Mufti Pertahankan Mcd Malaysia ?

Mufti Pertahankan Mcd Malaysia

Mufti Pertahankan Mcd Malaysia ? Minggu lepas saya dengar ada ustaz ceramah pertahankan McD Malaysia. Terkini mufti pula.

Bagi saya, bila saya tak ceramah kempen boikot McD Malaysia, tak bermaksud saya mesti ceramah melawan boikot McD.

Contoh minggu lepas saya di jemput ceramah isu Palestine di sekolah, saya sengaja langsung tak sebut McD.

Boleh saja ambil sikap berhati-hati, atau malas mengulas atas syubhah yang sangat jelas.

Syubhah jelas ? Bukankah McD Malaysia sendiri kata royalty mereka tak tindas rakyat Palestine !

Jangan naif saudara. Sangat jelas faktanya. Berdasarkan pengiraan saudara Khairul Azri. Pada 2021 kemungkinan besar sekitar RM 15.5 juta telah disalurkan untuk ketenteraan US dan Israel. Untuk 2022-2023 pula dijangka RM 16.5 juta.

Betul memang secara langsung McD Malaysia tak bagi terus ke Israel, tetapi secara tidak langsung ianya sampai melalui royalty 5%, cukai kerajaan US 20% dan untuk ketenteraan 47 %.

Jumlahnya belasan juta McD Malaysia bagi setiap tahun yang akhirnya itulah yang boleh digunakan untuk membeli peluru atau bom membunuh rakyat Palestine yang tidak berdosa.

Tanpa nafikan banyak kebajikan McD Malaysia seperti bagi peluang pekerja kepada ribuan muslim, sumbangan satu juta ke Palestine dan zakat lebih 20 juta. Tapi boleh kah semua itu tutup dosa belasan juta itu.?

Saya bersangka baik mungkin para asatizah dan mufti yang pertahankan McD terlepas pandang jumlah belas juta itu. Pohon sesiapa sampaikan. Wallahwalam. #gengsyokngaji . Mufti Pertahankan Mcd Malaysia ?

Malam semalam dok chat dengan kawan bos.

Mula2 chat pasal kerja n meleret2 sampai bab boikot. Benda pertama yg dia sentuh pasal McD. Cara dia agak berselindung sikit maybe nak tengok aku ni kumpulan yg mana satu. Tapi aku jawab, bab boikot ni hak individu. Ikut pilihan masing2.

N sepatutnya nak boikot biar berterusan jgn bila berlaku sesuatu, kecoh sana sini menegakkan keperluan utk boikot. Bila org lain x sependapat habis kena kecam. Even ustaz n mufti pun puak2 terpaling ni pergi hentam bila buat statement ttg boikot.

Kononnya mereka tlh diugut utk keluarkan kenyataan menghalang boikot. Macamlah ada senapang yg diletakkan di kepala ustaz2 n mufti tu semua. Cubalah hormat sikit pendapat org yg lebih berilmu. Nak ikut, ikutlah. Tak nak, abaikan kata2 dia.

Bukannya lagi kau kecam konon terlebih pandai. Manusia perangai gini macam dialah yg terpaling pales tine setiap kali perang berlaku. Cer suruh berjuang puak inilah yg beri bermacam alasan nanti. (statement yg minta kecam juga ni)

Aku tak boikot McD

tapi aku bukanlah juga jenis yg hari2 beli makanan dekat mcd. Sesekali teringin aku belilah kalau tak aku tengok jer bangunan mcd yg tersergam indah tu sambil memikirkan nasib berpuluh ribu anak2 melayu yg cari rezeki di situ. Jgn sesekali komen rezeki Allah itu luas dan mana2 blh kerja.

Tahu tak berapa ramai anak2 melayu kita yg masih tak kerja sebab keadaan ekonomi kita yg sakit sekarang? Kalau hidup kau tak terjejas jgn samakan dengan hidup org lain yg struggle demi sesuap nasi.

Kalau tanya apa jihad aku utk org2 muslim yg dizalimi di sana, aku ada cara aku nak bantu. Tak semestinya dengan hanya boikot saja menunjukkan kita prihatin, berperikemanusiaan dan islam.

So, tepuk dada tanya iman. Apa sumbangan korang pada saudara islam kita selain melaungkan boikot di sana sini? Sedang dalam masa yg sama kau masih leka dengan FB, IG, Iphone, Google etc.

Aduii…Pening are…Mana satu ni….

Beli iPhone RM7K++,guna sistem ansuran yaho0die.Boikot Mcd

=

Sayang falasetin,pejuang agama,jihad kecil,lawan yaho0die

Tibe…

Beli burger Mcd RM8,menyumbang kepada ekonomi saudara seagama disini,tak beli iPhone,tak pakai sistem ansuran yaho0die

=

geng yahoOdie,pembunuh rakyat falasetin.

Antara RM7k++ dengan RM8 yang sebulan sekali pon belum tentu. Mana lagi yang lebih menyumbang kepada peluru membunuh rakyat falasetin.

اَعُوْذُ بِا للّٰهِ اَنْ اَكُوْنَ مِنَ الْجٰـهِلِيْنَ

“Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang JAHIL (BODOH),” (Surah Al-Baqarah ayat 67).

Wallahua’lam, Allahul musta’an. Mufti Pertahankan Mcd Malaysia ?

McD Malaysia dh berkali-kali keluarkan statement

utk menafikan penglibatan depa dlm menyalur dana kpd Zionis.

Pembentangan fakta dah pun dibuat.

Jumpa mufti pun sudah..

Tapi…

Ramai yg masih berpegang kpd hujah versi sendiri termasuk yg bukan² mcm sebatang fries umpama sebutir peluru yg membunuh kanak² Falestine.

Tapi tak pelik pun.

Dulu DSN jatuh sebab ramai menolak fakta & bukti kejayaan pentadbiran beliau sebaliknya memilih kisah² sensasi & persepsi sebagai pedoman sebelum membuang undi.

Tak habis habis isu mcd nie.

Melalak sangat pekerja mcd nie dah kenapa?. Lepas nie semua mufti negeri mcd pegi rujuk ya. Nanti boleh kumpulkan pandangan boleh buat thesis ke apa. Alah baru berapa minggu boikot meroyan bukan main lagi. Berjuta-juta untung sebelum nie kan nak kecoh sangat kenapa!

Lepas nie ramai semula makan mcd so bolehlah untung berjuta-juta lagi. Pada yang nak makan teruskan jela. Hak sendiri duit sendiri. Pada aku ini jelah jihad yang termampu.

Mufti Pulau Pinang tak bagi boikot McD

Georgetown: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memboikot McDonald’s Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

Wan Salim turut menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan tindakan memboikot mana-mana syarikat didakwa berkaitan dengan Israel mestilah berdasarkan bukti jelas dan meyakinkan, bukan sekadar sangkaan atau andaian semata-mata.

“Perlu dijelaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan, selain itu syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.

“Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya ketika dihubungi, malam ini

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply