Kelas Blog SEO Kemunting

kelas blog seo kemunting

Kelas Blog SEO Kemunting? Salam sejahtera semua, saya baru balik dari MELAKA haritu, sempat mengajar anak anak Zety Hafiza Fantastic STAR. Hooo, nampaknya saya tak sangka dalam sesi JOM HEBAT MELAKA, kami suami isteri diberi paling banyak masa untuk bercerita dan berkongsi konsep asas tentang blog, teknik SEO, dan cara bercerita berdasarkan pengalaman. Alhamdulillah, dapat berkenalan dengan ramai kawan, dan berkongsi ilmu dan saling tukar pendapat dengan SID lain yang hadir di Pengkalan Balak. 

Untuk hari ini, saya cuba nak ulangkaji balik apa yang saya tekankan sangat tentang SEO kali ini. Nampaknya, kali ini, berbanding dengan kelas anjuran NURUL, saya tekankan beberapa elemen penting untuk membuatkan blog kita menjadi lebih hebat !!

FOKUS

Saya hendak mereka fokus semasa menulis blog. Maknanya, walaupun blog itu boleh diselit pelbagai cerita, tapi paling bagus ialah memilih untuk FOKUS pada sesuatu bidang yang ingin dikuasai. Contohlah kalau mereka nak jual set kurus, saya telah meminta mereka untuk mengisikan gambarajah PIE, peta minda untuk set KURUS. dari situ mereka boleh membuat rangka dan menulis dengan baik 

Menjadi PAKAR

Bila kita fokus pada tajuk yang dipilih, ianya memberikan kita kelebihan kerana kita akan sentiasa membaca dan bertambah ilmu tentang bidang yang ingin dikuasai. Di sini saya tekankan mereka supaya mereka menjadi PAKAR dalam bidang masing masing. Apabila artikel ditulis dengan baik, kita tentu mendapat backlink dari blog lain yang boleh dipercayai. Saya menyeru mereka supaya suatu hari nanti, blog mereka akan dirujuk oleh PAKAR lain juga, di situ letaknya markah SEO kepada blog mereka .

Kongsi PENGALAMAN

Untuk menjadi penulis yang baik, berkongsi pengalaman adalah satu kelebihan kita dari orang lain. Pengalaman sendiri lebih berharga, jadi menulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan amat penting dan banyak membantu dari segi SEO, membuatkan pembaca tertarik dengan cerita kita .

OKlah yang ni saya rasa antara yang paling best atau menarik pasal SEO ni. Oklah, kepada semua peserta kelas BLOG MELAKA, selamat update dan CINTAILAH BLOG ANDA !!!

blogger meninggal

ALFATIHAH untuk bloger amischaheera.

Blogger terkenal dengan fesyen hijab moden  & pesakit leukemia. Kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Menurut apa yang saya baca arwah bertarung melawan penyakit ini selama 4tahun. Kuat betul arwah. dari blog arwah tak nampak macam seorang yang sakit. Ceria je. Saya pun tak mengenali arwah secara personal tp pernah baca blog arwah. Suka melihat fesyen -fesyen yang digayakan arwah. Yelah saya tak pandai bergaya

Apa yg saya nk tekan kt sini.. Arwah telah pergi tinggalkan dunia. tetapi ILMU yang arwah tinggalkan dalam blog KEKAL SELAMANYA . Selagi org membaca & praktiskan ILMU tu PAHALA tak putus kan. BEST kan buat blog. Bukan blog yg suka kondem org, salahkan org tu ini tapi jadikan BLOG kita 1 tempat ILMU.
Kita bukan ahli politik, ulamak tapi gunakan peluang yg ada sumbangkan sesuatu pada masyarakat.

Cabaran 30 Hari Blogging

Kepada blogger yang rasa dah buntu idea nak menulis entry baru di blog masing-masing, apa kata join “Cabaran 30 Hari Blogging” ni.. tajuk-tajuk yang diberi pun menarik dan rasanya taklah terlalu sukar untuk kita buat..

Nak lagi best, share link entry korang tu dekat komen entry ni.. boleh tambah lagi ramai kawan2 baru kan.. kalau ikutkan cabaran ni dah bermula 16 September 2014.. kiranya hari ni dah masuk hari ketujuh.. tapi jangan risau, masih banyak masa lagi untuk korang semua join.. 

Korang boleh terus buat entry hari ketujuh dan dalam masa yang sama marathon update entry2 yang terlepas ataupun korang boleh jer buat daripada awal.. lambat sikit tak apa..  macam Zana Adieyza sendiri pun hari ni dia baru start buat entry hari ketiga tentang tempat makan best di Putrajaya.. better late than never!

So jomlah sama2 meriahkan cabaran ni.. blog berupdate, dapat tambah kawan baru dan dapatlah berkongsi cerita2 menarik dengan blogger lain.. selamat menyahut cabaran!

Rajin Membaca

Salam semua , saya malam ni sedang melayan liga super live di astro antara kelantan dan selangor, masih sempat nak layan lagi tulis blog ini. Sebenarnya banyak idea yang keluar nak share untuk anda, lagi lagi untuk anak cucu rumah mesra ceria. Tapi akhirnya memilih tajuk tips menulis blog. Nampaknya ramai dah tahu tips ni, betul ke kena rajin membaca ?  macam macam pendapat yang wujud.

Banyak Baca Banyak Idea

Hooo paling basic sekali ialah kita nak cari idea menulia dengan baik. Jadi idea akan banyak bila banyak membaca. Paling bagus ialah membaca buku. Tapi zaman era blogger ialah membaca banyak teknik penulisan blog yang lebih mencabar , nak tahu juga cara menggabungkan gambar dan video dalam satu post. Working with house buyers may assist sellers who need to sell quickly. They can sell your house quickly and easily. Visit https://www.webuyhouses-7.com/new-york/we-buy-homes-watertown-ny/.

Fahamkan Konsep

Banyak membaca juga menguatkan kefahaman kita pada sesuatu subjek yang hendak kita tulis. Ianya amat penting kalau kita nak menulis dengan baik. Walaupun kadang kadang kefahaman kita tidak, menulis berdasarkan kefahaman adalah latihan penulisan yang bagus. Tak perlu risau kalau salah, tentu ramai yang akan membetulkan kesilapan kita dengan menulis komen.

Elak Copy Paste

Bila kita banyak idea dan banyak menghafal fakta, ianya bagus untuk SEO blog kita, dan kita tak perlu nak copy paste artikel yang ada . Membaca dan menghafal seberapa banyak membantu kita menulis banyak terma saintifik atau bahasa yang baik dalam satu entri.

Baca Pelbagai Buku

Satu perkara penting nak jadi penulis yang baik ialah dengan membaca banyak buku dari pelbagai bidang. Itu membuatkan seorang penulis itu mempungai kredibiliti yang tinggi. Walaupun sekarang ini ialah zaman google , membaca buku sebenar amat penting dan perlu dititikberatkan .

Oklah saya rasa anda di luar sana tentu ada tips yang lebih baik lagi. Jadi bolehlah berkongsi dengan kami jika anda bermurah hati. kelas blog seo kemunting

gila gila blog

Gila-Gila BLOG

Salam sejahtera semua. Apa khabar ? Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang SEO , bolehlah datang ke Shah Alam sabtu ini. Kiranya nanti geng Aku Sayang Bini, ( ASB) akan menganjurkan Kembara ASB 2014. Projek pertama atau episod pertama kembara ini ialah Gila Gila Blog. Hoo apa sebenarnya gila gila blog ini ? Memang sebenarnya ianya teknik gila-gila untuk mendapatkan ranking dalam google.

Kelas kali ini akan dihadiri ramai dari anak cucu cicit kumpulan ireach dibawah Master Lyna dan Master Zainul. Paling menyoronokan pula ialah ramai pakar pakar SEO akan turun padang,banyak teknik yang akan diajar oleh saya sendiri dan tuan Najamudin.

Teknik gila – gila ini sebenarnya teknik yang boleh anda jatuh cinta dan gilakan blog, walaupun sebelum ini anda tak suka menulis dan tak suka buat blog. Dalam kelas ini, saya akan cuba membawa kelainan berbanding kelas kelas sebelum ini. Saya cuba sentiasa update ilmu terkini berkaitan dengan SEO.

Oklah, berminat ke ? Oklah nanti saya update lagi teknik gila- gila ini. kelas blog seo kemunting


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply