Realiti Produk Kosmetik Malaysia ?

realiti produk kosmetik malaysia

Realiti Produk Kosmetik Malaysia ? Saya nak copy ayat yang ni je, ia realiti di malaysia..Satu agi, korang jgn mudah percaya kepada produk kosmetik walaupun ada KKM.Ini kerana di MALAYSIA ni ada kilang2 yng memberi khidmat utk sesiapa yang nak kelaurkan produk sendiri tak kiralah produk skin care ke, pemutih ke semualah , anda hanya perlu bayar utk pakej2 tertentu.

Pengasas kosmetik ni kebanyakannya semua based atau bahan produk yg sama, mereka cuma tukar packaging dan selebihnya adalah kekuatan pada MARKETING, kalau marketing menjadi dan meletop maka juta2 lah masuk akaun.

Boleh tanya sendiri, jutawan2 kosmetik segera ni, tanya depa, kat mana kilang sendiri yg hasilkan produk anda? tunjuk alamat kilang dan sijil pengesahan bahawa kilang itu dimiliki oleh anda, mudah sahaja.Bersepah kat luar sana keluarkan produk sendiri, padahal semuanya dari kilang yg sama sahaja.Tak percaya ke? Sila buat kajian.

sumber: norhanita

Bahaya Kosmetik Merkuri

MERKURI YANG PALING TAK BEST IALAH DALAM KOSMETIK
Kalau nak ikut fungsi merkuri ni, ada je fungsi dia , kegunaan dia. Jaranglah kalau Allah cipta benda dalam dunia ni takda gunannya. Cumanya dulu yang abang joe tahu ada beberapa jenis merkuri. Masa orang panggil raksa, ph tinggi ,ini semua belajar sains dan kimia.

SENI MERKURI
Tapi zaman kartun abang joe, ada cybercop merkuri, dia adalah salah seorang ahli cybercop bersama saturn, mars dan jupiter, melawan orang jahat yang bernama baron kageyama dan kawan kawannya. Masa meningkat dewasa ada satu merkuri yang bersuara sedap, iaitu Freddy mercury, penyanyi kumpulan QUEEN, lagh we are the champion tuh memang legen sampai sekaranh. Hahhaha tapi saya , mercury ni meninggal sebab AIDS, sebab suka orang laki sama jenis.

KOSMETIK MERKURI
Tapi merkuri yang dalam produk kosmetik nih paling ditakuti. WHO dah cakap memang bahaya untuk kulit dan kesihatan. Jadi kalau hangpa beli produk kesihatan tuh, tolonglah cek ada label KKM tak, so tengok betul betul dia bebaa merkuri. Kalau betul betul nak selamat, ambil yang semulajadi dan dijamin selamat, lepastu ada kajian #landmarkstudy , hahahha mantop. Abanh joe guna herbal blend best, buat sapy muka, sapu luka, guna pakai minyak rambut pun pernah, hahhaha.

Jangan Terpedaya Pencegahan Rawatan Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan sebarang iklan atau kenyataan terhadap tuntutan pencegahan atau rawatan Covid-19 termasuklah di Internet melainkan sumbernya daripada KKM.

Kepada penjual ubat/produk kesihatan online!
Pastikan 3 perkara sebelum mengiklankan ubat:
1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram).
2. Pastikan ubat tersebut bukan ubat terkawal (No. MAL diakhiri dengan abjad A)
3. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!

Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play, Apple Store atau Huawei AppGallery.
#biarbetuliklanni!
Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

Riak di media sosial. 

Ada orang post gambar nikah grand. Orang kata dia riak.

Ada orang post gambar nikah simple. Orang kata dia riak.

Ada orang post gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak.

Bila Dato’ Aliff Syukri Terlajak Laris tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata dia cuma menjatuhkan imej orang Islam kerana menunjukkan orang Melayu Islam cuma pandai jual kosmetik untuk jadi jutawan. 

Bila Dato’ Vida tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata orang Cina, orang India hasilkan jualan yang ada kreativiti, manfaat, inovasi pada ummat, tapi orang Melayu berlumba-lumba jadi kaya hasil iklankan bahawasanya manusia kena kelihatan cantik dan menarik. Manusia perlu bermuka puteh. Melemahkan orang Islam.

Ada suami isteri yang post gambar mereka dan anak. Orang kata mereka riak. Fynn Jamal post, orang kata riak. Atita Haris post, orang kata riak. Irine Nadia Marcello post, orang kata riak. Kata mereka, nak menunjuk-nunjuk ada anak comel. Macamlah orang lain tak ada anak. 

Ada orang post pasal kebajikan, orang kata dia riak. Raja Shamri bina thirdforce, orang kata menunjuk nak jadi YB la tu. Saiful Nang bantu anak-anak yatim, orang kata riak. Syed Azmi bantu gelandangan, orang kata dia riak macam dia seorang saja prihatin nasib mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Ada orang post pasal kucing, Papa Hero buat rumah kucing terbiar, orang kata riak juga. Oh My Jep pun terkena riak juga. 

Masya-Allah. Astaghfirullah.

Sikap orang Malaysia.

Punca kita hasad dengki pada orang tidak lain tidak bukan sebab, — Sakit hati tengok bilangan followers, likes dan viral. Populariti. Dia LAGI LEBIH DARI AKU.

Itu saja sebabnya. 

Ketahuilah rezeki masing-masing sudah tertulis. Seandainya Allah rezekikan kamu dengan bilangan sekian-sekian walaupun sedikit, syukurlah. 

Seandainya Allah rezekikan orang lain dengan bilangan sekian-sekian yang melebihi rezeki kamu, maka bersabarlah. Jangan dengki, jangan sakit hati.

“Tidak ada makhluk yang melata di bumi melainkan Allah sudah jamin rezekinya dan juga bilangannya.”

Dia lebih likes, itu rezeki dia.

Dia lebih followers, itu rezeki dia.

Cerita dia viral, itu rezeki dia.

Dia kaya, itu rezeki dia.

Sesungguhnya Allah tidak mengajar kita menghukum orang lain berdasarkan apa yang berada dalam hati seseorang itu. Kita tidak tahu dia riya’. Kita tidak tahu apa dalam hati mereka. Ikhlas atau tidak bukan kerja kita nak menilik hati orang lain kerana Allah saja yang Maha Tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Allah Pemilik hati.

“Setiap kebahagiaan yang sengaja dipamer usah disangka Allah tidak akan menduganya.”

Usahlah kita merasa dengki dengan kelebihan orang lain lagi. Kerana kita tak tahu, adakah benar yang mereka dapat itu rezeki, atau cuma istidraj?

Istidraj adalah hukuman.

Allah bagi dia lebih, lebih dan lebih lagi di atas kekufuran dan kemaksiatan yang dia buat. Kita tak tahu.

Yang kita patut respon adalah pada mungkar yang dipamer. Misalnya, kita tak setuju cara pengiklanan produk-produk kosmetik yang menampilkan aksi ghairah dan tak tutup aurat, kita tegur dan nasihat.

Kita tak setuju terlalu banyak gambar personal dikongsikan, bimbang akan dimanipulasi pihak tertentu, kita tegur dan nasihat. 

Kita tak setuju pada cerita-cerita kebahagiaan couple seperti duk screenshot perbualan whatsapp kekasih padahal belum nikah. Cerita sambut birthday kekasih. Itu semua haram. Walaupun page-page besar promotekan kesweetan yang hancing itu, tidak menjadikan ianya halal.

Tegur bukan untuk menjatuhkan. Nasihat bukan untuk downkan.

  • Ada Muslim yang berjaya, kita bangga.
  • Ada anak Melayu yang berjaya, kita tumpang gembira.
  • Ada kawan kita yang sedang bahagia, kita doakan mereka makin bahagia dan berdoa moga dengan doa yang kita panjatkan itu, Allah juga bahagiakan kita.

Akhir kata, meskipun kita cuba bersangka baik, kita pun berharap moga-moga mereka dan kita bersikap sederhana. Tidak terlalu mempromosi diri, tidak terlalu mengangkat diri. Kerana ikhlas sukar dicari, riya’ sentiasa mencari peluang di hati.

Kebahagiaan atau kekayaan yang kita ada, semua bukan milik kita.

Semua milik Dia. 

Bila bukan milik kita, kenapa kita nak sombong sangat dabik dada?

Sekain. Realiti Produk Kosmetik Malaysia ?

kredit : Penulis Misteri

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply