Metal Pakai Baju Hitam

Metal Pakai Baju Hitam

Metal Pakai Baju Hitam ? Boleh dikatakan pada zaman muda remaja saya, saya suka sangat pakai baju warna hitam, hahaha, terus direct to the point. Kenapa begitu, sebab itu semua falsafah metal muzik saya dulu. Pengaruh kuat , dan ada yang gelarkan saya NINJA, sebab suka sangat pakai baju hitam. Hooo, takpalah, itu mungkin boleh baca dalam cabaran hari pertama. Oklah jom kita sambung cabaran hari ke-14 . (masa menulis entry ni saya pasang BLACK ALBUM METALLICA !!!) 

metal pakai baju hitam

Pengaruh METALLICA

Dulu saya mendengar metallica pada form 1, masa tu kami dah gila main gitar, so memang metallica jadi kegilaan masa tuh. Jadi habis semua beli kaset metallica. Tapi yang tak terus sangatlah, sebab belum gila pasal baju hitam semua. Tapi black ALBUM ni memang penuh makna buat peminat metal seluruh dunia, boleh dikatakan inilah album membawa seseorang itu masuk dalam dunia METAL !!!

XPDC metal

XPDC !!!

Yeah, lepas tu mendengar Metallica, paling gila lepas tu ialah konsert raksasa XPDC !!! Masa tu bibit bibit kehitaman, baju hitam, semuanya gara -gara pengaruh XPDC. Tapi memang gilalah. Akhirnya, masa tu kitorang suka pakai hitam, sampai pakcik saya pun tegur saya dan sepupu suka sangat baju hitam.

acdc

BACK IN BLACK ACDC !!!

Walaupun tak berapa metal, tapi percayalah album rock n roll dari kumpulan dari Australia ni memang mengancam, sebab dia ada spiritual tertentu, dan lagu itu sendiri memang buat obsesi HITAM itu makin kuat, hahhaha, memang siapa yang kenal saya sampai sekarang, baju hitam tu biasa, baju metal, tapi oklah sekarang ni pun dah ada macam macam kaler !!! So sebelum korang sambung buat kerja, apa kata jom layan satu lagu BLACK IN BLACK DI BAWAH NIh !!!

METALLICA – PINTU DUNIA METAL ?

zaman aku kecik, masa tuh band rock aku ialah nirvana, ye nirvana kenalkan aku kepada gitar, lepas tuh ada greenday dan macam macam lagi band, offspring, tapi member bawak kaset metallica, layan siut lagu enter sandman, siap ponjam kaset tak pulang, sebab kaset dia olskool ada lirik, kaset yang gua beli hitam je takde lirik.

Lepas tuh pulak bukak balik metal dapatlah dengar mcm mcm band, tentj sekali ialah megadeth, masa ni dah mula fikir riff riff power, terlekat pulakdengan deep purple, iron maiden, tuh belum taruk lagi band band lain macam black sabbath semua.

Tapi perlahan lahan dengar thrash metal bila orang kata slayer best, hahaha lepastuh melekat pulak dengan sepultura, sodom, semuanya pengaruj kartun gayour bersama selamanya. Lepas tuh duk gile tah mcm mana, pergi borong kaset slayer sodom semua. 

Big 4 Thrash Metal

Tapi zaman demi zaman, end up baru faham, istilah big4, rupanya metallica ni band thrash metal, yang melwtop jgklah, ahaha, walaupun diorng tahun 90an lagu dah slow. Hooo, dok zaman youtube ni melayan dokumentari thrash metal, feel woo,mesti kena metallica, mesti ada cerita konflik bandmate dave mustaine, dan macam macam lagi.

Bila dok layan big4 nih, ada yang kata slayer lagi ganaz, charlie anthrax lagi padu drumming dia dari lars ulrich, marty mfriedman megadeth solo dia lagi melodic dari kirk hammet, lepastuh ada orang kata, Dave mustaine  megadeth punya riff lagi teknikal dari Hetfield, Album Reign In Blood Slayer adalah bible thrash metal, album terbaik thrash metal sepanjang zaman. tapi….

METALLICA jugak diangkat sebagai band THRASH METAL NO 1 DI DUNIA !!!  Suharmi Abdul Talib dah beli tiket ke belum ? metal pakai baju hitam

Obses Thrash Metal

Memang hari ini, masuk hari ke 16, selepas semua penduduk jiwa shaklee berclosing, tahniah kepada yang naik rank dan terus maju dalam perniagaan Shaklee. Oklah, malam pagi buta ni, dah masuk 1 haribulan, nak cerita sedikitlah yang gua obses kepada thrash metal. Hahhaha, dari dulu lagi gua minat metal, tapi baru baru ni je memahami kenapa dan mengapa wujudnya muzik Thrash Metal. Hooo mantop

thrash metal

Kisah GLAM , Gay LA Metal

Hahaha, thrash metal ni tak datang kalau tiada GLAM, gay LA metal, metal yang pentingkan musik,populariti dan perempuan. hahhaa, budak budak yang anti GLAM ini, memang yang betul betul nak rebel, nak muzik je lebih, jadi mereka mencari band band yang mereka rasa sesuai dengan jiwa mereka. So di sini lahirnya satu istilah kemarahan melampau yang dinamakan sebagai Thrash Metal.

big 4 thrash metal

Laju dan Kejam

Muzik Thrash metal ini memang lahir dari muzik punk, dan juga muzik british heavy metal. Seperti iron maiden, deep purple, motorhead, diamond head, dan macam-macam lagi. Jadi irama ini menjadi tapak asas kepada muzik thrash sekarang. Mengenali thrash dengan mudah ialah dengan mendengar lagu dari 4 kumpulan terhebat ini. Anthrax, Megadeth, Slayer, dan paling ramai peminat tentu sekali METALLICA . Metallica membawa arus baru dalam dunia metal. Mereka menghasilkan album sulung, berjudul Kill Em All, dan makin lama thrash metal ini meletup.

metal pakai baju hitam

Terus Mencari Banyak Band

Hahhaha, aku pun gila dengan teknik serangan thrash metal, riff berat dan yang mengganas, tapi padu, tak bermelodic sangat. Thrash terus berkembang, dan macam macam muzik lahir dari genre ini. Jadi masa tu aku suka pada band SODOM dan SEPULTURA. Memang mereka sangat kejam dan ganas, lagi lagi Max Cavelera dalam zaman Sepultura. Layan memang layan, sampai sekarang.

metal pakai baju hitam

Metal Jawa CROMOK !!!

Tapi tetap bangga juga dengan band thrash metal Malaysia ini, yang ada elemen jawa, begitu melodic dan keras. Jangan tak tahu, dulu Jason Newsted dari Metallica pun pernah pakai t-shirt Cromok. Hahhaha, Memang band otai dalam Malaysia, walaupun mereka ini tak keluar tv, lagu marah orang, suara raw dan sebagainya. Selain itu, band band lain seperti FTG pun sangat best. XPDC pun ada juga elemen lagu thrash, sebab diorang ikut bulat-bulat metallica.

Batasan OBSESI

hahahha, memang thrash metal, metal ni memang makanan jiwa. Tapi keseluruhan itu muzik dan seni, emmang mengalir dalam darah anak seni. Jadi, memang obses itu memang ada, ianya perlu dipagari, dan dijiwai, sehingga mungkin dijadikan MOTIVASI !!! metal pakai baju hitam

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply