Duit Kertas Atau Emas ?

duit kertas atau emas

Duit Kertas Atau Emas ? Semalam saya rasa kecewa sedikit apabila tidak dapat menjual emas kepada Amsyiq, diorang kata kena tunggu dua minggu lagi. Jadi saya pun share juga link post tersebut di facebook, antara yang mendapat perhatian tentu sekali group EMAS yang betul betul hardcore dalam perniagaan emas.

Banyak juga yang saya pelajari di situ, hooo, macam macam betul, dan setiap syarikat pengeluar emas ini memang ada masa kegemilangan dan masa tak berapa nak gemilang. Ianya membuatkan kita dalam dilema, harta apa yang patut kita simpan, sama ada dalam bentuk duit, emas, hartananah atau komoditi yang lain. Oklah jom .

Bila Kerajaan Gila Cetak Duit 

Hahaha, semua orang tahu, pasal cara nak buat duit dengan mudah. Senang je sebenarnya, ada kuasa besar yang ada kuasa ,boleh cetak duit sesuka hati, dan taburkan duit itu dalam masyarakat. Lama kelamaan, semuanya akan menjadi gila, dan harta orang ramai akan dirampas dengan cara yang paling halus dalam sejarah kemanusiaa, Tahu bagaimana mereka merampas duit anda ? Mudah sahaja, dengan menggunakan cukai dan faedah pinjaman. Video Mike Maloney antara yang paling bagus untuk ditonton, bagaimana wang kertas ada satu penipuan terbesar dalam sejarah peradaban manusia. 

Baca lagi : Macam mana nak dapat duit ?

https://youtube.com/watch?v=iFDe5kUUyT0

Harga Emas yang Makin Menjunam

Pada tahun 2012, boleh dikatakan banyak syarikat emas naik mendadak, atas dasar kenaikan harga emas, pada masa itu semua orang berkata tentang harga emas dan perak. Jadinya, ada yang meramalkan emas akan naik mendadak pada tahun 2020, di mana satu gram emas boleh mencecah sehingga RM 500 per gram. Tapi hari tak selalu cerah, harga emas naik mendadak, dan terus menurun, dan menurun, ramai yang kecewa, dan masih ingat lagi, bila harga menurun, ramai yang rugi, dan kepercayaan terhadap emas menurun, dan harga emas sekarang masih lagi rendah berbanding pada tahun 2012. Semakin lama, emas tidak menjadi perhatian, dan boleh dikatakan, inilah masa yang sesuai perompak terbesar mengambil semua emas dengan harga yang begitu murah, sebab mereka pun tahu, EMAS yang paling bernilai, bukannya wang kertas.
Baca: Bila Amsyiq Tidak Mahu Membeli Emas Mereka 

Komoditi Lain

Sebenarnya selain emas, ada juga yang menyimpan atau melabur wang mereka dalam komoditi lain, seperti perak, tembaga, platinum dan minyak . Di sini, mereka tahu harga pasaran boleh dijual beli untuk mendapatkan untung yang besar. Ada juga cuba mencari alternatif lain selain emas yang kadang kala mudah dimanipulasi oleh kuasa kuasa ghaib yang mengawal ekonomi dunia. Jadi menyimpan perak, platinum atau benda lain yang berharga adalah satu langkah selamat .

Tak Sanggup Buat Pinjaman Perumahan

Ada juga yang membuat duit dengan menyimpan hartanah, tapi saya kata senang sahaja, harga rumah makin meningkat, dan bukan semua orang mampu untuk memiliki rumah. Tetapi bagi golongan hartanah, mereka pandai, dan berjaya membuat pinjaman untuk membeli hartananh, dan menyewakan kepada orang ramai. Sememangnya bidang hartanah agak sukar sedikit, duit bukan terus dapat, tetapi ternyata juga ramai yang membeli rumah sebagai pelaburan.
Baca: Harga Rumah Mahal Gila

Kesimpulan: Mana Satu Yang Berharga ?

Sebenarnya semua pilihan di atas tidak harga jika anda tiada ilmu yang mantap tentang duit, emas, komiditi dan hartanah. Jadi penentunya ialah ILMU anda tentang semua perkara di atas. Maknanya kalau beli hartanah , kena tahu macam mana nak sewakan. Beli emas, tahu mana emas yang betul dan mudah dicairkan. Jadi selamat menuntut ilmu , jangan membuta tuli ikut orang lain buat simpanan atau melabur. duit kertas atau emas.

duit kertas atau emas

Tukar Duit Raya Jadi Emas

Alhamdulillah, hari ni raya ke 7, tentunya ramai dah kerja, dah mulakan kerja. Jadi tentu nak meneruskan mencari rezeki, nak simpan duit beli barang keperluan dan juga nak bayar hutang-hutang dan bil-bil. Bak kata rezeki anak Arreessa, confirmlah dapat duit raya dari saudara-mara dan juga kawan-kawan. Apapun semalam saya bawa Arreessa untuk tukarkan duit raya Arreessa menjadi Emas 1 gram Amsyiq Gold. Ada yang simpan ASB, ada yang menabung, hehehe, terpulang kepada anda.

Beli Emas Sekarang Rugi

Memang, kalau kita ikutkan zaman sekarang ni, kalau dah tukar duit fiat, duit kertas kepada Emas, rasanya memang rugi, sebab, emas tu, jual balik, harga makin rendah. Tapi kebanyakan pelabur emas, pandai bermain dengan harga semasa emas, dan di sini mereka bermain macam-macam teknik analisis supaya Emas yang mereka beli dapat memberikan pulangan kepada mereka, iaitu keuntungan dari segi wang ringgit !!! Tapi ada juga teknik menggandakan emas dengan menggunakan strategi Ar-Rahn, bagi yang betul betul faham dan mampu untuk membuat teknik ini. 

Inflasi dan Susut Nilai

Wang sekarang ni, makin lama makin tak bernilai, sekarang ni, China juga telah mencetak wang sesuka hati, dan ini diakui lebih besar dari Amerika sana. Di sini berlakunya penipuan paling besar, dan apa yang menakutkan, KEKAYAAN kita akan di ROMPAK , dengan cara halus, dan lebih kejam dari pencuri dan perompak serta penembak yang semakin menjadi jadi. Cara yang kita nampak macam DIBENARKAN, sebenarnya menipu je, dan bak kata mat Mike Maloney, cara terbaik untuk kita menghadapi zaman ini ialah dengan ILMU tentang EMAS, DUIT, FIAT dan sebagainya. Apa yang pasti, kejatuhan harga Emas ialah peluang untuk kita melindungi kekayaan yang ada sekarang.

Kenapa Saya Memilih Amsyiq Gold 

Setakat ni, sebenarnya seksyen 8 dekat je dengan seksyen 7, dan ada kaunter, ada ofis yang setiap hari buka. Dekat dengan jackel seksyen 7. Jadi nak beli senang, nak jual masa terdesak pun senang. Saya sekarang dealer 2% dan kalau jual balik, harga susut hanya 4% bagi semua produk Amsyiq. Tapi kalau anda senang beli produk lain, silakan. Janji anda senang dan sama -sama kita menukar duit fiat kepada EMAS. Ingat ye, Emas bernilai bukan kerana nilainya naik, tapi lebih daripada itu, ianya kekal. Dulu 1 gram emas, tetap 1 gram emas. dulu beli kambing 1 dinar, sekarang pun 1 dinar juga !! Apapun, jangan lupa baca tentang saya di laman web Amsyiq di sini, cerita saya bawa anak beli emas !!! Oklah, saya nak pergi tukar lagi duit duit yang ada. Tapi janganlah tukar semua !!! 

So sekarang ni, tiba masanya kita mendidik anak kita MENABUNG EMAS dan PERAK. Kalau nak lagi penerangan power, tanya big daddy MKB, dia lagi PAKAR !!! duit kertas atau emas

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply