Fikir Sebelum Cakap

fikir sebelum cakap

Sering kali kita dengar, orang tua-tua berpesan . FIKIR SEBELUM CAKAP. Tapi biasa lah kita akan dengar “lidah tidak bertulang”. Pada kita mungkin tidak memberi kesan tapi pada orang yang mendengar, kita tidak tahu. 

Makan pun kita tak boleh sebarang makan. Apa yang kita boleh makan tak semestinya orang lain pun boleh makan. Perut masing-masing, ada yang tahan pedas, ada yang tak boleh makan pedas, ada yang suka manis ada juga yang suka tawar. Selera masing-masing. Apatah lagi kata-kata yang lantang dan pedas. Sebab kata-kata itu lebih tajam dari senjata.

Lebih baik yang sedang-sedang saja. Buat baik berpada-pada, buat jahat?….. lagi la… jangan sekali. First impression itu penting untuk orang menilai kita jenis yang macam mana. Biar cantik luaran dalaman juga cantik. Seiring dan sejalan. 

Apa yang lahir di Mulut itu yang terlintas di fikiran. Oleh itu fikir yang positif, fikir yang baik- baik maka yang terzahir pun semua yang positif dan baik-baik belaka. Hormat orang baru orang hormat kita. Cermin diri, hiasi peribadi.

Berkat Masa

Sharing sikit: Pernah tak dengar orang cakap “Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal”, atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata, “semoga dpt rezeki yg berkat”, itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2. Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik. 

Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.

Jangan Risau

Di zaman yang penuh fitnah dan cabaran, memang tak boleh lari dari kerisauan, dan zaman sekarang ni kita lebih mencari keredhaan manusia dari keredhaan Allah. Hooo sungguh risau kita pasal benda ini. Tapi takpa, apa yang penting, fokus dan terus fokus. Orang yang risau tak tentu pasal macam macam halangan akan datang

Buat Secara Konsisten walau sedikit
Salah satu tips nak elakkan kerisauan yang melanda kita ialah dengan membuat satu perkara dengan konsisten , walaupun sedikit. Kalau risau semua benda tak kemas atau sempurna, kita perlu buat juga, dan teruskan juga, walaupun tak sampai matlamat atau aras tanda yang ditetapkan. Jadi buatlah secara perlahan-lahan ikut kemampuan masing masing.

Belajar Dari Kesilapan
Satu perkara lagi ialah kita banyak dari kesilapan, belajar dari pengalaman. Kalau kita risau , kita takkan pergi jauh, tak pernah ambil peluang dan menyabut cabaran. Kita kena berani, dan letakkan kerisauan di dalam poket, teruskan melakukan sesuatu yang baru dan mencabar.

Apapun kerisauan anda, jangan lah lupa berdoa kepada Allah, ingatlah, Allah sedang menguji kita dengan macam macam ujian. Terus usaha, kalau fikir risau, tak kemana kita !!! fikir sebelum cakap

Diriku Tapak Sulaiman

Assalamualaikum..Hari ni saya teringat satu citer pasal tapak sulaiman..Saya dgr cerita ni masa saye berkursus satu masa dulu.Mayb ada yg pnh dgr kisah ni,tapi di hati saya ianya ada pengertian tersendiri.

Kisah nya, ada seorang penulis, sedang berjalan di pesisir pantai di awal pagi untuk mencari idea sebelum melakukan penulisannya.. Dari jauh dia terpandang umpama ada org tengah menari di gigi air.Terus dia mendekati org tersebut dan barula dia tau,sebenarnya org itu sedang mengutip sesuatu di gigi air dan mencampak nya ke laut.Perlakuan org itu secara berterusan kelihatan seperti menari!

Melihat perlakuannya itu, penulis bertanya apa yang sedang dia lakukan.

Orang muda itupun berkata dia sedang mengutip tapak sulaiman dan mencampaknya ke laut kerana hari sudah mahu siang,dan tapak sulaiman ni akan mati sekiranya dibiarkan disitu..

Kata si penulis, bukankah tapak sulaiman ini terlalu banyak, dan kamu itu umpamanya sedang lakukan kerja yang sia sia.

Jawab org muda itu, sekurang kurangnya dia mampu merubah nasib  tapak sulaiman yang dah berjaya dia kutip!

Apa yang ingin saya kongsikan kat sini, jangan sesekali takut melakukan sesuatu perubahan walaupun ianya hanya sedikit.Kerana kadangkala,perubahan atau usaha yang sedikit itu lah yang kadangkala akan memberi kesan yang sangat bermakna seumur hidup kita..

salam sayang,dan selamat mlm..fikir sebelum cakap

Begitu Begini

Dalam kehidupan kita seharian selalu jadi begini. Jumpa macam-macam orang. Ada yang jujur, ada yang lurus, ada juga yang kaki kelentong, ada yang poyo, yang dengki. Banyak lagi lah nak sebut. Tak semua orang baik dan tak ada la jahat semua. Tapi don’t judge the book by it’s cover. Ada yang nampak baik tapi tikam dari belakang. Kekadang ada yang nampak sombong tapi baik sebenarnya.

Ada yang tengok kejayaan orang tapi dengki. Nampak orang berjaya dia pun hendak tapi banyak sangat perkataan TAPI dalam diri. Sendiri mau ingat lah kan. Orang yang berjaya ‘no needs approval from other people’. Apa juga tindakan kita hari ini menentukan kejayaan untuk hari esok.

Nak berjaya kena ada pengorbanan. Bukan dari orang lain, datang dari diri kita sendiri. Korban masa, korban perasaan dan wang ringgit. Itu lah MODAL kita untuk mengorak langkah.

Nak buat begitu lah, begini lah…. nak ke situ lah nak ke sinj lah….. tapi kalau sekadar omongan kosong tak akan memberi makna kalau tidak memulakan langkah pertama.

Usaha tangga kejayaan. Dan kejayaan tidak datang bergolek. Impian kena jelas senang kita nak capai. USAHA, DOA & SABAR kejayaan pasti mengintai anda.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply