Scammer Susah Kena Dakwa

scammer

Scammer Susah Kena Dakwa ? Kalau betul dia scammer, kenapa dia tak kena dakwa & dipenjarakan? Sebab dia scammer la dia susah nak kena dakwa. Scammer ni memang buat penipuan terancang, mereka dah plan A to Z hingga exit plan sekiranya tertangkap. Malah mereka siap ada Lawyer peribadi yang menjadi penasihat 25% mereka, mereka tahu dimana kelompongan undang-undang.

Sebab tu jika lihat paling kuat pon mereka cuma direman selepas ada report dari mangsa, jarang-jarang yg dapat didakwa, ada yang didakwa pon kebanyakan terlepas. Kenapa mereka boleh terlepas?

Antara faktornya adalah mereka menggunakan nama 3rd party Company atau individual dalam menjalankan operasi mereka. Satu faktor lagi mangsa mereka terikat dengan surat perjanjian yang mana mereka tidak boleh didakwa secara jenayah, yang boleh cuma didakwa di mahkamah sivil, tapi kalau dah scammer, saman pon buat buang masa & duit jer . Kalau menang pon diorang takkan bayar dan mereka takkan biarkan duit mereka dalam akaun bank yg boleh dibekukan.

Kambing Hitam ?

Yang mana kita lihat ada individu yg digelar scammer kena dakwa & dipenjarakan, mereka bukan scammer, mereka ni kambing hitam atau paling kuat pon baru cuba-cuba nak jadi scammer. Ciri-ciri scammer mereka sangat sukar untuk didakwa & dipenjarakan.

Ada juga situasi scammer berkoliborasi dengan scammer dalam satu-satu program. Bila satu-satu program itu gagal, mereka akan terus menyalahkan individu yang terlebel scammer pada pandangan orang ramai itu untuk dikambing hitamkan.

Tapi mereka kadang-kadang salah percaturan & lupa yang member tu pon bapak scammer, dia pon dah ada plan dari awal. Nak tahu sapa lagi power jadi scammer, tengok siapa yang terlepas, sapa yang sangkut ke dalam. Yang terlepas tu la the real scammer teragung.

PHONE SCAM: JANGAN LAYAN, TAMATKAN SEGERA PANGGILAN BILA SINDIKET MULA MINTA WANG

Kuala Lumpur, 24 Oktober 2017 – Sindiket penipuan dalam talian semakin bijak menggunakan pelbagai cara untuk menyakinkan mangsa menyerahkan wang mereka.

Lebih membimbangkan apabila sindiket itu mempunyai butiran peribadi mangsa dan berani menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai bank untuk menyempurnakan penipuan mereka.

Rata-rata sindiket penipuan ini menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai polis, merakam keterangan mangsa dan meminta wang.

“Memang sukar untuk mengenal pasti sama ada ia adalah satu panggilan penipuan, tetapi apabila dia mula minta wang, itu tanda anda perlu menghentikan perbualan,” jelas Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, SAC Ahmad Noordin Ismail.

Menyamar Sebagai Polis

Ahmad Noordin mengulas mengenai sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai polis seperti yang dilaporkan Astro AWANI baru-baru ini

Bagi mengelak menjadi mangsa penipuan, Ahmad Noordin menegaskan bahawa proses mengambil keterangan tidak boleh dilakukan menerusi telefon.

Ini jelasnya kerana, berdasarkan undang-undang setiap individu yang dirakam keterangan perlu membaca semula kenyataan tersebut dan menandatanganinya selain beberapa borang yang perlu diisi.

Beliau juga menyatakan bahawa orang ramai yang menerima panggilan oleh individu yang meragukan wajar menguji kesahihan pemanggil hingga mereka berasa gabra.

“Orang ramai perlu ingat bahawa mereka sentiasa mempunyai hak untuk bertanya. Siapa yang berada di talian? Siapakah nama anda? Siapakah Pegawai yang menjaga Daerah (OCPD) anda?” tambah beliau.

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menunjukkan kes penipuan menerusi panggilan telefon setakat bulan ini berjumlah 3, 096 kes, meningkat 112 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Ia melibatkan kerugian sehingga RM70.5 juta ringgit.ntuk menyempurnakan penipuan mereka.

Rata-rata sindiket penipuan ini menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai polis, merakam keterangan mangsa dan meminta wang.

Sumber: Astro AWANI

scammer susah kena dakwa

Kami kongsikan agar jadikan ikhtibar pada semua yang nak bina rumah.

Kami dapat tawaran projek bina rumah banglo 2 tingkat.. di akhir perbincangan tuan rumah minta untuk beli barang sendiri, kami hanya bekalkan pekerja.. Alhamdulillah, terima rezeki seadanya. Bermula la detik sejarah kantoi segala bapak penipuan.

Kami listkan order barang, tuan rumah order barang kt hardware. .. barang semua sampai di site. Pekerja buatlah kerja.. hari ke3 saya datang site, tengok besi bukan seperti yg sy order.. pekerja pulak dia buat kerja dengan apa barang yg ada kt site… sy beranggapan tuan rumah nak jimat kot guna besi cq.. tuan rumah beli barang kt hardware ni dah bertahun2.. memang dipercayai.. takkan hardware nk menipu… tanya kat hardware, katanya itulah yg tuan rumah order..

2 hari berfikir.. untuk rumah 2 tingkat, kami xguna besi kecil ni.. sy stop semua kerja2 besi.. sy order besi lain.. besi kecil ni utk buat parking kereta…. pekerja bagi bil hardware.. alamak… dalam bil BS Y12 harga RM3300 1 tan, bil R6 RM2000 1 tan yg datang R4…. harga gila mabuk dia caj.. memang kantoi.. barang hantar lain.. saya order B, dalam bil harga B.. tp hantar barang A

Saya pergi hardware membebel la..

dah berpuluh tahun niaga tak tahu beza cq dan bs.. mengelak dgn macam2 alasan.. katanya ini standard size area sini.. Ini besi BS sekali ukur 10mm++ je.. Tya kat staf katanya, bos yg suruh hantar besi saiz ni.. bongak betul.. kita pulak rasa nak maki… ditipu hidup2 dengan cina hardware ni.. Sy buat projek berhampiran, order hardware lain BS Y12 memang betul dia hantar besi B.

Bagitahu tuan rumah. Mengamuk tuan rumah. Rasa dh berjuta dia beli barang kt hardware ni utk projek2 dia. Makluman tuan rumah ada buat madrasah dan homestay juga sebelum ni guna tukang kampung jer. Homestay baru setahun lebih dah retak retak.. tak tahu salah siapa..

Tukang pulak selama ni tak pernah complaint. Ditya katanya betul hardware hantar barang. Sekali disemak2 memang hardware ni penipu, caj harga gila mahal. Tukang pun buat kerja jer. Terbukalah segala pekong selama bertahun2 hardware cina kejadah ni menyapu duit orang. Hardware bukan kecil, banyak cawangan…

Disinilah perlunya ilmu, kontraktor bukan hanya makan untung atas angin

… tuan rumah tak tahu apa2 tentang spec dan barang2 rumah.. tukang pulak kurang ilmu. Kena tipu hidup². Yang kesiannya tuan rumah, tukang buat tapak gajah guna BRC R6 jer. Kita mampu tengok jer, tak berani nk komen kerja orang lain yg tuan rumah dh percaya bertahun2. Kita bagitahu nanti dikata nk rebut projek. Memang rezeki Allah jodohkan tuan rumah dengan kami, terbongkarlah segala musibat yg terselindung selama ini.

Untuk pengetahuan besi CQ ni sama je size. Kalau Y12, 12mm tp hardware game order Y12 cq dia bg saiz y10. Kata nya saiz cq lebih kecil.. hakikatnya, ketumpatan dan kekuatan ketegangan besi yg membezakan besi BS dan CQ. Tuan rumah nak jadikan kes polis. scammer susah kena dakwa.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply