Inflasi Rompak Duit Kita

Inflasi Rompak Duit Kita

Inflasi Rompak Duit Kita ? Penulisan Mentor saya, tuan Mohd Zulkifli Shafie. Rasa macam tak adil. Kita kerja kuat-kuat, menabung duit banyak-banyak, rupa-rupanya nilai kekayaan kita sentiasa turun naik. Kalau naik, kita happy. Tapi selalunya nilainya makin turun dari tahun ke tahun.

Nilai RM50 dua puluh tahun dulu jauh bezanya dengan sekarang.

Dulu, kalau bawa RM50, boleh shopping penuh satu trolley. Tapi sekarang cuma dapat barang satu plastik. Ke mana hilangnya barang-barang satu trolley tu? Jawabnya dia dirompak oleh inflasi dan dikikis oleh kejatuhan nilai ringgit dalam jangka panjang.

Walaupun nombor masih sama, tapi nilainya sudah hilang. Rupa-rupanya kita tertipu dengan nombor! Bila saya faham pasal perkara ni, duit simpanan jangka panjang saya tukarkan semuanya kepada emas. Zaman Nabi s.a.w dulu, 1 dinar (syiling emas 4.25 gram, ketulenan 999.9) boleh beli seekor kambing. Sekarang pun 1 dinar (nilai sekitar RM1,400) pun masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, kuasa beli emas masih bertahan. Tak terjejas langsung! Tapi nilai duit kertas, jangan bincang pasal nilainya bertahan selama 1,400 tahun. Tempoh 10 tahun pun kejatuhan nilainya sudah jauh bezanya.

Nombor masih sama, tapi kita makin miskin. Nak simpan duit dalam jangka panjang, simpanlah emas. Duit yang nak pakai dalam jangka masa terdekat, biarkan dalam ASB atau Tabung Haji tak ada masalah. Inflasi Rompak Duit Kita ?

Inflasi dan duit

Nak share sikit pasal kaitan inflasi dgn duit kita. klau sebelum ini, bila cakap pasal inflasi, dalam kepala dah terbayang harga barang akan naik. masa sekolah dulu, belanja sekolah cukup sekadar sen sen je. tapi sekarang, belanja sekolah budak2 sekarang dah kena puluh ringgit.

inilah inflasi. inflasi kini membuktikan yang duit kita dirompak tanpa disedari. angka dalam buku bank sama, tapi kuasa untuk membeli guna duit tersebut semakin berkurangan. macamana nak kekalkan duit dari dirompak, hmmm. back to basic.

cuba baca buku ini. Tulisan Imran Hossein yang juga seorang pakar Islamic Eschatology menekankan bahawa duit kertas yang dicetak bukan duit sebenar dan boleh dimanipulasi. Beliau menulis buku ini semasa berada di Malaysia. Buku ini seperti kompilasi kepentingan menyimpan emas dan perak berdasarkan sumber rujukan Al-Qur’an dan hadith.

Duit Kertas atau Dinar?

Nombor bertambah tak semestinya kekayaan kita bertambah. Ada kalanya pertambahan nombor tak memberikan apa-apa makna pada kekayaan kita. Kalau dapat dividen 5% setahun sedangkan kadar inflasi dan kenaikan harga barang keperluan melebihi 5% setahun, sebenarnya kekayaan kita tak bertambah di sebalik bertambahnya nombor.

Bahkan ada ketikanya pertambahan nombor tu petanda kekayaan kita semakin berkurangan. Berbeza dengan tabungan Emas. Simpan 1 Dinar, 1 Dinar akan kekal 1 Dinar. Ia mampu beli seekor kambing sejak 1400 dulu sampai sekarang.

Simpan Emas maksudnya kita simpan nilai kekayaan sebenar, bukan sekadar nombor. Nak pertahankan nilai kekayaan dalam jangka panjang, simpanlah dalam bentuk Emas. Inflasi Rompak Duit Kita ?

Duit Jadi Kertas KOSONG

Simpan duit kita akan mudah hilang nilainya wang kertas senang-senang ia akan berubah dan menjadi “kertas kosong” bila ia tidak lagi diguna diperlakukan dan di jadikan sebagai nilai di suatu masa nanti.. hanya ( kertas kosong ) sahaja. Dan tidak ada makna untuk hidup kita.

Kerana suatu hari nanti. Emas akan menggantikan wang kertas beralih kepada Emas sebagai wang yang sebenarnya.. di waktu itu wang kertas yang di simpan banyak di bank tidak ada nilainya Lagi..

Emas tidak mudah Luntur dan hilang nilainya turun atau naik harganya itu tidak menjadi masalah yang menjadi masalah masihkah kita mahu bergantung harap Lagi kepada simpanan wang kertas Dunia.

Itu kerana “EMAS tetap akan jadi EMAS” sampai bila-bila Kerana Emas akan kekal selama-lamanya dan tidak akan pernah berubah nilai dan harganya atau di rompak, di makan INFLASI atau kejatuhan akibat ekonomi wang kertas tidak menentu dan tidak akan sama sekali berlaku kepada simpanan Emas atau diganggu gugat Oleh kerajaan mentadbir sekarang tahun ini. Malah keuntungan berlipat kali ganda yang kita akan dapat daripada Emas ini berbanding bila simpan kita simpan duit kertas itu..

Andaikata harga petrol diapungkan maka nescaya ramai yang akan terapung.

Kepada sesiapa yang masih belum sedar, sistem ekonomi duit kertas yang nilainya tidak ada sandaran kepada emas akan terus menyebabkan nilai duit semakin susut dan kos sara hidup semakin meningkat. Let me explain..

Secara purata kenaikan gaji tahunan rakyat Malaysia adalah antara 100 hingga 300 setahun. Yang menariknya, kos sara hidup naik beribu-ribu dalam setahun. Sebab itu ramai orang rasa hidup ini semakin keras. Tanpa kita sedar, ramai orang terpaksa menggunakan separuh daripada gaji mereka bagi menampung kos untuk mereka pergi kerja.

Itu belum kira dengan keperluan hidup yang lain seperti tempat tinggal, kenderaan dan pendidikan anak anak. Kepada yang konon-konon humble dan rasa duit tak penting, sistem ekonomi sedia ada tidak akan peduli dengan apa sahaja prinsip hidup yang kau pilih.

Lambat laun semua orang akan rasa dihenyak setiap penjuru hidup. Yang menariknya lagi, manusia diprogramkan untuk kekal berharap dengan satu kerjaya, satu skill, satu kebolehan dan tunggu umur 60 tahun baru boleh bersara.

Disebabkan sistem ekonomi ini sendiri tidak ada jaminan, sebenarnya semua orang kena sedar bahawa tidak ada satu pun yang terjamin.

Wake up my friends. Reset you mind mind! Escape the limitation.

Apabila kau mula sedar dan faham how the world works. Maka the only solution untuk survive adalah semua orang kena sentiasa evolve. Apa sahaja kerjaya yang kau pilih sekarang tiada istilah selesa dan chill garu telur. Khusunya untuk lelaki, mulai hari ini kau kena keluarkan tangan daripada seluar.

Belajar 1001 skill baru untuk menjana pendapatan dan mempelbagaikan aliran tunai. Belajar mengurus dan melaburkan wang. Gunakan masa lapang untuk belajar skill baru yang boleh dimanfaatkan untuk menaik taraf hidup. Kembangkan rangkaian kenalan yang positif yang boleh merangsang kau jadi handal setiap pemjuru hidup.

Buat perancangan kehidupan berdasarkan apa yang kau mahu bukan apa yang mereka rancang untuk kau. Jaga pemakanan. Amalkan exercise di dalam kehidupan supaya kau sentiasa jadi lelaki yang berdaya saing, agresif dan mampu menyerap tekanan tahap tinggi.

Suka atau tidak, ini adalah hakikat dan realiti hidup di dunia sambil-sambil menunggu giliran dipanggil Tuhan. Welcome to the modern world!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply