Strategi Pelaburan Emas

strategi pelaburan emas

Strategi pelaburan emas ini ada banyak. Ada yang suka fizikal, ada yang suka komputer, ada yang suka gadai dan sebagainya. Jom baca apa yang anda perlu tahu dalam pelaburan emas sekarang.

Saya nak share 4 strategi pelaburan emas untuk tahun ini.

Ada 4 langkah.

Langkah 1:
Buat keputusan. Keputusan apa?

Keputusan nekad untuk menggenggam emas dalam tangan tahun ini.

Sebagai contoh, tahun lepas, seorang customer saya telah membuat keputusan untuk memiliki gold bar 250g.

Hasrat beliau untuk memiliki emas 250gram nie sebenarnya dah ada beberapa tahun lepas.

Tapi tak menjadi.

Namun apabila beliau membuat keputusan nekad “Aku nak pegang 250g sekeping tahun 2022, maka beliau terus nekad untuk buat belian 250gram ini secara epp10x (beli emas dan bayar dalam tempoh 10bulan).

Beliau buat keputusan pada bulan 3. Jadi Epp10x beliau start bulan 3 dan Alhamdulillah, habis bayar pada bulan 12!

Beliau sangat gembira. Kalau beliau tak buat keputusan, mungkin 2022 pun beliau takde emas sebesar 250g.

Kenapa 250g?

Sebab dia nak rasa “kejayaan peribadi”

Namun untuk anda yang baru nak start, anda target ajer item yang kecil-kecil seperti 10g, 20g, 50g atau 5 dinar @ 10 dinar.

Namun kalau poket tak dalam maka target 1 dinar pun ok.

Buat keputusan sekarang. Tetapkan matlamat berapa gram kita ada dihujung tahun. Bila buat decision, baru nampak jalan untuk konsisten.

2. Langkah 2: Lafaz niat.
Terus lafaz niat “sahaja aku simpan emas ini untuk masa depan ku”

Rasulullah SAW pernah bersabda “Setiap perbuatan itu bermulanya dengan niat dan setiap orang itu mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan”

Jadi penting untuk anda melafazkan niat yang betul. Semoga ada keberkatan pada niat anda memiliki emas untuk masa depan.

3. Langkah 3:
Buat pelan tindakan!

Sebagai contoh, 2 cara memiliki emas di Public Gold yang sesuai untuk kebanyakan orang.

Pertama adalah buat belian secara Epp10x (beli emas dan bayar dalam tempoh 10 bulan, lepas habis bayar maka anda akan terima emas”. Ini lebih kepada force saving. Anda dah tahu harga dan bayaran setiap bulan.

Anda boleh buat simulasi jadual harga epp10x kat website Public Gold atau apps Public Gold.

Kedua adalah belian secara akaun GAP.

Yang ini sesuai untuk orang yang tak nak force saving. Bila ada duit barulah topup gram emas dalam akaun anda. Cuma bezanya adalah anda tak kunci harga emas, sebaliknya membayar harga semasa emas waktu anda topup gram emas tersebut.

4. Langkah 4.
Sekiranya ada rezeki lebih, tambah gram emas lagi!

Sebab pelaburan emas bergantung kepada berapa gram simpanan dalam tangan / akaun anda.

Semakin banyak gram emas anda, semakin tinggi potensi keuntungan anda.

Mana tahu anda dapat durian runtuh tahun nie, tukarkan sebahagian menjadi emas.

Tips tambahan: Jangan takut bayar zakat.

Sebab proses menjadi orang berharta nie memerlukan anda keluarkan sebahagian harta dan berikan kepada orang yang berhak.

Sebaliknya bergembiralah sekiranya anda menjadi pembayar zakat. Harta anda suci dan barakah.

Semoga emas anda beranak pinak tahun ini!

#NotaEmasSyukorHashim

Jenis-Jenis Pelaburan Emas

Melabur dalam emas boleh menjadi strategi yang bijak. Emas adalah aset yang nyata yang seringkali bertindak sebagai lindungan terhadap inflasi dan ketidakstabilan pasaran.

Ada pelbagai cara untuk melabur dalam emas, dan setiap cara ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Emas Fizikal (Bullion) 

Emas fizikal datang dalam bentuk bar dan syiling emas. Anda boleh memilih untuk menyimpannya di rumah, di bank, atau di vault yang selamat. Sebelum membeli, pastikan anda memeriksa keaslian dan kemurnian emas!

Emas Perhiasan 

Membeli perhiasan emas boleh juga dianggap sebagai pelaburan. Namun, nilai jual semula mungkin tidak selalu mencerminkan harga pasaran emas kerana faktor keahlian, reka bentuk, dan jenama juga mempengaruhi harga.

 ETF Emas (Exchange-Traded Funds) 

ETF Emas adalah dana yang menjejaki harga emas. Anda tidak perlu risau tentang penyimpanan atau keselamatan kerana mereka diniagakan di bursa saham utama. Ingat, ETF datang dengan yuran pengurusan.

 Saham Syarikat Perlombongan Emas 

Melabur dalam syarikat perlombongan emas adalah cara yang lebih berisiko untuk melabur dalam emas. Prestasi saham ini boleh dipengaruhi oleh faktor lain selain dari harga emas seperti operasi perlombongan, prestasi syarikat, dan peristiwa geopolitik.

 Sijil Emas 

Sijil emas adalah dokumen yang menyatakan pemilikan anda terhadap emas yang disimpan di vault. Ini menghilangkan keperluan untuk menyimpan dan mengamankan emas fizikal. Pastikan anda berurusan dengan penerbit yang boleh dipercayai.

 Emas Digital atau Cryptocurrency 

Setiap unit cryptocurrency ini mewakili sejumlah emas fizikal tertentu yang disimpan di vault yang selamat. Sebelum melabur, pastikan anda memahami risiko yang terlibat dalam cryptocurrency.

 Ingatlah 

Semua pelaburan datang dengan risiko, dan prestasi masa lalu tidak menjamin hasil masa depan. Penting untuk memahami pasaran dan mendapatkan nasihat yang betul sebelum membuat keputusan.

Anda Pilih Yang Mana?

Anda dicadangkan memilih produk yang mempunyai sijil pematuhan shariah.

Coach Fadzil

Merchant

Quantum Metal

#CoachFadzil

Saya maafkan Anda Azizi Ali.

Cuba Baca Fakta di bawah:

1.Kamu yang mula tuduh kata ajar Beli Emas pakai Hutang adalah ilmu Songsang.

2. Kamu tuduh hanya Agent dan Syarikat yang ajar teknik yang anda panggil Songsang ini yang untung, Client tak dapat apa2 untung!

3. Anda juga kata tiada Guru Kewangan/Buku kewangan yang ajar Berhutang untuk Pelaburan kecuali untuk Pelaburah Hartanah dan siap cabar tunjuk Buku mana yang ajar teknik melabur menggunakan hutang.

Saya terpaksa Jawab sebab anda dakwa kami di QM ajar ilmu Songsang!

1. Saya bawa Bukti Robert Kiyosaki Pakar Kewangan Peribadi Dunia mengajar teknik menggunakan hutang untuk pelaburan dan tidak terhad kepada hartanah!

Malah RK ajar teknik Rich Dad, Jadikan Pendapatan Aset dahulu, Jadikan Aset Liabiliti

Barulah Belanja!

Bila Jelas dia dah Salah, dia delete Posting dia!

Lepas tuh buat posting kata, kata2 Robert Kiyosaki bukan fatwa!

(Bila masa saya kata fatwa?)

Lepas tuh dia Buat pelbagai video TT panggil saya Lebai Songsang, Abang Songsang.

Walaupun Fakta dia yang jelas songsang.

Saya maafkan Anda Pak Cik

Azizi Ali atas sebab anda lebih Tua dari saya.

Mungkin anda masih tak sedar kesilapan anda.

Tanpa di provoke anda telah menuduh consultant QM ajar ilmu songsang!

Anda tuduh Client tak untung beli emas banyak2 di QM dan tiap2 hari anda promote agar orang beli emas dari Anda.

Anda ajar teknik Book Emas dan bayar 10 kali untuk Beli Emas dengan anda!

Bila anda jual Emas secara berhutang tidak salah dan Bukan songsang!

Bila orang lain buat, ianya salah dan songsang.

Saya maafkan anda dan penyokong anda.

Saya doakan Allah berikan kefahaman dan hidayah buat anda.

Saya tak akan saman anda.

Coach Fadzil

#CoachFadzil

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply