Mcdonald Rusia Kena Boikot ?

mcdonald rusia kena boikot

Mcdonald Rusia Kena Boikot ? McDonald’s telah mempunyai lebih dari 800 buah restoran meliputi di seluruh Rusia, beratus pembekal dan jutaan pelanggan setiap hari.

Namun pada tahun 2022, ketika bermula serangan Rusia ke atas Ukraine, McDonald’s telah menerima tekanan dari media Barat maka syarikat makanan ini terpaksa menghentikan operasi mereka secara besar-besaran bermula 08 March, juga sebagai tanda tidak menyokong tindakan Rusia.

Maka, restoran McDonald’s yang pertama ditutup adalah di Moscow disaksikan oleh ramai rakyatnya yang membanjiri untuk menyaksikan detik bersejarah tersebut.

Ini adalah kerana restoran McDonald’s merupakan simbolik kepada ‘tirai besi’ yang goyah (kesan kejatuhan USSR) ketika itu dan bermulanya era penerimaan Rusia kepada Barat melalui pembukaan restoran pertama McDonald’s di sana (Moscow). Pada 1 Disember 2022, sembilan lagi rangkaian restoran McDonald’s yang terakhir telah ditutup buat selamanya.

Namun yang menariknya, McDonald’s di Rusia telah dijenamakan semula dan diberi nama Vkusno i Tochka.

Ia tidak boleh menjual ikon makanan yang terkenal dari McDonald’s seperti BigMac, Filet-O-Fish atau McFlurry, namun menu-menu gantian seperti burger ikan, BigHit (ganti BigMac) dan sos istimewa tetap mendapat sambutan.

Hingga kini, Vkusno i Tochka yang membawa erti “It’s Tasty and That’s It” menerima kunjungan pelanggan 2 juta sehari. Jika rakyat Malaysia masih berkata ‘jika McDonald’s Malaysia ditutup, pekerja nak makan apa?’ itu bermakna ramai yang masih tidak percaya konsep rezeki.

Teruskan boikot bukan kerana kita benci McDonald’s Malaysia. Tetapi 5% royalti sumbangan mereka kepada McDonald’s Corp yang bernilai jutaan USD turut bercampur kepada dana peperangan yang membunuh kanak-kanak, orang awam, hospital serta rumah ibadat baik masjid mahupun gereja. Rakyat Rusia boleh hidup tanpa McDonald’s kenapa tidak kita? Mcdonald Rusia Kena Boikot ?

Adakah BASH adalah hasil ciplak daripada McDonald’s?

McDonald’s, rangkaian restoran makanan segera global yang terkenal, telah mengucapkan selamat tinggal kepada Bosnia dan Herzegovina setelah menutup restorannya di Sarajevo dan Mostar sehingga notis selanjutnya – difahamkan isu berkaitan pelesenan.

Berita ini, disahkan oleh berita disana, yang menyebabkan ramai peminat makanan segera tersebut kecewa. Walau bagaimanapun, mereka mendapat harapan baru, bahawa isu-isu lesen yang menyebabkan penutupan akan diselesaikan serta membolehkan perniagaan Mcdonald kembali meneruskan perkhidmatan kepada pelanggan setia mereka.

Restoran BASH di Sarajevo

Namun disebalik penutupan itu, sudah tentu itu adalah peluang baru yang boleh di ambil oleh syarikat tempatan. Dan itu yang berlaku di Sarajevo, ada kemunculan jenama baru dalam industri makanan segera iaitu BASH.

Apa yang menarik perhatian, adalah persamaan yang ketara antara BASH dengan McDonald’s. Dari penawaran menu sehinggalah reka bentuk restoran, BASH seolah-olah meminjam konsep dari rangkaian makanan segera terkenal itu. Malah BASH juga menawarkan “Happy Meals”.

Kerusi dan meja di premis baru ini juga sama seperti yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s yang ditutup di Bosnia. Sukar untuk tidak mengenali persamaan yang ketara antaranya. Hanya di bezakan oleh logo dan nama.

Sementara itu di Rusia, Mcdonald di sana telah dibuka semula dengan nama baru iaitu “Vkusno i tochka”. Seperti yang kita maklum, Mcdonald telah keluar dari Rusia disebabkan perang Ukraine.

Kedua-dua jenama baru daripada syarikat tempatan ini sudah mampu berdiri sendiri dan tidak lagi perlu membayar royalti dan terikat dengan polisi samaada daripada McDonald’s sendiri mahupun negara Amerika Syarikat.

Mungkin, syarikat tempatan Malaysia boleh belajar sesuatu. Mcdonald Rusia Kena Boikot ? #mcdonalds#Bash#bosniaandherzegovina

McDonald Sikit saja nak tulis. Hari ni banyak kerja urgent.

Ada yang cadang dalam usaha nak boikot McD perlu adakan alternatif pada McD. Makanan McD bukanlah keperluan. Jadi tiada keperluan untuk alternatif. Cuma perlu buang segala ‘rasukan iklan’ yang tersemat dalam kepala tu. Anda telah di brainwashed sahaja dengan teknik iklan mereka.

Untuk buat McD yang baru, memang tidak mustahil. Tetapi bukan mudah. Ia memerlukan dana yang besar dan masa yang panjang. Cuba lihat berapa banyak brand cuba tiru, tetapi gagal. Cara paling cepat adalah seperti tindakan Rusia dengan haramkan dan rebrand 100%. Tetapi bukan mudah juga, kerana ada undang² yang menjaga hak Franchisor. Rusia takpa lah negara besar.

Franchisor fee adalah keuntungan pada McD corp. Memang betul McD di Malaysia bukan lagi milik McD corp. Tapi masih lagi ada saluran dana kepada McD corp melalui fee tersebut. Realiti. Keuntungan McD Malaysia.adalah RM3.5b setahun. Jumlah yang dibayar kepada McD Corp adalah RM200juta. Jumlah bantuan kepada Palestin cuma RM1juta sahaja.

Umpama memberi sedekah RM100 ketika kita ada lebihan RM350000.

Solusi. McD Malaysia mesti beri tekanan rasmi kepada McD corp (Jika benar ada sumbangan ke Israel). Deal Solusi. McD Malaysia mesti bagi sumbangan sekurang²nya 50% (RM100juta) daripada nilai Franchisor fee untuk bantuan Palestin setiap tahun melalui pertubuhan yang dipilih rakyat.

Keluarkan extra RM100juta untuk dapat RM3.5bilion not a bad move. Kan? Boikot ini bukan sahaja bagi tekanan secara kewangan. Tetapi juga tekanan psikologi dan sentimen kepada McD corp dan dunia. Selagi perang tidak tamat, boikot bukanlah tidak releven lansung.

Dengan keuntungan RM3.5billion, saya percaya kekuatan kewangan McD Malaysia masih mampu membayar gaji pekerja walaupun tiada jualan. Win-win. McD Malaysia dapat bisnes. Pekerja dapat gaji. Palestin dapat bantuan dengan jumlah yang besar. Baru boleh kata, ‘Manfaat melebihi mudharat’.

McDonald’s kalah dalam pertarungan undang-undang dengan chef Jamie Oliver

yang membuktikan bahawa makanan yang mereka jual tidak sesuai untuk dimakan kerana ia sangat toksik. Chef Jamie Oliver telah memenangi pertempuran menentang rantaian makanan ringan terbesar di dunia. Oliver membuktikan cara burger dibuat.

Menurut Oliver, bahagian lemak daging “dicuci” dengan hidrogen ammoniak dan kemudian digunakan dalam pembungkusan “kek” daging untuk mengisi burger. Sebelum proses ini, menurut penyampai, sudah daging ini tidak sesuai untuk dimakan manusia.

Oliver, seorang chef aktivis radikal, yang telah melancarkan perang terhadap industri makanan, berkata: Kami bercakap tentang daging yang akan dijual sebagai makanan anjing dan selepas proses ini ia dihidangkan kepada manusia.

Selain kualiti daging, asid ammonium berbahaya kepada kesihatan. Oliver berkata ini: “Proses omong kosong merah jambu”. Siapakah manusia yang waras yang akan meletakkan seketul daging yang direndam dalam hidrogen ammonium ke dalam mulut seorang kanak-kanak?

Dalam satu lagi inisiatifnya, Oliver telah menunjukkan cara nugget ayam dibuat:

selepas memilih “bahagian terbaik”, selebihnya: lemak, kulit, rawan, visual, tulang, kepala, kaki, tertakluk kepada mec split smoothie canica – ia adalah eufemisme yang digunakan oleh jurutera dalam makanan, dan kemudian pes merah jambu darah itu adalah deodoran, dilunturkan, disegarkan semula dan dicat semula, dicelup dalam tepung dan melcocha goreng, ini ditinggalkan dalam minyak terhidrogenasi separa, iaitu toksin.

Industri makanan menggunakan hidrogen ammonium sebagai agen anti-mikrob, yang membenarkan McDonald’s menggunakan daging dalam burgernya, yang tidak sesuai untuk dimakan manusia.

Tetapi lebih membimbangkan ialah keadaan bahawa bahan berasaskan ammonium hidrogen ini dianggap sebagai ‘komponen yang sah dalam proses pengeluaran’ dalam industri makanan dengan restu pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia.

Jadi pengguna tidak akan dapat mengetahui bahan yang mereka masukkan ke dalam makanan kita. #themoreyouknow. SILA BERHENTI MEMBERI MAKAN ANAK ANDA MAKANAN PALSU INI kerana SEKARANG ANDA TAHU.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply