Otak Kanan Melayu Hebat

otak kanan melayu hebat

Otak kanan melayu hebat ? Saya macam biasa akan menulis tentang keywords yang masuk dalam blog saya, bila tengok nuffnang, ada juga orang yang cari tentang otak kanan melayu. Hmm, satu benda yang saya nak ulas dan beritahu anda, memang orang melayu kita hebat. Walaupun begitu, mereka ini ada yang popular dan ada juga yang kurang popular, ada  yang menerima nasib berbeza. Jom saya senaraikan beberapa insan cemerlang, dengan otak kanan yang dikira sebagai GENIUS melayu.

Abdul Halim Bustaman aka Ketua Saintis Dunia

Saya mulakan dengan En Abdul Halim Bustaman atau dengan nama gelaran yang direkanya sendiri, iaitu Ketua Saintis Dunia. Secara jujurnya, saya mula menghargai otak kanan setelah mendengar pakcik tua ni memberi ceramah percuma. Kehebatannya terserlah, dengan menekankan konsep gambar, paten, dan otak kanan itu sendiri dalam mengira sifir, membuat  pengiraan matematik dan sebagainya.

Manusia hebat yang berasal dari Teluk Intan ini berpendapat, manusia biasa seperti kita sering menggunakan logik otak kiri untuk menyelesaikan masalah, kerana di sekolah sejak kecil lagi kita diterapkan dengan penggunaan otak kiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dia juga mengajak kita berfikir, kenapa Al-Quran di baca dari kanan ke kiri. Saya pula mendapati, sememangnya bahasa hebrew, yahudi , juga di baca dari kanan ke kiri.

Adi Putra – Genius Matematik

Yang ni bukan adi putra pelakon tu ye, yang ni ialah Adi Putra yang genius, sudah pantai matematik dan boleh mengajar orang dewasa dengan kiraan matematik yang direkannya sendiri di dalam minda. Bak kata pengakuan ibunya, sejak dalam perut, ibunya mengamalkan surah surah Al-Quran setiap hari, dan ternyata, berkat dan keihklasan, lahirnya seorang genius matematik yang disegani di seluruh Malaysia.

Aku masih ingat lagi, semasa adi di dalam rancangan AC Mizal, aku kagum dengan teknik ciptaannya iaitu teknik cakerawala yang boleh menyelesaikan masalah pendaraban matematik bagi nombor nombor tertentu. Walaupun dia hebat, tetapi Adi Putra pernah mengeluh, kerana dia perlu ke sekolah biasa, dan menganggap dirinya kereta Ferari yang laju meninggalkan kereta kancil atau proton buatan kerajaan barisan nasional.

Tapi ada juga satu kes masa tu aku ingat, Adi dikaitkan dengan kes membuat ubat yang menggunakan mukanya sebagai pelaris, dan aku tengok memang banyak ubat ubat itu di pasaran satu ketika dahulu.

Mokhtar Haji Mansor – Kaedah Mokhdar

Saya dulu, ingat lagi, masa di sekolah rendah, En Mokhtar ini pernah datang ke sekolah renda saya di seksyen 6 shah alam. Dengan teknik singkatan nombor, dia mengakui, bahasa nombor kita susah dikuasai kerana rata-rata mempunyai 2 suku kata. Dia kata, bangsa cina lebih power matematik kerana singkatan menyebut  nombor itu hanya sekali sahaja, dan mengakui kiraan boleh dibuat dengan pantas.

Saya masih ingat dulu, masa beliau menulis nombor yang ada di depan, saya cuba ke depan untuk menyebut nombor-nombor tersebut, dan memang ternyata, saya boleh hafal nombor-nombor tersebut, ingat lagi saya dapat bukunya , satu poster, dan duit rm 7, hahah, saya buat duit tu beli komik dendam kesumat. Hahhaha, tapi sekarang ni, saya hanya terbaca, yang kaedah mokhdar ini menjadi alat skim cepat kaya, yang menyuruh anak anak melayu sana untuk mengambil bahagian dalam kem mereka.

Ada juga yang memarahi Kaedah ini kerana kaedah penghafalan bukannya sesuai bila kita berada di peringkat universiti, dan saya  setuju juga, kerana di Universiti, pemahaman sesuatu masalah adalah lebih penting dari menghafal jawapan kepada persoalan. Hahha, apapun, ianya menjadi fenomena juga suatu ketika dahulu. otak kanan melayu hebat

Kutip Sampah Elak Banjir

Kesedaran tentang masalah sampah semakin penting pada masa kini terutama apabila berhadapan dengan bencana alam seperti banjir. Sampah-sampah yang bertaburan di jalan raya dan longkang bukan sahaja mendatangkan kesan buruk, malah boleh mendatangkan masalah yang lebih serius.

Sampah yang tersumbat di dalam longkang dan longkang boleh melambatkan pengaliran air dan menyebabkan banjir di kawasan perumahan. Selain itu, sampah sarap yang ditenggelami air banjir boleh mencemari air dan memburukkan lagi keadaan.

Oleh itu, setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap sisa yang mereka hasilkan. Mengutip sampah di hadapan rumah dan meletakkannya di tempat yang sesuai dapat membantu mengurangkan masalah longkang tersumbat dan meminimumkan kemungkinan banjir.

Bukan itu sahaja, usaha mengurangkan sisa juga dapat membantu mengurangkan masalah alam sekitar yang lebih besar. Sampah yang dibuang secara sembarangan boleh mengancam kelestarian alam sekitar kita dan mengganggu keseimbangan ekosistem.

Kita semua mempunyai peranan penting dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan mengambil tindakan mudah seperti membuang sampah di tempatnya dan membersihkan kawasan kediaman masing-masing, kita boleh membantu meminimumkan masalah banjir dan mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat untuk kita semua. otak kanan melayu hebat

KKM Minta Saring Pekerja

Keadaan yang mengkhawatirkan telah dikesan di kalangan pekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengalami kematian secara tiba-tiba. Ini banyak meninggalkan banyak tanda tanya di kalangan orang awam. Sebagai masyarakat, kita mengharapkan agar pekerja di KKM menunjukkan gaya hidup yang sihat dan menjadi teladan bagi masyarakat, oleh itu pemerhatian tentang keadaan kesihatan para pekerja KKM sepatutnya menjadi keutamaan.

Oleh itu, KKM telah meminta agar semua pekerja mereka menjalani pemeriksaan kesihatan yang ketat. Pastikan keadaan kesihatan mereka pada tahap yang optimum. Langkah ini dimulai dengan memeriksa berat badan pekerja untuk mengelakkan kegemukan yang dapat mempengaruhi kesihatan mereka secara keseluruhan.

Adalah penting untuk diingat bahawa kesihatan yang baik bukan hanya penting bagi individu. Tetapi juga penting bagi keseluruhan masyarakat dan negara. Dengan memastikan kesihatan para pekerja KKM, ini dapat membantu dalam memperbaiki sistem kesihatan negara secara keseluruhan. Ini adalah tanggungjawab kita semua untuk memperhatikan kesihatan kita sendiri dan orang di sekeliling kita. Ini juga termasuk para pekerja KKM yang berjuang untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kita semua.

Tanggung Sakit Akibat Diri Sendiri

Harinih keluar lagi cerita pelik pelik dan terharu pun ada. Cerita pelik lori eksiden sebab ada orang kata serangan jantung, gile kaw kaw di hentam kereta. Tular video sampai kena marah. Member dah hilang kawalan tuh, gile memang gile.

Satu lagi cerita semalam member habis flat lepas perform. Adui sakit weih, kesian jugak. Aku tengok tak larat terus nak perform. Ini first time aku tengok beliau down terus. Sebelum tengok dia masuk hospital sebab suspek sakit jantung.

Lepas tuh ada leader mlm ayah beliau dah ditidurkan. Sakit tiba tiba sesak nafas, tak sihat. Memang orang tua, biasalah tuh. Memang dasyat betul. Semua orang akan rasai sakit dan mati. Aku takkan salahkan orang lain kecuali diri aku. Cuma aku pilih untuk jaga diri dari ambil benda benda tak elok nih.

Aku dulu sakit sampai pengsan sebab salah diri aku, tak jaga makan. Itu je, memang asbab nak sakit tuh, kita dah tua, dan salah makan, badan makin lama makin lemah.

Tapi aku nampaklah penipuan sedang berlaku.

Orang makin lama makin tak sihat. Sejak 2021 progrma suntikan air suci. Ramai cuba menafikan , tapi ramai juga dah mula sedar. Syukur aku jenis degil, syukurlah Allah detikkan hati untuk membaca dan mengkaji.

Sebab Allah memang ajar dalam quran untuk menjadi kritis dan kritik. Agama Islam adalam wasatiyah, seimbang dalam iman dan pemikiran. Akal dan hati itu berdamai, barulah ISLAM. Sebab aku tahu ISLAM itu ialah PEACE, DAMAI. AMAN. Kalau nak KEAMANAN, perlulah seimbang, dan cara untuk kedamaian itu kena submit dan tunduk pada Allah swt.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply