Raja Abdulullah Sebagai Sultan Johor ?

Raja Abdulullah Sebagai Sultan Johor

Raja Abdulullah Sebagai Sultan Johor ? Selepas Sultan Ali Jalla mangkat, maka Bendahara hendak merajakan Raja Abdullah sebagai Sultan Johor yang baharu namun Raja Abdullah menolak. Maka Bendahara telah menabalkan abang Raja Abdulah iaitu Raja Mangsur sebagai Sultan Johor yang baharu bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah III ( 1597-1615 ). Selepas menjadi Sultan, Sultan Alauddin banyak menghabiskan masa dengan bermain-main dan berfoya-foya.

Urusan kerajaan telah diserahkan kepada Raja Abdullah dan Bendahara

Pada tahun 1613, Acheh dibawah pimpinan Sultan Iskandar Muda telah bertindak menyerang Johor kerana Sultan Alauddin III telah mengadakan hubungan dengan Portugis walaupun sudah berkali-kali diberi amaran oleh Acheh. Dalam serangan keatas Batu Sawar ini, Johor telah tewas. Sultan Alauddin, Raja Abdullah dan Tun Seri Lanang telah dibawa ke Acheh.

Sultan Alauddin telah dihukum mati, Tun Seri Lanang pula dilantik sebagai Ulebalang di Acheh dan Raja Abdullah pula telah dikahwinkan dengan Ratna Jauhari iaitu adik Sultan Iskandar Muda. Raja Abdullah juga telah dilantik sebagai Sultan Johor yang baharu bergelar Sultan Abdullah Maayat Syah ( 1615-1623 ).

Raja Abdullah inilah tokoh yang pada saya cukup penting dan berjasa. Ini kerana bagindalah yang telah meminta Tun Muhammad atau dikenali Tun Seri Lanang untuk menambah baik kitab Sejarah Melayu yang telah dibawa dari Goa. Dengan usaha Tun Seri Lanang dan dokongan Raja Abdullah lah maka kita ada juga rujukan mengenai warisan bangsa.

Gambar : Makam Sultan Abdullah Maayat Syah ( Marhum Pulau Tembelan ).

Kredit Posting Oleh : Seri Cendekiawan

Raja Abdulullah Sebagai Sultan Johor

Selepas Raja Abdullah dilantik

sebagai Yam Tuan Muda manakala Sultan Sulaiman pula dilantik sebagai Sultan Johor yang baharu maka satu perjanjian baharu telah ditandatangani dengan Belanda yang telah menyebabkan hancurnya Kesultanan Johor sekaligus merungkai segala adat dan jajahan Johor.

Antara isi intipati perjanjian yang ditandatangani pada 1 Disember 1857 itu ialah,

1. Kerajaan Riau Lingga ( Belanda sudah menganggap Riau dan tanah besar Johor sudah terpisah sejak perjanjian 1824 dan turut diakui oleh Yam Tuan Muda Jaafar walaupun hakikatnya Sultan Johor tidak pernah bersetuju ) mengaku telah takluk kepada Belanda atau bahasa senang telah dijajah oleh Belanda. Ini bermakna Kesultanan Johor-Riau bukan saja telah hancur bahkan telah mengaku berada di bawah jajahan Belanda.

2. Perlantikan Engku Besar atau putera Mahkota mesti dengan perkenan Belanda.

3. Pertabalan Sultan Riau-Lingga mesti mendapat restu Belanda

4. Sultan menyerahkan kuasanya kepada Yam Tuan Muda dan Yam Tuan Muda pula mestilah dilantik dari keturunan Raja Jaafar yang terbukti sekutu rapat Belanda.

Untuk makluman, Perjanjian Inggeris Belanda 1824 tidak pernah diiktiraf oleh Sultan dan Bendahara Johor begitu juga pemisahan Johor dan Riau.
Hanyasanya pada tahun 1857 baharulah pemisahan ( Perjanjian Inggeris Belanda 1824 ) itu dikira muktamad apabila turut ditandatangi oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II.

Temenggung Abu Bakar

telah mengadap Yam Tuan Muda di Riau dengan tujuan supaya baginda diangkat menjadi Raja di Johor selepas Johor tidak bertuan. Johor tidak bertuan selepas Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II dan Yam Tuan Muda Raja Abdullah telah menandatangani perjanjian dengan Belanda pada tahun 1857 yang mana perjanjian ini telah mengesahkan perjanjian Inggeris Belanda 1824.

Yam Tuan Muda Riau setuju untuk merajakan Temenggung dengan syarat beliau sendiri akan ke Johor dan yang keduanya Temenggung Abu Bakar tidak boleh memakai gelaran Sultan mahupun Yang Dipertuan… Jadi sebab itulah baginda menggunakan gelaran Maharaja Abu Bakar.

Jadi bila mula guna gelaran sultan Johor?? Segalanya bermula apabila baginda ke London dan satu perjanjian persahabatan Johor- British telah ditandatangani pada tahun 1885..
British telah mengiktiraf baginda sebagai pemerintah Johor yang sah dan berdaulat sekaligus membenarkan baginda memakai gelaran Sultan.

Mengenai doa pula sebagaimana doa di hari jumaat yang menyebut ” Sultan bagi negeri dan jajahan Johor” pula telah digariskan oleh British.. British suruh guna ayat tersebut dan tidak mahu guna ayat ” Sultan Johor ” secara langsung kerana itu akan bermaksud Sultan Abu Bakar akan mewakili seluruh kawasan wilayah Kesultanan Johor Lama iaitu Johor dan juga Pahang. Dalam erti kata lain Sultan Abu bakar merupakan penguasa Johor dan Pahang kerana kedua2 wilayah ini merupakan bekas wilayah kesultanan Johor Lama.

Berkenaan jajahan Johor pula merujuk kepada Muar kerana baginda mendapat daerah tersebut melalui perang jementah.. Sedangkan Johor diperolehi selepas perjanjian Temenggung dengan sultan Ali iskandar ( anak sultan husin ) pada tahun 1855. Raja Abdulullah Sebagai Sultan Johor

RAJA KITA

▪️ Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (Sultan Kedah)
▪️ Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Sultan Johor)
▪️ Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Sultan Selangor)
▪️ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Sultan Terengganu)
▪️ Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis)
▪️ Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir (Yamtuan Besar Negeri Sembilan)
▪️ Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (Sultan Perak)
▪️ Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (Yang di-Pertuan Agong & Sultan Pahang)
▪️ Sultan Muhammad V / Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra (Sultan Kelantan, tiada dalam gambar)

Meriam Sri Rambai ” Senjata Berat Kebanggan Sultan Iskandar Muda.(Architectural Desainer 24 Apr 2019)

Satu bukti sejarah kejayaan masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda yang masih tersisa saat ini adalah meriam Sri Rambai. Meriam itu sekarang diletakkan menghadap ke laut di Fort Cornwallis, George Town, Penang, Malaysia. Senjata berat kebanggaan Sultan Iskandar Muda ini, pada suatu ketika juga pernah digunakan oleh Francis Light pada 1786 M, dalam mempertahankan Pulau Penang dari serangan musuh.Di punggung meriam Sri Rumbai tersebut terdapat ukiran dalam tulisan Jawi yang berbunyi:Tawanan Sulthan kita Sri Sulthan Perkasa Alam Johan Berdaulat menitahkan Orang Kaya Sri Maharaja akan Panglima dan Orang Kaya Laksamana dan Orang Kaya Lela Wangsa akan mengamuk ke Johor Sanat 1023 H (1613 M).

Awalnya, meriam Sri Rambai berada pada banteng pertahanan Belanda di kerajaan Johor yang dibangun pada 1606 M, dan digunakan juga oleh Sultan Johor, Sultan Alauddin Riayatsyah III untuk mempertahankan diri dari serangan kerajaan Islam Aceh, karena Johor bekerja sama dengan Belanda menghadapi Aceh. Tetapi pada Juli 1613 M,Sultan Iskandar Muda berhasil menaklukkan kerajaan Johor dan menghancurkan Batu Sawar, ibu kota Kerajaan Johor.

Kemudian 22.000 penduduk Johor berserta Sultan Alauddin Riayatsyah III (Raja Siujud), Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, dipindahkan ke Aceh(Lombard, 1986; Linehan,1975).Tindakan Sultan Alaidin Riatsyah III (Raja Si Ujud) bekerja sama dengan dengan penjajah membuat tentara Aceh dan Sultan Iskandar Mudamarah dan tidak mungkin dimaafkan, bahkan dia kemudian dihukum bunuh di Aceh. Peristiwa ini digambarkan dalam Hikayat Malem Dagang sebagai berikut: Toeankoe, Si Oe/ Si Oedjoet tapoh mate/ di kamoe han le memeutjeedara// Di donja kon troih oe akhirat, kaphe la’nat be’ koengieng mata//(Cowan, 1937).

Kutipan Hikayat Malem Dagang di atas menunjukkan bahwa Sultan Alauddin Riayatsyah III harus dibunuh dan tidak lagi dianggap sebagai saudara. Kemudian dia dianggap sebagai pengkhianat terhadap Kerajaan Islam Aceh. Inilah tampaknya mengapa ada sikap anti Melayu di kalangan orang Aceh ketika itu. Pengkhianatan yang dilakukan oleh Sultan Johor tersebut sangat melukai hati Sultan Iskandar Muda.

Jadi tulisan Jawi yang terdapat pada “meriam” seperti tersebut di atas adalah sebagai mengabadikan kenangan kepada para panglima Iskandar Muda yang telah berjasa dalam menawan Sultan Johor dan 22.000 pengikutnya dan melemahkan pakatan Belanda dan Portugis dalam merongrong Aceh.Lebih kurang 180 tahun meriam Sri Rambai menjadi satu meriam kebanggaan Kerajaan Islam Aceh. Akan tetapi pada 1795, Sultan Aceh Alauddin Muhammad Syah (1781-1795) menghadiahkan meriam tersebut kepada Sultan Ibrahim dari Selangor, sebagai balas jasa atas pertolongan Raja Nala, yaitu adik Sultan Selangor dalam peperangan Aceh melawan pemberontakan.

Pada 1871 koloni Inggris yang telah menguasai negeri-negeri Selat (Straits Setieements, yaitu Pulau Penang, Melaka dan Singapura), dalam usaha mereka menaklukkan Selangor, menembaki ibu kota Kuala Selangor dengan meriam-meriam dari kapal HMS Rinaldo dan meminta Raja Muda Tunku Kudin agar segera meninggalkan Kuala Selangor. Kota itu diruntuhkan dan berbagai jenis meriam dirampas dan dibawa ke Penang, termasuk meriam hadiah Sultan Aceh Alauddin Muhammad Syah (1781-1795).

Meuriam kawai sulotan Laen nibak nyan lingka kuta Habeh cukop peukakah prang Keukuatan balatandra.
Pahlawan Rom kon bubarang Gaseh sayang nibak raja Han tom jeuoh uroe malam Sajan sulotan dalam kuta..
Raja Abdulullah Sebagai Sultan Johor

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply