Ramai Gagal Simpan Emas ? Kenapa Gagal Buat Saving ?

close up of human representation
Photo by Michael Steinberg on Pexels.com

Ramai Gagal Simpan Emas ? Kenapa Gagal Buat Saving ? Saya nak share sikit pengalaman peribadi. Kenapa orang gagal dalam simpanan / pelaburan emas?

Gagal Simpanan Emas ?

Gagal bermaksud emas dia tak bertambah, tidak dapat untung, tak bertahan lama, buka akaun 1 gram lepas tu tak tambah-tambah bertahun-tahun.

Pertama sekali, dia simpan emas secara suka-suka sahaja. Takde gol yang jelas.

Suka-suka = takkan kemana

Untuk berjaya dalam pelaburan emas, anda perlu ada gol yang jelas. Gol yang jelas menyebabkan anda akan senang berjaya.

CONTOH GOL YANG ANDA BOLEH PILIH

1. Gol saya adalah untuk alihkan 10% dari pendapatan anda dalam bentuk emas sehinggalah anda pencen. Selagi ada pendapatan selagi itu anda simpan 10% dalam bentuk emas.

2. Gol saya adalah simpan 1 gram emas (atau lebih) setiap bulan sehingga pencen. Selagi ada pendapatan selagi itu saya simpan 1 gram.

3. Gol saya adalah untuk simpan emas sehingga boleh dapat nilai downpayment beli rumah/shoplot. Contohnya nak simpan emas sehingga RM100,000 sebab shoplot itu bernilai RM1 juta. Jadi saya simpan ajer sebanyak mungkin dan secepat mungkin untuk dapatkan RM100,000 nilai emas.

3. Gol saya adalah untuk simpan emas untuk pendidikan anak-anak saya. Jadi saya nak simpan emas selama 17 tahun sehingga anak saya habis SPM. Emas nie akan jadi dana pendidikan anak-anak saya.

4. Ini adalah gol personal saya. Saya simpan sahaja emas semaksima mungkin (70% ke 80% pendapatan sehingga muncul peluang baik) tak perlu fikir matlamat.

Simpan ajer sehingga ada peluang baik depan mata.

Lepas tu terus jual emas dan ambil peluang tersebut. Inilah gol yang menyebabkan saya boleh buat sebuah rumah di Langkawi secara tunai.

Saya tak pernah impikan nak buat rumah. Saya cuma simpan emas dan perak ajer sebanyak mungkin. Namun bila peluang datang apabila mak saya offer utk buat rumah atas tanah mak, maka saya jual emas dan perak tu, dapat cash dan buat terus rumah.

Puas hati sangat2 gais.Gais. Bila kita ada gol seperti , InsyaAllah akan senyum. Kenapa? Sebab saya dah simpan emas 15 tahun. Dulu, kini dan selamanya. InsyaAllah. Sila share jika bermanfaat.

Kisah dulu VGMC SCAM

sekarang ni, kalau ikut dari tarikh 4 April 2011, saya dah setahun lebih menyertai VGMC. Ramai kata tak perlu sertai dan sebagainya. Ini semua pendapat masing masing. Setahun dalam VGMC , banyak benda yang saya perhati. Oklah saya akan berpendapat secara diri saya sendiri. Sememangnya, ada untung dan tak untung. 

Secara Untung:
1. Bonus bulanan sehingga 10- 14% peratus. Bonus ni ikut harga emas semasa. Setiap 10000 shares, kita akan dapat 1oz emas.
2. Kalau rajin, boleh dapat bonus berkumpulan. Saya tak cari pun downline bawah saya.
3. Sesuai untuk uji skill trading. Ada juga untung.
4. Memang boleh untung besar, kalau pandai, cari orang .
5. Setakat ni boleh percaya lagi, duit selamat keluar.
6. Ramai artis dah join.

Tapi, dalam banyak banyak untung, ada benda yang saya tak berapa nak untung.
1. Syarikat luar, bila bila boleh tutup,
2. Ianya hanya pelaburan, semuanya ada risiko.
3. Modal makin lama makin mahal, dulu minimum 1000shares, lepastu kena tambah 2000shares, lepasni 5000shares. Maknanya duit untung kena tambah shares, tak leh nak untung.
4. Kalau harga tinggi ok, sekarang ni bila harga rendah, modal trading akan habis, dan buatkan anda rugi. So takleh nak trading, nak tak nak kena subscribe shares lagi.
5. Setakat ni, pembayaran bonus akan dibayar sehingga 2015. Itupun mungkinn janji .
6. Penjualan kredit antara rakan rakan, memang ada penipuan.

Tapi saya dengar, kalau buat betul betul, cari ramai orang, ramai dah kaya. Hahha. Tapi jangan lupa, lindungi kekayaan anda dengan EMAS FIZIKAL !!!!!

ramai gagal simpan emas

Emas 1g Goldbar Amsyiq

Salam sejahtera, apa khabar, sihat ? Alhamdulillah, saya baru sahaja mendapat kad pengedar dari Amsyiq Gold, kerana melepasi pembelian emas bernilai RM10k.

Saya sekarang layak dapat potongan harga 1.5% harga pasaran. Alhamdulillah, saya boleh simpan emas dengan banyak lagi dengan harga yang murah. masih ramai gagal simpan emas ?

Pernah tengok emas 1g goldbar ? Saya  pertama kali melihatnya, memang kecil. Anda boleh tengok sendiri di google, dan cuba tengok emas itu dari kawan kawan anda.

Jadi soalan saya, apa yang menarik dengan emas 1g ni, kenapa tak beli pada nilai yang lebih besar seperti dinar atau jongkong emas ? Kalau saya, saya pilih 1g emas ini kerana …

1) Murah  – harga dalam 200 lebih, dah boleh dapat 1g 999, kalau syarikat lain, lagi murah daripada amsyiq. Saya rasa dalam 160 lebih, dah boleh dapat 1g, tapi ketulenan berbeza beza gred.

2) Senang jual – senang jual, sebab harga pun murah, untung cepat, kalau siapa yang pandai buat jual-beli emas.

Kenapa Simpan Emas 1g ?

3) Sikit-sikit lama jadi bukit – ramai yang tertanya tanya, berapa modal nak mula buat pelaburan emas, jawapan saya mudah sahaja, mulakan dengan 1g emas, hanya 200 lebih sahaja. Kalau di amsyiq, kumpul resit , jualan terkumpul sebanyak RM10000, anda dah boleh jadi pengedar.

4) Senang cagar, senang tebus – saya suka cagar emas 1g, memang senang tebus, sebab bila nak tebus, tak perlu duit yang banyak. Saya akan bincangkan lagi perkara ini.

5) Kalau hilang, tak hilang semua – 5g 1 keping, dengan 1g 5 keping, kalau hilang 5g, habis semua hilang, kalau 1g, boleh letak tempat lain lain.

6) Boleh buat hadiah – untuk kahwin, hadiah hari jadi dan sebagainya.

Kalau ada pendapat lain, boleh konsikan di ruangan komen tulisan ini. Terima kasih.

Tukar Sampah Jadi Emas ?

Banyaknya sampah !! Tahu kenapa ? Salah satu sebabnya ialah tidak kitar semula !!! Saya selalu jual sampah !! Tin , botol,kertas, plastik,saya kutip, dan jual semula di pusat kitar semula pasar seksyen 6, shah alam.

Alhamdulillah, dapatlah RM 2 lebih. Sikit , tak banyak, tapi sampah percuma. hmm masih ramai gagal simpan emas.

Ayah  saya, sejak tahu perkara ini, dia pun tak buang sampah merata-rata, semuanya kumpul untuk cucu kesayangan. Satu hari pergi pernah dapat dalam RM20. 

Duit sampah, kumpul sikit sikit masuk tabung arreessa.Dah banyak nanti, bolehlah beli 1g emas. Macam tak percaya, sampah boleh tukar jadi emas.

Tapi ini cerita betul, perlukan logik dan kerajinan. Yang paling penting, sikap!! Malaysia dah tak boleh tampung sampah lagi !! Jadi, kita jual sampah untuk beli emas !!!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply