Pangkalan Data Utama PADU

pangkalan data utama padu

PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU). YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim akan meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) kerajaan pada hari Selasa, 2 Januari 2024 ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar sendiri bagaimana PADU akan menjadi komponen utama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan. Bagi mereka yang ingin menyertai acara peluncuran ini, saudara/i boleh mendaftar di laman https://setahun.ekonomi.gov.my/

Mereka yang tidak dapat menyertai boleh mengikuti acara melalui maya yang akan disiarkan di media sosial bermula jam 10 pagi.

PADU adalah satu pangkalan data sosio-ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Kewujudan PADU membolehkan kerajaan beralih dari pendekatan B40-M40-T20 dalam menilai kelayakan penerima bantuan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil untuk mengelakkan keciciran (mereka yang patut dapat tercicir, mereka yang tidak patut dapat menerima bantuan).

Bagaimana PADU boleh mengurangkan risiko keciciran ini?

1. PADU menggabungkan data dari pelbagai agensi kerajaan untuk membina maklumat lengkap setiap isi rumah – ibubapa, anak, pendapatan setiap isi rumah, tempat tinggal, jumlah tanggungan, jumlah anak bersekolah, kenderaan, harta, setiap bantuan yang diterima, bantuan kerajaan yang layak diterima dan sebagainya

2. PADU menggunakan pendekatan pendapatan boleh belanja (bukannya pendapatan kasar) selepas mengambil kira tanggungan, jumlah isi rumah, kos sara hidup yang berbeza mengikut lokasi dan sebagainya untuk memastikan penilaian yang lebih adil berbanding pendekatan pendapatan mengikut B40-M40-T20

3. PADU membolehkan semak silang data isi rumah untuk mengelakkan maklumat yang tidak tepat dalam permohonan bantuan kerajaan

Untuk memahami keberhasilan PADU dengan lebih mendalam, orang ramai boleh melayari https://www.ekonomi.gov.my/ms/padu

PADU adalah komponen utama untuk menjayakan satu dari reformasi utama ekonomi negara iaitu pelaksanaan subsidi bersasar. Kelayakan penerima subsidi bersasar akan ditentukan berdasarkan status sosio-ekonomi isi rumah rakyat Malaysia di dalam PADU.

Selepas diluncurkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari 2024. PADU akan dibuka kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengesahkan dan/atau mengemaskini data isi rumah mereka selama tiga bulan.

Saya akan terus memberi maklumat terperinci mengenai PADU dalam tempoh seminggu ini.

Mohon semak berita-berita dan kandungan digital mengenai PADU di semua platform setiap hari untuk mendapat maklumat lanjut.

Sekali lagi saya menjemput orang ramai untuk turut sama dalam acara peluncuran PADU pada 2 Januari ini. Daftar kehadiran anda di capaian https://setahun.ekonomi.gov.my/ untuk memudahkan pengurusan majlis pada hari itu.

Saya mohon orang ramai menyebarkan berita ini untuk meningkatkan kesedaran. Kefahaman mengenai PADU dan langkah subsidi bersasar yang akan dilaksanakan dalam tahun 2024 ini.

Pangkalan Data Utama (PADU) semakin hangat diperkatakan rakyat Malaysia.

Menjelang majlis peluncurannya pada 2 Januari 2024 ini, kerajaan mempergiat usaha menguar-nguarkan PADU di setiap medium komunikasi yang ada.

Semalam telah berlangsung sesi taklimat khas kepada ketua pengarang media dan sidang media Pangkalan Data Utama (PADU) oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi. Dua sesi ini diadakan khusus bagi berkongsi perincian maklumat mengenai sistem PADU.

Pembentangan PADU telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia (DOSM).

Sesi soal jawab juga dibuka kepada media yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sistem PADU yang bakal go-live secara rasminya selepas majlis peluncuran kelak.

PADU akan menjadi platform komprehensif yang mengandungi maklumat profil individu dan isi rumah rakyat serta pemastautin tetap di Malaysia.

Sistem ini juga akan menyokong penggubalan dasar dan pelaksanaan program kerajaan yang lebih bersasar dan berpacukan data.

Pembangunan dan pelaksanaan sistem ini sepenuhnya dilaksanakan oleh kerajaan di bawah tanggungjawab Kementerian Ekonomi. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) Kementerian Ekonomi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Untuk maklumat lanjut berkaitan PADU, sila layari laman rasmi http://www.ekonomi.gov.my/padu

Satu sesi taklimat mengenai Pangkalan Data Utama (PADU)

kepada Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Kerajaan Malaysia telah diadakan di Menara Prisma, hari ini.

Taklimat ini bertujuan memberi pencerahan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam (PRO) Kerajaan Malaysia mengenai pelaksanaan sistem PADU yang akan 𝙂𝙤-𝙇𝙞𝙫𝙚 secara rasmi pada 2 Januari 2024.

Taklimat pengenalan PADU telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd Najuri, Pengarah Kanan, Bahagian Perangkaan Penduduk Dan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia @ DOSM (Sekretariat PADU).

Sesi kedua taklimat mengenai sistem PADU telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Faizura Haneem binti Mohamed Ali, Ketua Pasukan Pembangunan Sistem dan Teknikal PADU, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Suhana Md. Saleh, Pengarah Bahagian Ekonomi Makro Kementerian Ekonomi, serta pegawai-pegawai Kementerian Ekonomi.

Majlis Peluncuran PADU akan diadakan di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada hari Selasa 2 Januari 2024.

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli akan hadir merasmikan majlis. Berminat untuk turut serta?

Beberapa MP telah bertanyakan kepada saya

berhubung mekanisma pelaksanaan subsidi bersasar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Kerajaan akan merangkumkan seberapa banyak bantuan yang dibuat agensi kerajaan mengikut fasa supaya satu bentuk bayaran tunai atau bulanan yang besar dapat diberikan.

Kerajaan akan mensasarkan subsidi petrol dan diesel terlebih dahulu untuk melihat keberkesanan dan keyakinan kepada sistem PADU ini dan akan bergerak ke fasa seterusnya.

Mekanisma ini akan dibentangkan tidak lama lagi dan kerajaan akan membuat keputusan.

Terdapat cabaran untuk menggabungkan data-data sebelum ini disebabkan akta di setiap agensi kerajaan. Oleh itu, pada Jun 2024, Insyallah akan dibentangkan Akta Omnibus berkaitan perkongian data.

Padu Dekat RTM

Pagi tadi, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi telah dijemput ke rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM.

Beliau memberikan penerangan lanjut tentang Pangkalan Data Utama (PADU) yang bakal dibuka kepada orang ramai mulai 2 Januari 2024 kelak.

Justeru, orang ramai dinasihatkan mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi. Dalam sistem PADU supaya tidak tercicir daripada sebarang manfaat dan bantuan kerajaan.

Nantikan Majlis Peluncuran PADU yang akan dirasmikan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari 2024 di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply