Kenapa Kena Potong Subsidi ?

surah kuatkan semangat

Kenapa Kena Potong Subsidi ? Disebabkan komen ini panjang, saya terpaksa jawab dengan panjang. Secara pokoknya, tak ada siapa yang suka subsidi dipotong dan tariff dinaikkan. Tak siapa suka bercakap tentang kurangkan subsidi.

AKAN TETAPI!! Kita kena berpijak kepada economic reality.

Kita kena terima realiti bahawa beban subsidi tak macam dulu lagi. Jika suatu ketika dulu subsidi hanyalah sekitar RM 30 billion setahun, tapi kini perbelanjaan subsidi telah mencapai lebih RM 80 billion setahun. Perbelanjaan subsidi yang besar ini, jika kita tak mula kaji dengan teliti ke mana ia akan pergi, sudah tentu ia akan terus naik dan naik pada masa akan datang.

Tak mustahil ia boleh naik RM 100 billion setahun. Saya bagi contoh; Daripada setiap RM 1 subsidi, RM 0.53 akan pergi ke golongan pendapatan tinggi. Dari 2019 hingga 2022, penggunaan diesel meningkat 40 peratus berbanding bilangan kenderaan yang bertambah hanya tiga peratus. Ini sangat menunjukkan bahawa banyak diesel bersubsidi diseleweng.

Bila ada ura-ura subsidi diesel nak ditarik pada Januari 2024, dengan tiba-tiba banyak diesel lesap. Tak lain dan tak bukan ia kerana diesel beli diesel dengan banyak sekali sebab takut nanti harganya diapung.

Tahukah kita banyak diesel negara kita antara yang termurah di rantau ini?

Sebab tulah ia dijual ke negara jiran dengan banyak sekali. Sejumlah besar wang subsidi juga dibelanjakan sekarang bukanlah untuk mereka yang benar-benar perlukan subsidi. Tapi digunakan untuk penyelewengan dan kegunaan orang kaya.

Dengan adanya perkara seperti ini, kita kena tanya balik, adalah bagus kita terus menerus berbelanja seperti ini? Jika ia tak dikawal, ia akan pergi kepada RM 100 billion tak lama lagi dan akibatnya hutang kerajaan pun akan terus naik, dan naik sampai RM 3 trillion tak lama lagi.

Tariff elektrik juga adalah tariff yang disubsidi oleh kerajaan.

Sistem subsidi elektrik sebelum ini mewakili beban kewangan yang besar pada kerajaan dan kebanyakannya memberi manfaat kepada golongan kaya.

Pada 2022, 10% pengguna elektrik tertinggi menikmati 50% subsidi elektrik yang ditanggung kerajaan, manakala 50% pengguna yang menggunakan jumlah elektrik paling sedikit hanya menerima 10% daripada subsidi.

T20 akan dapat manfaat lebih daripada isi rumah 40 Bawah (B40) dan 40 Tengah (M40) kerana mereka menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dengan menggunakan peralatan elektrik yang haus kuasa seperti sebagai penghawa dingin.

Keadaan ini lebih kurang sama dengan subsidi petrol. Sudah tentu mereka yang guna kereta mewah dan besar guna lebih banyak petrol. Akibatnya subsidi banyak dibelanjakan kepada mereka.

Ramai orang hujah bahawa pemotongan subsidi di kalangan perniagaan akan menyebabkan harga barangan naik. Ini tak boleh dinafikan.

Akan tetapi, kita juga kena tanya perlukah kita terus mensubsidi organisasi perniagaan yang gunakan elektrik untuk menjana keuntungan? Perlukah kerajaan terus gunakan hasil cukai untuk mensubsidi golongan kaya? Ini sudah tentu jadi suatu dilemma bagi pihak kerajaan.

Pada masa yang sama, defisit dan beban hutang perlu diurus dengan baik. Defisit yang berterusan akan menyebabkan penarafan kredit kita jatuh, kerajaan terpaksa menanggung beban kadar faedah yang lebih tinggi untuk membayar hutang bon.

Takkan kita nak jadi negara-negara yang gagal urus kewangan dan kemudian pinjam dari IMF? Hakikatnya, negara yang pinjam IMF adalah negara yang gagal urus kewangan dengan baik. Kita kena buat sesuatu sebelum jadi seperti itu. Dasar tak populis pada hari ini bukanlah satu pilihan. Ia adalah suatu yang dah tak boleh dielak.

Dengan itu ada penjimatan dari potong subsidi golongan kaya, maka penjimatan daripada itu boleh digunakan semua sebagai ‘cash transfer’ untuk subsidi bersasar kepada golongan pendapatan rendah bagi mengurangkan beban kenaikan harga tersebut. Cara ini lebih baik.

BUKTI ramalan Najib Razak sejak tahun 2019 adalah benar.

Sejak awal tahun 2019 susulan dasar pelaburan TH ditukar kerajaan baharu, Najib telah ramal Tabung Haji akan banyak potong subsidi Haji dan hanya akan bayar Hibah tahunan sekitar 3% secara memanjang. Subsidi Haji dipotong, tahun 2022, 2023 dan 2024.

Hibah tahunan

  • 2017: 6.25% (masa Najib)
  • 2019: 3.05%
  • 2020: 3.10%
  • 2021: 3.10%
  • 2022: 3.10%
  • 2023: ???

Apakah harapan bagi Hibah tahun 2023? Sekiranya Najib benar maka ianya juga akan sekitar 3%.

Sejak tahun 2019, Najib kuat mengkritik penukaran dasar pelaburan TH sebab ianya tidak mampu membina kekuatan ekonomi Islam, akan menyebabkan Hibah yang rendah secara memanjang dan akan menaikkan kos pakej Haji sebab subsidi akan perlu dipotong. Tetapi kerajaan-kerajaan selepas itu masih membisu.

kepada korang yang beriaya-iaya nak wilayah Konoha merdeka, dan mahu Sumatera dan Kalimantan masuk Malaysia.

korang ok ke, jika. Dividen ASB/KSWP menurun. kuota haji semakin susah. peluang pekerjaan kena sapu orang dari sana. subsidi dikurangkan. semakin susah masuk university awam. bajet negeri korang kena potong.

bantuan sosial kena potong. kalau tak bersedia terima semua ini, jangan berangan nak terima masuk 2 wilayah tersebut. Aku lebih suka keadaan Malaysia sekarang, negara/rakyat tak terlalu besar dan kecil sangat. Senang nak uruskan negara.

Hutang Kerajaan Malaysia kini sudah mencecah RM1.045 trillion setakat Jun 2022

Untuk rujukan…. Hutang Kerajaan Malaysia untuk tahun….

  • 2018: RM741.05 bn
  • 2019: RM793.0 bn (+RM51.95 bn)
  • 2020: RM879.56 bn (+RM86.56 bn)
  • 2021: RM979.81 bn (+RM100.25 bn)
  • Q1 2022: RM1,005.8 bn (+RM25.99 bn)
  • Q2 2022: RM1,045 bn (+RM39.2 bn)

Jadi sebenarnya hutang kerajaan kita dah officially masuk RM1 trillion masa awal 2022 hari tu lagi. Dulu masa aku last jadi economist had hutang negara adalah 55% daripada GDP. Dan sekarang rupanya had tu dah dinaikkan ke 65%.

Dan pada tahap RM1.045 trillion tu, hutang negara kita di tahap 63.8% daripada GDP. Looking at this… High chances had hutang tu kena dinaikkan lagi huhu…..So faham lah kenapa kerajaan duk potong subsidi sana sini.

Cuma kesannya, memang kemungkinan besar GDP nominal akan slowdown nanti. Dan percent debt to GDP tu masih akan naik tinggi jugak sebab ekonomi yang semakin perlahan. Memang setiap kali berlakunya krisis ekonomi, debt to GDP negara akan naik sangat mendadak. kenapa kena potong subsidi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply