Ekonomi Malaysia Jauh Ketinggalan ?

ekonomi malaysia jauh ketinggalan

Ekonomi Malaysia Jauh Ketinggalan ? Renungan pagi…Orang selalu perkatakan bahawa negara satu ketika dahulu dikenali sebagai “Asian Tigers” dengan perkembangan pembangunan dan pemesatan pertumbuhan ekonomi.

Namun mutakhir ini banyak negara-negara yang dahlunya sebaris dengan Malaysia kini telah jauh kehadapan. Negara seolah-olah hilang pedoman dan mencari-cari titik halatuju yang jelas. Dengan sumber asli yang begitu banyak dan bilangan penduduk yang sangat sederhana sudah sepatutnya rakyat hidup boleh agak selesa. Tetapi apa yang kita lihat hari ini adalah sebaliknya malah semakin ramai rakyat yang jatuh miskin apatahlagi yang terus miskin.

Apakah sebenarnya yang menjadi masalah kita? Kenapa negara yang begitu indah dan subur ini tidak mampu untuk bangkit sebagaimana yang sepatutnya? Cuba kita renungkan fakta-fakta ini :-

  1. XPM kini di dalam penjara kerana disabitkan kesalahan rasuah.
  2. Seorang XPM sedang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah.
  3. PMX mendakwa seorang XPM terlibat juga dengan rasuah.
  4. XPM dikatakan akan menyaman PMX atas dakwaan memfitnah.
  5. Seorang XPM juga katanya sedang menunggu-nunggu untuk didakwa atas kesalahan yang sama.

Kalau kita lihat senario ini bermakna negara selama ini berhadapan dengan masaalah yang sangat serius. Bukan kerana soal lain tetapi ia terletak kepada orang No.1 sendiri. Kalau masalah itu wujud pada perkara lain mungkin kesannya tidak sebesar sekarang. Tetapi apabila ia melibatkan orang No 1 negara maka sudah pasti kesannya sangat mendalam kepada negara.

Mana-mana organisasi pun akan terjejas jika pemimpinnya tidak mempunyai visi yang jelas.

Ringkasnya, negara menghadapi krisis kepimpinan yang tenggelam dengan kedudukan dan kuasa yang dimiliki. Saman menyaman sudah menjadi semakin melebar yang menjadi senjata paling ampuh untuk membunuh lawan.

Kalaulah orang No. 1 negara sibuk dengan hal-hal sedemikian, bila negara akan move forward? Jangan anti sampai Timor Leste lagi hebat dari Malaysia. Mana nak letak muka? Renungkan lah. Aminuddin Yahaya. 24 April 2023.

Malaysia vs Indonesia: Benarkah kita merudum?

Selalu dipaparkan ekonomi Indonesia semakin baik dari Malaysia. Bagus mempunyai negara jiran yang hebat. Menjadi cabaran buat Malaysia. Adakah kita mempunyai asas untuk kembali melonjakkan ekonomi negara kita berbanding negara jiran?

Saya semak penilaian dunia utama yang terkini terhadap kita. Berdasarkan beberapa indeks penilaian utama dunia, jawapannya YA! Kita ada asas. Sangat jelas penilaian dunia terhadap Malaysia adalah jauh lebih baik dari Indonesia!

1. World Competitiveness Index 2022: Malaysia (32) mempunyai dayasaing yang lebih tinggi dari Indonesia (44)

2. Complexity Index 2022: Kecanggihan ekonomi untuk mengaplikasi tekologi Malaysia (24) jauh lebih tinggi dari Indonesia (67)

3. OECD PISA Score 2018: Score Malaysia (Membaca (415), Matematik (440), Sains (438)) lebih tinggi dari Indonesia (Membaca (371), Matematik (379), Sains (396))

4. Global Innovation Index 2021: Malaysia (36) mempunyai keupayaan dan kapasiti berinovasi jauh lebih tinggi dari Indonesia (87)

5. Global Food Security Index 2021: Malaysia (39) jauh lebih terjamin keselamatan makanan dari Indonesia (69)

6. Corruption Perception Index 2021: Persepsi gejala rasuah di Indonesia (96) jauh lebih teruk dari persepsi rasuah di Malaysia (62)

TETAPI…Pengamatan umum dalam sosial media,

rakyat Malaysia seolah jauh lebih suka memburukkan negara sendiri. Hilang keyakinan dan merasakan Malaysia semakin merudum dalam banyak konteks. Lebih buruk, seolah membenci negara sendiri. Terperangkap dengan serangan persepsi yang memburukkan negara sendiri.

Maaf. Itu yang sering dilaung dan dipaparkan. Bangun rakyat Malaysia. Kita ada kekuatan. Ini negara kita. Yakin dengan keupayaan kita. Kalau dunia menilai kita lebih baik, walaupun bukan terbaik didunia, kita mempunyai asas yang kuat. Kalau dinilai lebih baik dari negara jiran. Mengapa kita menolak penilaian dunia terhadap kita. Yang tidak baik ada pada semua negara. Kita terlalu banyak menghabiskan masa memikir dan membincang yang buruk dan tidak baik hingg kita lupa dan tidak percaya dengan kekuatan sendiri.

Masa untuk fokus pada kekuatan kita. Mungkin ini yang berlaku di negara jiran kita. Hate Your Own Country Index ???: saya belum jumpa indeks ini. Agaknya ranking kita tinggi kalau ada indeks ini. Mohon maaf atas luahan saya. Untuk Malaysia. Dari MINDA-UKM. Ekonomi malaysia jauh ketinggalan ?

Boikot. Posting ini saya bersedia dikritikkan.

Saya rasa kalau yang boikot Mekdi tu macam syiok sendiri. Mekdi ni dia jenis franchais. Maksudnya setiap Mekdi di Malaysia, pemilik sebenarnya adalah orang Malaysia, dan bayar sebahagian royalti franchais kepada pemegang.

Yang keluarkan duit untuk operasikan warung Mekdi adalah pengusaha di Malaysia, ada Bumiputra, ada kaum lain. Mereka kena belanjakan jutaan sebagai modal untuk membina tempat, membina meşin, ubahsuai, atau bayar sewa.

Puluhan ribu anak Malaysia diupah untuk bekerja, puluhan ribu anak Malaysia pula kerja sebagai penghantar. Ekonomi Malaysia jadi sangat sangat teruk selepas Najib ditumbangkan. Formula apa pun tak boleh pakai. Tidak senang untuk cari kerja sekarang.

Boikot Mekdi, gerakan Zionisma masih jalan. Tapi anak-anak Malaysia yang banyak terjejas. Senang nak Boikot Mekdi sebab ada banyak pilihan lain, ada ramli burger, ada nasi lemak. Ia tidak mengorbankan apa-apa. Kalau nak tunjuk solidariti, korbanlah sikit.

Kalau nak Boikot dengan efektif, Boikot Facebook, YouTube, Instagram, iPhone, dell, intel, Microsoft. Itu baru boleh ada impak terhadap zionisma. Saya tidak tahan nampak anak Malaysia yang terjejas kehidupan kerana boikot yang tidak berkesan untuk syiok sendiri.

Saya tetap nak bela mak çık, abang yang kerja kat Mekdi . Sorry Kalau rasa offensive . Saya akan gandakan makan di Mekdi, sewaktu membantah zionisma melalui media sosial, menderma untun rakyat Palestin , dan menyokong anak-anak Malaysia yang bekerja keras untuk kehidupan.

Kita hanya boikot McD

skg US buat sekatan Ekonomi kepada Negara2 yg menyokong Hamas selama setahun dan kepada individu hingga 2 Tahun.. skg siapa boikot siapa?

Sudah tiba masanya jika Malaysia mampu menjenamakan semula syarikat2 franchise/Franchisor yg dimiliki usahawan2 tempatan utk membina jenama tempatan.. itu pun jika mampu…

Jika Malaysia dikenakan sekatan Ekonomi maka bersiap sedialah utk berhadapan dgn kejatuhan Ekonomi Malaysia yg teruk tanpa pelaburan dan perdagangan dari US dan Negara2 sekutunya. Ekonomi malaysia jauh ketinggalan ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply