Kehadiran Ahli Parlimen Penentu Masa Depan Negara Kita ?

kehadiran ahli parlimen

Kehadiran Ahli Parlimen Penentu Masa Depan Negara Kita ? Kelas demokrasi Fahmi Reza malam ni sangat sangat padu. Gile punya padu sampai tiktok dah bagi warning sebab ada orang report, bak kata fahmi reza.

Dulu masa sekolah kehadiran ni penting

Kalau boleh tak nak miss kelas, cikgu ajar penting. Semua cikgu, orang, ahli politik, mesti akan cakap jangan ponteng sekolah.

Cuma malam ni aku pun nak share juga dapatan fahmi pasal kehadiran ahli parlimen. Korang boleh tengok dan nilaikan sendiri siapa yang bagus. Kebanyakkanya akan bertanding dalam pru15 nanti.

Cuma kalau korang tak puas hati dengan wakil rakyat korang, fahmi kata boleh PM personal , mungkin dia alasan tertentu. Contoh kalau yang jenis kena pergi urusan luar negara, sukarlahkan ? Tapi ada juga yang sakit dan tak sihat.

Cuma aku bab tak sihat ni lagi aku takleh terima. Kalau sekali dua ok, kalau memanjang tak sihat, maknanya wakil rakyat ni tak FIT, esok kalau banjir ke apa ke, takleh nak turun tolong rakyat.

Aku pun reflek diri aku jugak. Kehadiran aku dalam aktiviti bisnes, masyarakat , keluarga dan lain lain. Aku mengaku banyak kosong jugak. Hahaha.

Jadi korang rasa penting ke markah KEHADIRAN ? fikir fikirkanlah. Aku pun salahkan diri aku pasal kehadiran nih. Agak agak korang macam mana ?

Haters duk main isu kehadiran Presiden PAS di parlimen

gelaran kuat ponteng bagai diberikan kepada beliau dalam kempen PH dan BN. Siap buat infografik bilangan kehadiran Presiden PAS di parlimen.

Sebagai jawapan kepada kempen noob mereka, pengundi parlimen Marang memberi kemenangan majoriti besar 41,000 lebih kepada beliau. Bermakna pengundi Marang tak kisah pun pasal kehadiran ahli Parlimen mereka di dewan.

Mereka ada objektif tersendiri untuk meletakkan Presiden PAS sebagai ahli parlimen Marang dan mereka tahu kapasiti dan kekuatan wakil mereka untuk Marang.

Pengundi Marang tak kesah, tapi haters entah dari mana-mana je duk sakit hati pasal kehadiran beliau

Pokyat, apakah fungsi sebenar Ahli Parlimen?

Secara asas, fungsi parlimen dan tugas-tugas sebenar ahli parlimen berdasarkan model parlimen Westminster.

Yang utama ialah membentuk kerajaan yang mendapat kepercayaan kesemua Ahli Parlimen.

Tugas mereka yang paling penting adalah penggubalan undang- undang. Semua undang- undang lahir dari sini. Baik dan buruk semuanya asal dari sini. Jika ia diluluskan, ia akan jadi undang- undang.

Jadi peranan Ahli Parlimen sangat penting bagi sesuatu undang- undang itu adil kepada semua rakyat. Bukan hanya setuju, tapi perlu dibahas baik buruk.

Peranan Ahli Parlimen penting dalam menyemak setiap dasar, belanjawan dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan supaya setiap perancangan dibuat benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Ahli Parlimen sebenarnya tugas mereka di Parlimen. Kalau kehadiran ke parlimen tak memuaskan, baik undur diri dari menjadi calon. Berilah kepada calon- calon yang muda, berperanan, boleh semak dan imbang setiap perkara dalam parlimen.

Tahniah dan terima kasih pada YB YB yang lantang dalam Parlimen sebelum ini.

Terima kasih pada YB YB yang kehadiran cemerlang dan mengundi menyokong atau menolak usul- usul.

Kami rakyat nampak dengan jelas siapa yang kami boleh harap. Kami nampak siapa yang ponteng, siapa yang hadir. Kami tahu siapa yang betul betul berjuang dalam sana.

kehadiran ahli parlimen

Henti jadi polis moral, jalankan tugas yang telah diamanahkan.

Saya mengikuti perkembangan semasa mengenai kejadian di mana seorang wanita tidak dibenarkan masuk ke sebuah balai polis kerana dinyatakan bahawa beliau tidak berpakaian sopan.

Saya juga meneliti kenyataan Ketua Polis Negara dan juga kenyataan-kenyataan lain berkaitan dengan isu ini.

Saya menyeru kepada Polis Diraja Malaysia agar menjalankan tugas mereka tanpa prejudis, tanpa sifat seksis terhadap wanita dan tanpa menilai seseorang melalui pemakaian mereka. Rata-rata yang hadir ke balai polis untuk membuat laporan polis adalah rakyat yang memerlukan bantuan.

Pakaian yang dipakai dan penampilan mereka sepatutnya tidak menjadi isu. Polis Diraja Malaysia perlu melatih anggota dan pegawai mereka untuk bersedia menerima kehadiran rakyat waima pakaian dan penampilan mereka.

Rakyat tidak hadir ke balai polis jika tiada sesuatu yang mendesak. Prinsip “Kesopanan dan Kesusilaan” yang disebut oleh Ketua Polis Negara sepatutnya perlu dipraktikkan juga oleh anggota dan pegawai polis yang menerima laporan dengan professional, sentiasa tenang dan sedia berkhidmat untuk rakyat termasuklah menerima laporan daripada rakyat yang terdesak tidak kira apa jua penampilan mereka pada ketika itu. Double standart dan sikap seksis tidak perlu ada pada anggota dan pegawai polis.

Saya berharap agar perkara sebegini tidak berlaku lagi. Semua rakyat perlu diberikan akses untuk masuk ke balai polis untuk membuat laporan polis tanpa perlu dihakimi penampilan mereka. Tugas Polis Diraja Malaysia adalah untuk menjaga keamanan dan keselamatan, bukan menjadi polis moral kepada rakyat.

Jangan Menyampuk Cakap Orang Tua

Saya dan isteri selalu berpesan pada Maryam, apabila nampak bapak dan ibu atau sesiapa tengah bercakap, jangan menyampuk atau tanya soalan yang tiada kaitan dengan topik perbualan kerana perbuatan tersebut adalah tidak baik.

Suatu petang, saya menonton petikan rakaman persidangan di dewan rakyat yang mana ahli parlimen sedang berhujah dan berbahas. Maryam berada di sebelah saya dan curi-curi dengar. Maka berlaku perbualan di antara kami.

Maryam: Bapak tengok apa tu..orang jerit-jerit, orang ni bercakap, orang tu juga nak bercakap..

Bapak: bapak tengok video ahli parlimen berdebat.

Maryam: ahli parlimen tu siapa plak?

Bapak: ahli parlimen orang yang buat undang-undang dekat negara kita…

Maryam: tapi kenapa nak kena jerit-jerit..semua nak bercakap…yam tak faham pun apa yang deme cakap tu….

(saya tak menjawab soalan tu..tapi ada plot twist dalam perbualan ni)

Bapak: haaa kann..semua orang nak bercakap waktu orang lain sedang bercakap..sudahnya tak ada siapa yang nak dengor dan faham…sebab itu lah bapak dengan ibu selalu pesan pada yam..kalau orang lain tengah cakap kita kena dengar dan faham..kita juga tak boleh menyampuk…ikut giliran nak bercakap

Maryam: heeee betul la tu (tersengih)

Bapak: kannnnnn (akhirnya berfungsi dan berfaedah juga ahli parlimen pada saya)

p/s: pepatah cina ada mengatakan “前人栽樹,後人乘涼

Translation: One generation plants a tree, the next enjoys its shade.

persoalannya “pokok” apa yang sedang ditanam oleh generasi sekarang?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply