Rezeki Makcik Nasi Lemak

rezeki makcik nasi lemak

Rezeki makcik nasi lemak ? Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sarapan nasi lemak tak pagi tadi? Hihi.. Mentang-mentang nak cerita pasal nasi lemak. Kenapa tiba-tiba kita nak cerita pasal makcik penjual nasi lemak tu?

Analogi je tu..

Siapa tahu dan pernah kira, ada berapa orang makcik, pakcik, atau anak yang membantu ibunya jual nasi lemak di seluruh Malaysia? Generalize sikit, okay? Kadang-kadang ada yang menjual sebelah menyebelah di pasar malam.

Ramai orang yang memberikan alasan tidak mahu berniaga Shaklee kerana kelimpahan distributornya. Tetapi, masih ada setiap hari orang yang terfikir untuk berniaga nasi lemak. Penjual nasi lemak di Malaysia sangat banyak, namun peniaga masih berjaya menjual nasi lemak mereka selama bertahun-tahun dan bertahan dengan perniagaan mereka.

Mengapa begitu? Kerana segala rezeki kita datang dari Allah yang maha kaya. Manusia hanyalah medium bagi kita untuk mendapatkan rezeki yang Allah berikan.

Kesimpulannya, mengapa kita perlu memberikan alasan untuk tidak berniaga Shaklee disebabkan kelimpahan distributornya? Saya juga pernah berfikir seperti itu dulu dan menyesalinya. Sekian, jaga diri semua. ๐Ÿ™‚

4 JENIS REZEKI

Rezeki bukan hanya didatangkan dalam bentuk wang sahaja. Kesihatan, ketenangan fikiran, ilham, bakat, ahli keluarga, kelapangan masa dan lain-lain semua itu juga rezeki yang kita wajib syukuri.  Assalamualaikum & hai. Salam Jumaat penuh keberkatan.  Tahukah anda rezeki ada 4 jenis?

1) Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. – Surah Hud ayat 6 –

2) Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. – Surah al-Najm ayat 39 –

3) Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. – Surah Ibrahim ayat 7 –

4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bagi orang yang bertawakal. – Surah Al-Thalaq ayat 2 & 3

13 PERKARA PUNCA REZEKI 

1. TAQWA – Barang siapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

2. TAWAKKAL – surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal seseorang hamba, Allah cukupkan dia.

3. SOLAT – “kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki”

4. SEDEKAH – Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dengan unta).

5. ISTIGHFAR – Sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup dan kesusahan.

6. SYUKUR – Kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih.

7. SILATURRAHIM – Menyambung silaturrahim, Insya Allah panjang umur dan murah rezeki.

8. TUNTUT ILMU – Barang siapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)

9. NIKAH – Cari keberkatan rezeki dengan nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)

10. DAKWAH – Asbab terbesar rezeki. Kisah para nabi.

11. TILAWAH QURAN – Kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.

12. ZIKIR PAGI PETANG – Ingat aku pagi dan petang aku cukupkan keperluan pada hari itu.

13. PEKERJAAN – Berusaha di atas setiap pekerjaan.

Perkara 1 hingga 12 terdapat perintah dan jaminan yang dijanjikan Allah namun perkara ke 13 iaitu ada perintah namun BELUM ADA JAMINAN ALLAH.

Dengan taqwa, tawakkal, solat, sedekah, istighfar, syukur, silaturrahim, ilmu, nikah, dakwah, pembacaan al-Quran, zikir, ADA PERINTAH & JAMINAN REZEKI DARI ALLAH.

Dengan pekerjaan belum tentu ada jaminan rezeki, tidak semestinya berniaga dapat untung, tidak semestinya kerja over time dapat rezeki banyak. Tidak semestinya poket tebal keberkatan ada.

NAMUN BUKAN BERMAKSUD ‘TIDAK BEKERJA atau USAHA’.

Di dalam surah al-Jumuah, Allah berfirman bahawa selepas solat, bertebaranlah untuk mencari rezeki kurniaan Allah, namun ada syarat, 

DAN INGATLAH ALLAH BANYAK-BANYAK semoga beruntung (al-Jumuah:10)
dan hati hendaklah sentiasa bersandar dan yakin penuh terhadap Allah. 

Jangan sampai seseorang hanya tertumpu ikhtiarnya kepada pekerjaannya dan mengabaikan asbab rezeki yang utama iaitu perkara 1 hingga 12.  Wallahualam.

5 CIRI UTAMA DALAM MENYEMPURNAKAN KEDUDUKAN EKONOMI YANG BAIK

2) Meningkatkan Pengetahuan Pengurusan Kewangan
Ianya meliputi aspek pendapatan dan perbelanjaan. Usaha meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan dapat membantu menguruskan kewangan dengan baik.

3) Pengurusan Hutang yang Bijaksana
Berazamlah untuk melunaskan hutang kerana ia membebankan kita di dunia dan akhirat.

4) Menguruskan Pelan Pelaburan
Harta perlu dikembangkan melalui pelbagai kaedah seperti pelaburan dan sebagainya.

Libatkan ahli keluarga dalam pengurusan kewangan. Antara prinsip pengurusan kewangan keluarga yang baik ialah dengan memastikan setiap ahlinya berdisiplin membuat simpanan asas secara tetap disamping memastikan perbelanjaan dibuat dengan teratur dan berhemah.

5) Menguruskan Rezeki dengan Cara Betul
Sebagai umat Islam, kita mesti menguruskan rezeki dengan cara yang betul dan menyalurkannya dengan cara yang betul.

Secara umumnya, 2 Aspek Utama yang Dititikberatkan dalam Pengurusan Harta;

1) Bagaimana Harta Diperolehi?
Ia mestilah menerusi kaedah pemilikan yang sah dan jual beli, pelaburan secara Islam, hadiah dan sebagainya.Working with house buyers may be of great assistance to homeowners who are pressed for time but yet want to sell their properties as quickly as possible. They are able to carry out a transaction that is both speedy and uncomplicated, so alleviating you of the stress that is connected with selling your house. Visit https://www.cash-for-houses.org/new-york/cash-for-my-house-smithtown-ny/.

2) Bagaimana Harta Dibelanjakan?
Samada untuk kebaikan atau perkara yang dilarang, berpandukan kewajipan yang diamanahkan oleh-Nya seperti nafkah, zakat, sedekah dan lain-lain.

Ia boleh dijadikan teras dalam menguruskan rezeki dengan betul. Oleh itu, aspek utama yang perlu diambil kira dalam perancangan kewangan ialah MEMPEROLEH KEBERKATAN-NYA.

doa sebelum makan

Doa Murah Rezeki

Mintalah apa yang kita inginkan dalam doa. Doa murah rezeki dan cepat kaya, doa murah rezeki dan jodoh, doa mudah dapat kerja, dan doa-doa lain. Kerana Allah itu sifatnya maha pemberi. Hanya padaNyalah tempat kita meminta.

Assalamualaikum & hai. Salam Jumaat. Di hari Jumaat yang berkat ni, nak share doa yang biasa kita lazimi setiap hari, setiap kali sebelum makan. Doa yang mudah dan dah pun dihafal oleh majoriti muslim.

Ya, doa sebelum makan. Tapi takde tulis langsung pasal makanan dalam doa ni. Doa ni cakap pasal rezeki kan?  Nuha pun baru tersedar akan kegunaan doa ni lepas Dai Farhan kongsi dalam Slot Semanis Kurma tv9. Sebenarnya kita dah tahu. Cuma tak amalkannya. Selamat beramal. ๐Ÿ™‚ rezeki makcik nasi lemak

FORMULA MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

1. Solat Sunat Dhuha
Jika kita selalu buat 2 Rakaat. Sekarang ubah kepada lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak
akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita
untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN, maka berdoalah untuk menjadi JUTAWAN BERKAT.

2. Solat Sunat Tahajud
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan
bilangan rakaat Solat Tahajud ini. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan daripada
Allah sebulat-bulatnya.

3. Membaca Al-Quran
Bangun pagi sebelum tengok phone, Facebook dan lain-lain: mandi dan ambil wuduk terus baca Al-Quran & terjemahan
walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini, Allah akan bagi
kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah
“TIADA MASA”.

4. Berzikir
Berzikir dengan kalimah Ya
Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita
bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. Solat Berjemaah
Solatlah secara berjemaah terutama lelaki, Solat berjemaah di surau atau
masjid. Pergi 10 minit awal sebelum azan.

Tambahan Amalan Untuk Murah Rezeki

6. Bersilaturrahim
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka
yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7. Bersedekah 
Ini amalan yang sangat dititikberatkan
kerana sedekah adalah satu kuasa yang luar biasa. Nak sembuh penyakit, nak anak
dengar cakap kita, nak kaya perlukan kita untuk bersedekah. 1 kali memberi, Allah
gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh: Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000, 10% daripada
RM5000 yang kita inginkan (RM500) perlu kita sedekahkan pada bulan ini. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni tentang sedekah: Seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

8. Solat Awal Waktu 
Panggilan ALLAH lagi penting dari
segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu, batu yang ke
39 azan berkemandang. Agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?

Sambunglah batu terakhir selepas solat.

9.Serahkan Sepenuh Pergantungan kita kepada ALLAH. 
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. 
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal.
Betul tak? Tukar..tawakal dulu baru usaha. Minta
bulat-bulat pada Allah dan baru kita usaha. rezeki makcik nasi lemak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply