Skrip Pelaburan Quantum Metal

skrip pelaburan quantum metal

Skrip Pelaburan Quantum Metal ? Rentetan dari posting semalam berkenaan Quantum Metal ia seakan mengikut flow skrip yang sama berulang dgn pelaburan-pelaburan sebelum ini. Ada beberapa perkara yang aku ingin perjelaskan untuk tatapan kita bersama…

1. Titik Hujung Pelaburan Emas di QM akan berlaku 2 pengakhiran dikalangan pelabur…

a) Jika harga emas turun

pada satu tempoh yang panjang dari harga belian sebahagian besar Investor akan rugi besar dan ada yang total loss. Memang leader2 janggut sejemput ala2 karektor ustaz mengatakan kita x akan rugi bila emas jatuh dan biarkan hingga emas naik semula.

Bagaimana tahun pertahun harga emas tidak dpt menandingi dgn harga yg kita beli dulu? Awal pembelian dah rugi 4% dari harga mark up. Jangan lupa costing tu fee tahunan akan dikenakan. Kalau di Ar Rahnu upah simpan dinilai dari nilai marhun dan sepatutnya pelaburan emas di QM juga dinilai dari nilai marhun yang dikenakan fee 3.5% pertahun.

Parah kalau 5 kali ganda dan 10 kali ganda… Sampai masa nilai marhun ditolak dengan fee akan menjadi negative balance. Ini kalau di Ar Rahnu emas bakal dilelong. Tapi di QM emas virtual di dalam system computer akan terus dighaibkan.

Situasi sebegini orang akan pandang investment di QM sebagai gagal dan tak praktikal. Bila tnya pada leader janggut sejemput mereka akan bagi jawapan simple utk lepaskan diri…. biasalah harga emas ada naik dan turun… itu qada dan qadar.. korg nak cakap apa? Baik beli fizikal saja kan?

b) Jika harga emas naik mendadak

company akan rugi dan jika semua ahlinya menjual emas dalam system computer pasti withdrawal akan stuck. Tapi keadaan akan selamat jika makin ramai pelabur melabur disini walau harga dah terlalu tinggi… Dalam networking ada tahap bubble ketepuan bila2 masa kemasukan akan menjadi perlahan dan bila2 masa je semuanya akan meletus dan menjunam..

Time tu QM bermain tarik tali dgn memberi alasan itu dan ini. Bulan depan withdrawal akan clear. Bulan lagi satu pasti clear dan sampai satu masa krik krik krik. Ramai2 buat report dan tak kemana pun. Nasib pelabur terus jadi lebur dan jadi abu.

Memang mereka mengatakan mereka akan cairkan gram emas di Open Market tapi open market dikalangan ahli? Kalau time tu tiada demand dan semua orang ingin menjual emas yg tak wujud itu sapa lagi nak beli? Korg ada belajarkan Supply And Demand? Semua perniagaan, naik dan turun semua berkait dgn SND ini.

Company nak beli emas virtual korg tu?

Hello, mereka dah ambil modal pelaburan korg dan byr berpuluh2 percent kepada Top Top Leader yang selalu bagi speech dkt hotel tu… yang selalu menunjuk2 kekayaan dorg tu utk memikat korg sebelum ni..

Company kembangkan wang pelaburan korg cara yang bagaimana? Melainkan system QM ini sebenarnya adalah pusingan wang antara pembeli dan penjual dikalangan ahli… jangan sampai satu tahap bila tiada yang ingin membeli emas virtual korg dan korg sendiri kena cari pelabur utk cairkan emas pembeli tu.. itu sebenarnya tanda-tanda awal kiamat akan berlaku…

nak jual dkt org dkt luar yg xde kaitan ahli QM? Mana emas fizikalnya? Rasa2 time tu boleh keluarkan x? Pasti ke bole? Tunggu jela masanya nnti..skrip pelaburan quantum metal.

2. Menunggang Agama… jangan persoalkan bila aku cakap sebegini.

Perkara ini dah banyak terjadi dan ia bukan perkara yang aneh setelah melihat situasi terkini di QM. Kalau sebelum ini ada satu program dinamakan Wang Hibah sekitar tahun 2009 dan ia kekal untuk beberapa tahun sebelum semua pak lebai dan geng surau ternganga.

Kepala-kepala ustaz dikalangan top leader setiap malam buat bacaan yassin dan sembahyang hajat berdoa supaya semua pelabur akan diberi kekayaan dgn wang hibah. Dengan melabur sebanyak RM7k akan dpt hibah lebih dari RM1 juta setiap seorang…

sebagai contoh diberi janji 15hb bulan depan wang hibah akan masuk dan bila sampai masa postpone lagi 2 bulan… sampai masa postpone lagi dan postpone lagi begitulah perjalanan wang hibah sehingga Top Leader Lebai terus menghilangkan diri.

Ia mampu kekal beberapa tahun dan collection untuk program ini dikhabarkan mencecah ratusan juta tanpa sebarang payout dikeluarkan untuk pelabur. Mereka hanya terpedaya dgn sentiment agama, ketokohan ustaz dan lebai. Kesiankan? Ini QM company pun owner kapir tapi puak2 menunggang agama terus menjadi perisai disini pulak yer…

3. Leader dikalangan ustaz.

Tak dinafikan golongan ustaz adalah individu yang menjadi rujukan oleh orang ramai tentang Islam. Mereka mempercayai seorang yang bertitle ustaz seorang yang amat mulia. Tetapi mereka lupa ada sebahagian ustaz ini hanyalah menunggang agama dan mengambil kesempatan dari kepercayaan org ramai terhadapnya. Kalau dicerita tentang nafsu ramai je ustaz2 ini yang bernafsu lebih serakah @ nafsu kuda. Aku berani bercakap sedemikian kerana kerap ketemu golongan2 sebegini. Bersifat hipokrit, mulut lagi celupar, hati lagi busuk dan terlalu menunjukkan keegoan yang amat tinggi kerana dah byk kali pergi umrah.. kerana boleh mengeluarkan pelbagai dalil. Tetapi ianya hanyalah untuk kepentingan diri sendiri semata2. Nak jadi leader yang hebat ramai yang ber title ustaz berjaya membuka network yang terlalu besar dan kaya-raya setelah menyertai program pelaburan sebegini.

4. Kita akan lihat QM hari ini seakan2 semakin kebal.

kekebalan dtgnya kerana penyertaan ramai ala ustaz dan soft spoken person yang sertai dan mereka hanya mengeluarkan sentiment agama sahaja. Bagi org biasa mcm kita mungkin ada yang akan berasa tertewas dan sgt berdosa setelah berbicara dgn mereka. Kalau dipersoal sikit mintak dalil itu ini.. Ini juga adalah salah satu senjata di dalam komuniti QM yang ada membuatkan ramai yang semakin percaya dan tidak ramai yang ingin bercakap sesuatu yg jelek tentang QM. Pasti korg akan kena sekolah blk. Aku dah lali dgn flow yang serupa sejak lebih 20 tahun yang lalu hingga hari ini. Kita ambil perkara yang asas dahulu untuk mengetahui sesuatu pelaburan itu adalah genuine atau sebaliknya. Dapatkan ilmu dan fakta dan jika ia menyongsang dari fakta yang asal seharusnya kita perlu mengkaji dgn lebih jauh lagi. skrip pelaburan quantum metal.

5. Terang terang aku katakan pelaburan emas di QM adalah satu tindakan yang memudaratkan.

Kalau korg nak jadi kaya raya sila jadi leader dan pentingkan saja diri sendiri. Ajaklah sesiapa saja yang penting korg dpt wang introducer dari duit pelabur pada tahap yang maksimum. Pasang ramai dealer dibawah hingga satu tahap korg dpt pangkat yang paling tinggi iaitu Merchant Developer. Tak lama lepas tu jadilah jutawan. Tapi bagi makcik pakcik dikampung yang baru dpt duit EPF, Wang Pencen, Wang Jual Tanah dan Rumah, Wang Insuran kematian ahli keluarga tempat bergantung akan menjadi mangsa utama.

6. Kenapa di QM ramai yg sertai dikalangan oleh org2 Melayu dan Islam..

mana bangsa2 lain and kalau ada brp percent je kan… kenapa ramai yang mempunyai background yang hebat didlm market saham dan emas tidak sertai sebaliknya adalah dikalangan yg baru nak mengenali dunia saham… golongan inilah yang mudah percaya dan terpedaya.. cari mangsa org2 kampung yg lagi x tau apa2..

cerita pasal emas tu bagus terus anggap pelaburan di QM pun bagus.. ehhh x tau nak ckp cmner.. aku just rasa kesian je nasib pelabur2 dimasa akan dtg sebab aku PASTI SEMUA PELABUR AKAN RUGI DAN MENYESAL DGN SERTAI PELABURAN EMAS YANG PALING STUPID DI ERA 2020an ini…

Kau nak ckp Koperasi ANGKASA, Organisasi Koperasi Asean (ACO), Ar Rahnu TEKUN, Bank Muamalat dan Affin Bank, Malakat bersama dgn QM tapi kau kena ingat jugak Felda, Tabung Haji, KWSP, TNB, BNM dan Najib byk tersilap langkah dlm pelaburan hingga rugi dan tertipu ber billion ringgit? Sekarang ni sepatut kau fikir selamatkan wang diri korg je dan nak sgt emas beli jer emas fizikal dan simpan…

Aku bersedia untuk Live dgn mana2 leader QM di FB… Boleh tampil dan kita akn berdiskusi secara Live dan boleh ditonton oleh orang ramai… terima kasih…skrip pelaburan quantum metal.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply