Dato Maharajalela

dato maharajalela

Dato Maharajalela. SOHIBUSSAMAHAH DATO’ MAHARAJALELA. Dato Maharaja Lela yang menyandang nama sebenar Pandak Limo Bin Machang Lela Tok Mahmud adalah berketurunan anak Raja Bugis, Daeng Selili. Beliau yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi berhijrah ke Perak pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III.

Sultan berbesar hati di atas kedatangan ulamak besar ini lantas melantiknya sebagai mufti bertaraf Orang Besar Berlapan. Beliau dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Sebagai seorang yang berjiwa Islam

Dato Maharajalela tidak boleh melihat penjajah asing yang berkuasa mencaturkan politik di Perak.Perak negeri yang mempunyai raja. Namun banyak perkara diputuskan oleh Residen British.

Dato’ Maharajalela tidak boleh bersabar.Beliau bersama pemimpin² yang lain seperti Orang Kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato’ Sagor) dan Ngah Kandin, merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Birch yang lahir pada 3 April 1826 ialah anak kepada Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford,England. Birch ialah Residen British yang pertama di Perak yang dilantik pada November 1874. Tugasnya ialah mengutip cukai dan mentadbir Perak.

Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja² Melayu. Birch mengeluarkan arahan menuntut semua hasil cukai dan pendapatan negeri dikutip pegawai kerajaan. Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang mengutip cukai tanpa mengikut peraturan British.

Perancangan Dato’ Maharajalela untuk membunuh Birch mendapat perkenan Diraja dalam mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar²nya pada 21 Julai 1875.

Melihat penentangan orang Melayu terhadapnya, Birch bersama kumpulannya bergerak ke Pasir Salak pada 1 November 1875. Orang² Melayu yang bersenjata ketika itu sudah berkumpul di tepi sungai berhampiran dengan bot Birch.

Mereka mengoyakkan semua surat arahan British yang ditampal. Mereka kemudian membaling lembing ke arah Birch yang sedang mandi di sungai dan menghumbankannya ke dalam sungai. Turut terbunuh ialah kerani Birch berbangsa Melayu, Mat Arshad. Peristiwa ini berlaku pada 2 November 1875.

Antara nama yang dikaitkan dengan pembunuhan ini ialah Dato MaharajaLela, Datuk Sagor, Si Putum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain².

Dato Maharajalela ditangkap dan dibicarakan oleh Mahkamah British pada 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang,Perak. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Perak ini kerana bersalah membunuh anak paderi gereja All Saints di Hertford, England yang menzalimi rakyat Perak ketika itu.

Inilah harga yang dibayar oleh orang Melayu dan umat Islam untuk kedaulatan negara tercinta.

Semoga Allah merahmati Al Marhum dan mengalirkan semangat juangnya kepada umat Islam akhir zaman ini.

dato maharajalela

Tempat JWW Birch dibunuh

WATAK penting yang dimainkan Dato’ Sagor dalam pembunuhan JWW Birch bukan hanya dapat disaksikan pada hari pembunuhan pada 2 November 1875.Sejak mesyuarat pertama mengenai rancangan itu pada 21 Julai 1875, di rumah Haji Mat Yasin di Durian Sebatang, Dato’ Sagor telah melibatkan diri.Pakar sejarah,

Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali berkata, malah belum sempat Sultan Abdullah membuat keputusan, Dato’ Sagor dan Dato’ Maharaja Lela antara pembesar yang tanpa banyak soal sedia melaksanakan tugas tersebut.”Pada mesyuarat pertama, Laksamana mengesyorkan supaya JWW Birch diracun. Sultan Abdullah pula mencadangkan supaya ‘bermain’ hantu jika langkah meracuni JWW Birch gagal.”Cadangan Maharaja Lela pula adalah dengan cara menikam. Dato’ Sagor pula menyatakan, sekiranya Dato’ Maharaja Lela menikam JWW Birch, dia akan menyerang Bandar Bahru, kediaman JWW Birch dan menurunkan bendera British,” katanya

Hampir tikam Birch, tumbuk meja

WATAK penting yang dimainkan Dato’ Sagor dalam pembunuhan JWW Birch bukan hanya dapat disaksikan pada hari pembunuhan pada 2 November 1875.

Sejak mesyuarat pertama mengenai rancangan itu pada 21 Julai 1875, di rumah Haji Mat Yasin di Durian Sebatang, Dato’ Sagor telah melibatkan diri.

Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (gambar) berkata, malah belum sempat Sultan Abdullah membuat keputusan, Dato’ Sagor dan Dato’ Maharaja Lela antara pembesar yang tanpa banyak soal sedia melaksanakan tugas tersebut.

“Pada mesyuarat pertama, Laksamana mengesyorkan supaya JWW Birch diracun. Sultan Abdullah pula mencadangkan supaya ‘bermain’ hantu jika langkah meracuni JWW Birch gagal.

“Cadangan Maharaja Lela pula adalah dengan cara menikam. Dato’ Sagor pula menyatakan, sekiranya Dato’ Maharaja Lela menikam JWW Birch, dia akan menyerang Bandar Bahru, kediaman JWW Birch dan menurunkan bendera British,” katanya.

Selepas itu Dato’ Sagor dan Dato’ Maharaja Lela tidak pernah ketinggalan daripada apa-apa perjumpaan membunuh JWW Birch.

Menurut Abdullah yang juga penulis buku Pasir Salak: Pusat gerakan menentang British di Perak, selepas tindakan meracun dan bermain hantu gagal, satu lagi mesyuarat diadakan pada Ogos 1985.

Dalam mesyuarat itu Laksamana menyatakan tidak sanggup untuk membunuh JWW Birch tetapi Dato’ Sagor menyatakannya kesanggupannya.

“Pada 5 September 1875, dalam mesyuarat di rumahnya, Dato’ Sagor, Sultan Abdullah dan Dato Maharaja Lela bersumpah merahsiakan rancangan membunuh JWW Birch dengan meminum air keris,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, semangat Dato’ Sagor yang sangat bencikan Inggeris dapat dilihat dalam peristiwa Bukit Tunggal, Kampung Gajah

“Dato Sagor bukan sahaja tidak mahu mematuhi arahan British melalui pegawai mereka J.J Keyt yang memintanya membersih jalan dan membina balai bagi kegunaan lawatan Gabenor William Jervois, malah dalam satu pertemuan menumbuk meja Keyt menyatakan bahawa dia tidak akan melakukan kerja tanpa arahan Sultan Abdullah.

“Dato’ Sagor juga pernah menegur Penghulu Mat Akib kerana memulakan tugas membersih Bukit Tunggal tanpa kebenarannya. Penghulu Mat Akib melaporkan tindakan itu kepada JWW Birch.

“Dalam pertemuan JWW Birch dengan Dato’ Sagor pada pukul 1.00 tengah hari, 18 Ogos 1875, Birch menegurnya kerana tidak membantu Penghulu Mat Akib, serta merampas lembing dari tangan Dato’ Sagor sambil menegur kerana berani membawa lembing ketika datang berjumpanya.

“Dato’ Sagor melompat menerkam JWW Birch tetapi dihalang oleh Penghulu Mat Akib dan Ismail, pengawal JWW. Birch. Dalam situasi itu Dato’ Sagor dilaporkan berkata, jika dia membawa keris pasti diamuknya JWW Birch,” jelas Abdullah.

Penyudahnya, Penghulu Mat Akib berjaya menyiapkan balai, namun gagal menegakkan tiang bendera di puncak Bukit Tunggal kerana dihalang Dato’ Sagor.

“Dato’ Sagor memberi amaran akan membelasah sesiapa sahaja yang mendirikan tiang dan mengibarkan bendera,” katanya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply