Founder Muiz Hot Chicken

Founder Muiz Hot Chicken

Muizzudin Remle, 30 tahun. Founder Muiz Hot Chicken. Encik Muizzudin memulakan perniagaan menjual ayam goreng di tepi Jalan Temenggong Ahmad, Parit Raja, Johor ketika usianya baru mencecah 20 tahun.

Pemuda ini mula berminat untuk mulakan bisnes ayam goreng selepas bekerja dengan ibu saudaranya sebagai pembancuh air dan tukang goreng ayam.

Bermodalkan RM800, beliau pada mulanya hanya menggunakan periuk nasi untuk menggoreng ayam. Namun, Muiz mendapat banyak aduan daripada pelanggan kerana ayam tidak masak sepenuhnya.

Pada mulanya, ibu bapa Muiz tidak menyokong bisnes ini namun selepas melihat kesungguhan dan perubahan pada diri Muiz, mereka pun memberi restu dan menyokong perniagaan Muiz.

Dengan kelengkapan yang lebih baik dan bantuan pinjaman daripada bapa saudaranya, Muiz berjaya membuka cawangan kedua pada penghujung tahun 2014.

Menyedari ilmu perniagaan masih kurang di dada. Muiz mula pelajari selok-belok bisnes dan pemasaran yang betul daripada Dato Wira Dr Hj Azizan Osman. Beliau juga banyak bergaul dengan pakar perniagaan untuk mendapatkan inspirasi dan khidmat nasihat bagi mengembangkan bisnes.

Ternyata, keputusannya itu berbaloi serta membuahkan pulangan yang lumayan kepada perniagaannya. Daripada situ, Muiz semakin mahir dan berani untuk bawa jenama Muiz Hot Chicken ke tahap yang lebih tinggi.

Bermula dengan gerai kecil di tepi jalan, kini Muiz memiliki 110 kios di serata Malaysia. Pada hujung tahun 2021, beliau juga berjaya mencapai hasil jualan sebanyak RM10 juta. Kredit: https://dailyniaga.com/kisah-usahawan-dari-johor/1083.

Hampir setahun rasanya saya support #ayamgorengmuiz ini jika saya dan keluarga nak makan.

Walaupun jual tepi jalan tapi rasa setanding dengan jenama besar. Anak-anak pun suka. Pertama saya niat kerana Allah nak bantu produk 100% milik warga tempatan. Jika makin ramai yang support,makin berkembang perniagaan mereka.

Kedua 100% dari perniagaan orang Islam. Kerana 10 tahun lalu susah kita nak dapat produk ayam goreng yang sedap begini. Sesekali jika nak makan burger saya beli burger di stall depan 7E yang penting jenama Burger Ramly.

Sesekali nak makan ais krim (hampir 2 tahun) saya cari aiskrim Mokti’s Malaysia. Nak minum kopi pula saya lebih suka kopi tepi jalan atau di KL ini memang selalu lepak di @Terminal coffee ampang. Saya doakan moga perniagaan warga tempatan terus maju jaya. Dan doakan juga usaha saya nak buka kedai ini dimakbulkan..Kalian juga boleh support produk saudara kita di falistin. https://shp.ee/gv5tieh.

Hari tu aku dah beli 4 ketul ayam Muiz ni.

Ermmmm…. memang tak cukup sebab bila dah makan seketul, makan lagi seketul… pastu makan lagi seketul cicah cheese dan cicah sos korean. Sedar-sedar dah berketul-ketul aku makan Muiz Hot Chicken ni.

Tu aku cakap, kalau setakat beli 4 ketul memang tak cukup…Hari ini aku beli Family Box pulak. Kat dalam ada 10 ketul. Baru puas hati aku.Minggu depan InshaALLAH… aku mesti beli lagi Muiz Hot Chicken ni.

Aku beli kat Muiz Hot Chicken Cheras, sebaris dengan Dayah Cafe, depan Sekolah Menengah Sains. Kalau tak jumpa, wasap je. Whatsapp #muizhotchickencheras. www.wasap.my/60139034524/mhc. Founder Muiz Hot Chicken.

JUAL AYAM TEPI JALAN PUN BOLEH CAPAI RM10 JUTA, INI KISAH 10 TAHUN MUIZ HOT CHICKEN

2013, 10 tahun yang lalu ada anak muda di Johor berhasrat ingin meniaga sendiri. Dia pilih jual ayam goreng. Permulaan, dia hanya guna periuk nasi untuk goreng. Resepi pula diperoleh dari mak saudaranya. Hari pertama meniaga, dia dapat RM20!

Jualan hari pertama membuat dia semangat. Terus lagi hari kedua RM40 dan hari ketiga RM60. Cuma dia dapati ada complaint dari pelanggannya yang ayam tak masak. Maklumlah guna periuk nasi sahaja. Dia nekad untuk beli deep fryer.

Duit dipinjam dari ibunya ini digunakan sepenuhnya. Setelah dapat deep fryer, dia boleh jual dalam angka yang lagi banyak. Ayam jualannya pun semakin mendapat tempat.

FRANCHISE

Dia berbincang dengan pakciknya dan bercerita akan potensi ayam goreng jenama namanya sendiri. Pakciknya setuju. Dengan pelaburan RM2000, dia buka second outlet. Apabila sudah mendapat tempat, dia berani untuk membuna franchise demi franchise.

60 franchise! Dia perasan walaupun franchise bertambah, tapi jualan tak bertambah. Walaupun ada sehingga 60 franchise, tapi jualan tak naik naik. Masa ni dia upgrade ilmu. Belajar marketing dan dia baru tahu yang bisnes ni bukan sekadar jual, tapi lebih kepada pengurusan

Slowly, jualannya bertambah banyak dan pada tahun 2021 dia capai jualan RM10 juta pertamanya. Tahun 2023, dia target untuk dapat RM50 juta! February nanti genap perjalanan Muiz Hot Chicken selama 10 tahun. Saya sendiri turut terima tempiasnya

Personally saya ada 3 lokasi jualan. Saya pun restock almost 35-40k sebulan, dia ada 177 franchise sekarang ni memang boleh capai angka 50 juta tu (saya bukan top10 stockist dieorang pun).MHC ni power dia di SAIZ AYAM YANG BESAR dan juga MARKETING TIKTOK yang power. Dua benda ni yang MHC ada dan naik berganda ganda

Cuma ada few penambahbaikkan boleh di buat

1) Pelbagaikan menu. Sekarang ni MHC hanya jual ayam semata. Jika boleh tambah side dish lain (fries, wedges, nugget) saya rasa lagi tinggi jualan boleh dibuat

2) Masuk Mall. Rasanya ini memang dah ada plan mereka. Sekarang ni mereka ada 2 model, food truck dan juga kemah jalanan. Masuk mall saya rasa lagi cepat boleh expand.

3) Mantapkan distribution. Sekarang ni di Selangor hanya ada 1 lokasi distribution. Semua kena ambil di Klang. Jauh dan makan kos lagi disitu. Jika boleh dibuat small distribution di few lokasi akan memudahkan/menjimatkan kos utk agent.

Ok, itu aje. Good luck anak muda! Kalau korang berada di Bangi-Kajang-Putrajaya nak try ayam goreng muiz boleh wasap team saya di wasap.my/601113031030/ayam+goreng+muiz.

Ayam goreng MUIZ Seri Iskandar sudah berpindah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera semua. Ramai yang tak tahu ayam goreng MUIZ Seri Iskandar sudah berpindah. Untuk makluman semua, kami sudah beroperasi di lokasi baru.

Lokasi Baru kami : Dataran Niaga D’Mall Billion Seri Iskandar (Bersebelahan Cendol Panggang, Bertentangan Happy Home) boleh tengok gambar sebagai rujukan

Waktu Operasi : 11pagi hingga 6petang atau sehingga ayam habis. Tekan link ini untuk order & selfcollect https://wa.me/c/601120873357 atau COD guna FoodPanda atau Halo Delivery atau MisiRakyat. Kami juga menerima semua tempahan untuk sebarang jenis majlis.

Like Dan follow FB page, IG serta TikTok kami di muizhotchickenseriiskandar. Founder Muiz Hot Chicken

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply