yang jadi jutawan, tapi tiada aset seperti rumah.

Banyak bisnes yang meletop 5-10 tahun lepas, hari ini dah bungkus. Sebab persaingan makin banyak, harga kena makin murah dan margin makin parah. Mereka yang bijak akan tahu benda ini. Persaingan dalam perniagaan ini sgt keras.

Peniaga yang bijak, sebenarnya akan beli rumah

waktu untung perniagaan mencanak dan simpan sebagai pelaburan. Sebab bisnes ada waktu naik dan turun. Ada banyak yang berniaga dan tutup perniagaan mereka lepas 10-20 tahun. Tapi ada beberapa rumah dan kedai dah habis bayar. Mereka hari ini bersara dgn pasif income berpuluh ribu dari hartanah yang mereka langsaikan dari keuntungan berniaga.

Kalau saya jadi KA, saya akan park keuntungan yang ada dalam beberapa hartanah dan aset lain. Sebab persaingan dalam biz sambal dah makin keras. Rakan FB saya dah ada yg mula masuk bisnes sambal juga. Itu yg saya nampak. Macam biasa bila viral untung byk dan masyuk, tahun depan akan ada beratus persaingan baru.

Saya sgt setuju beliau tak perlu ada kereta mahal, sebab nilai kereta akan makin susut lepas beberapa tahun. Tapi rumah berbeza, dia makin lama makin mahal. Saya suka Khairul Aming, dan saya doakan beliau terus maju selalu.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply