Rumah Lelong Makin Banyak

rumah lelong makin banyak

Rumah lelong makin banyak ? KEDIAMAN jenis apartmen servis dan kondominium paling banyak dilelong di negara ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM ), Ishak Ismail berkata, berdasarkan data yang diterima, pasaran lelong kini mengalami peningkatan 10 ke 20 peratus.

Kebanyakan unit yang dilelong pula adalah membabitkan kediaman jenis itu yang berharga antara RM300,000 hingga RM600,000.

Kata Ishak, kebanyakan apartmen servis yang dilelong disebabkan pemilik terkesan akibat pelaksanaan PKP dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Katanya, pelaksanaan PKP sememangnya memberi kesan kepada rakyat, ada yang dibuang kerja kerana penutupan beberapa industri dan ada yang terpaksa menjadualkan semula hutang-hutang yang ada.

“Kenaikan OPR pula menyebabkan peminjam perlu membayar ansuran bulanan lebih kepada bank iaitu anggaran antara RM200 hingga RM500 sebulan.

“Selain itu, ramai juga pemilik yang terkesan kerana kediaman mereka tidak dibenarkan untuk disewa sebagai rumah percutian Airbnb oleh pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau pihak pengurusan kediaman dan peraturan kerajaan negeri.

Pasaran Lelong Meningkat

“Pasaran lelong memang kita jangka meningkat, sejak November tahun lepas pihak bank sudah memulakan prosedur untuk mendapatkan perintah kawalan secara lelongan awam daripada pihak mahkamah atau pejabat tanah,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Ishak berkata, kediaman jenis kondominium yang dilelong kebanyakannya membabitkan kumpulan pembeli yang bekerja dalam sektor minyak dan gas.

Katanya, pemilik biasanya sudah memiliki rumah pertama dan kondominium itu adalah aset hartanah kedua atau ketiga mereka.

“Apabila berlaku PKP dan keadaan ekonomi yang masih tidak stabil, pemilik yang kehilangan pekerjaan atau terjejas mula mengambil langkah untuk mengurangkan hutang yang ada termasuklah menjual dan melelong rumah yang tidak digunakan.

“Namun, dalam hal ini, hartanah jenis rumah bertanah khususnya yang berharga RM1 juta ke atas kurang terjejas kerana golongan T20 kurang terkesan.

“Yang paling terkesan, terjejas dan memerlukan bantuan adalah pemilik kediaman golongan pertengahan M40, kerana golongan B40 pula mendapat banyak bantuan daripada pihak kerajaan termasuk pembelian rumah mampu milik,” katanya.

Sementara itu, Ishak berkata, peningkatan penjualan kediaman di pasaran lelong juga adalah peluang yang baik untuk direbut pencari rumah.

Ini kerana kebanyakan kediaman yang dilelong berada di kawasan yang sudah matang selain kaedah pembelian yang lebih mudah.

Sistem E-Lelong

Menurut Ishak, kebanyakan proses lelongan rumah hari kini menggunakan sistem e-lelong secara maya dan individu yang berminat tidak perlu lagi menghadirkan diri secara fizikal atau mengambil cuti semata-mata untuk acara lelongan berkenaan.

“Kaedah itu lebih menyenangkan kerana bakal pembeli dapat mengetahui siapa pesaing yang berminat, sasaran harga dan acara lelongan juga lebih telus.

“Apapun, sebelum menyertai sesuatu bidaan, sebaiknya ketahui had kelayakan pinjaman dan mempunyai simpanan yang mencukupi.

“Ini kerana jika berjaya dalam bidaan, anda hanya ada masa selama 120 hari sahaja untuk menyelesaikan 90 peratus baki wang pembelian hartanah berkenaan,” katanya.

Tambah Ishak lagi, pihaknya turut mengalu-alukan inisiatif kerajaan menerusi strategi pemulihan ekonomi untuk menaikkan kadar siling dan lantai.

Ini kerana kata beliau, inisiatif itu bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan rakyat malah jurang pendapatan juga dapat dikecilkan. Rumah Lelong Makin Banyak.

Kesan Lansung Kenaikan OPR

Sebelum ni, aku bayar 1086 untuk loan rumah sewa aku. Sejak opr naik beberapa kali, aku perlu bayar 1166. Lebih kurang 80 kenaikan bulanan.

Aku sewakan rumah aku 1050, tolak segala kos bulanan; maintenance fees, cukai pintu dan segala kos lain, aku negative cashflow 391. Bila installment bank naik 80, negative cashflow aku jadi melebar ke 391+80=471.

Itu belum kira lagi kenaikan OPR akan datang. Ura-ura, BNM akan naikkan OPR 25bps lagi. Makin besar la negative cashflow aku tu.

Mesti ada cakap, cashback kan ada, guna la tampung negative cashflow tu. Untuk pengetahuan kalian, aku dapat cashback+LAD hampir 50k untuk rumah studio 280k.

Duit semua dah habis guna untuk siapkan rumah fully furnish lengkap segala perabot, peti ais hingga ke mesin basuh dan dryer. Itu aku spend about 20k, lebihan tu guna tampung negative cashflow since 2017.

Tapi sewa rupa tu je. Tak naik mane pun. Lagi turun ada. Yela, supply rumah sewa mahal meningkat di pasaran, belum kira yang dah siap masih belum terjual lagi; property overhang tu. Berapa puluh billion punya stok tak laku tu.

Stok sedia ada terjual pun dah buat market sewa rendah macam sekarang, masuk stok baru lagi, makin rendah la sewa. Supply and demand.

Jadi tak hairan la, kenapa banyak rumah baru banyak kena lelong.

Siapa larat tampung negative cashflow rumah untuk jangka panjang.

Cahsback banyak macam mana pun habis juga. Rumah mahal, sewa pula rendah. Suatu resepi terbaik, cepat lingkup.

Dari bayar bulan-bulan negative cashflow baiklah ada duit lebihan simpan bulan-bulan. Setakat harapkan cashback, guna pula kambus personal loan, credit card dan segala hutang lain. Rumah tetap negative cashflow, lama-lama lingkup juga.

Baiklah jumpa bank, akpk, certified and licensed financial adviser. Pergi restructure segala hutang-piutang dari beli rumah harapkan cashback untuk settle hutang tu.

Jangan jadi bodoh, selesaikan masalah dengan gali lubang lebih dalam. Satu lagi, jangan ingat semua orang pakar dan tahu semua perkara.

Contohnya, doktor pakar kanak-kanak, hanya pakar bab perubatan fizik kanak-kanak, tapi nak diagnose kanak-kanak yang ada autism tak boleh juga. Kena jumpa pakar ada sub-specialty. Apetah lagi bab kewangan.

Jangan terkejut la, ada doktor yang berhutang puluh, ratus ribu dan buat banyak kesilapan kewangan. Ada yang sanggup berhutang nak maintain sosial status as doktor, kena ada kereta sekian-sekian, rumah sekian-sekian.

Mereka hanyalah pakar dalam bidang perubatan, itu pun ada pelbagai specialization. Carilah orang yang ahli dalam mendapatkan nasihat terutama bab kewangan. Jauhi mereka yang ada conflict of interest.

Btw, aku takkan jumpa doktor nak minta nasihat kewangan. Demam baru aku jumpa doktor. Rumah Lelong Makin Banyak.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply