Tips Bunuh Cacing Merah Dalam Tandas Yang Menggelikan

tips bunuh cacing merah

Tips Bunuh Cacing Merah Dalam Tandas Yang Menggelikan ? Pernah tak korang jumpa cacing kecil panjang warna merah dalam bilik air? eiiwwwww menggelikan betul bila tiba-tiba muncul. Mula-mula tu sikit tapi lama-lama kemain banyak plak diaorang panggil geng

Dah tu tak makan saman pula bila dipijak menggunakan kasut but.

Ini tidak boleh dibiarkan lagi #AbangMunz mesti mengambil satu inisiatif untuk menyelamatkan keluarga #AbangMunz dari cengkaman cacing kecil merah yang semakin banyak.

Selalunya ia akan muncul pada rumah yang lama-lama mungkin kerana sistem kumbahan dan saliran tidak sempurna dan macam-macam kan ada disitu

#Tips 1 – Cari Clorox

Ya anda tak silap , CLOROX. Hanya Rm 3.20 dan mungkin anda boleh dapatkan lebih murah di pasaraya dan kedai berhampiran anda.

#Tips 2 – Mulakan Membunuh Tanpa Belas Kasihan

Kenali tempat-tempat mereka bertenggek dan tuang CLOROX tanpa ada rasa sedih dan belas kasihan

anda akan nampak cacing-cacing panjang merah ini menggelupur kepanasan hasil bahan kimia yang kuat dari CLOROX

Lepas tempat-tempat mereka betenggek dan berkeliaran sila tuang dengan gembira dan muka jahat ke dalam saliran lubang air ni supaya terhapus telur dan keturunan meraka . haahaha

#Tips 3 – Biarkan Sekejap Untuk Mereka Merasa Kepanasan Bahan Kimia Yang Hakiki

Tunggu dan lari jauh-jauh dari tempat pembunuhan selama sejam atau lebih

** Pakai mask atau pelindung hidung sebab bau clorox yang kuat amat memedihkan hidung anda

#Tips 4 – Siram Dan Ulang

Siram tempat pembunuhan tanpa dikesan oleh pihak musuh dan ulang selama 3 hari atau lebih , Selalunya esoknya dah tiada kesan cacing berkeliaran. Awas bila dah tengok tiada cacing kadang-kadang telur nya masih ada. ULANG SAMPAI TIADA KESAN (3 atau 4 kali maksima)

InsyaAllah cacing tu akan hilang. Dah selalulah mencuci tandas anda dengan corox. Sesuai dengan tagline dia “kill gems that cause ill”

kredit: abangmunz

tips bunuh cacing merah

TIPS KILATKAN MOZEK TANDAS BLINK BLINK

Tak sangka betul selain bersihkan dan putihkan baju, clorox juga boleh kilatkan lantai mozek. Boleh jimat lepas ney.

Tak perlu beli pencuci tandas. Cukup dengan clorox lemon. Wangi pon wangi. Kakwa just nak share clorox SUNPLUS nii mmg wow sangat sangaaat tau.

Korang yang ada tandas mozek berkerak tu try cari clorox jenis ni dekat Eco. Memang licin berkilat. Tapi kena hati-hati sebabnya bila tengah cuci tu dia jadi pedih mata sikitlah.

Ikut step kat bawah ney.

Bahan-bahan:

Clorox lemon.

Cara-cara:

1. Tebuk lubang kecik-kecik.

2. Percikkan clorox pada permukaan lantai

3. Biar kejap dalam 3 4 minit pastu baru cuci dgn berus. Siap!

Tryla pasney. Mudah dah kerja ibu-ibu. Pakat share ramai-ramai supaya ibu ibu tak setereeeeesss urus rumah

TIPS BERSIHKAN MANGKUK TANDAS YANG KOTOR DAN BERKERAK

Selalunya kita guna cecair peluntur untuk cuci mangkuk tandas kan tapi kali ni boleh la try guna 2 benda ni plak.

1. Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.

2. Selain cuka, anda juga boleh menggunakan air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.

Haaa senang je kannn.

Selamat mencuba yer

TIPS KILATKAN MANGKUK TANDAS DAN LANTAI TANDAS TANPA PERLU BERSILAT NAK MEMBERUS

Hari tu ada kawan Mek Opie datang rumah,dia tegur lah tandas mek Opie.Dia tanya cuci lantai tu guna pencuci apa?Sebab lantai kat umah dia dah tenyeh giler giler,dah guna macam macam pencuci lantai,still nampak “tak bersih”.Masih nampak habuk habuk putih macam kapur tu.

Tu Mek Opie pun cam menung laa.Sebab Mek Opie memang bukan jenis rajin bersilat guna berus lantai atau nak berus berus jamban ni.Aiii is “penggeli”

Ni cara Mek Opie dari dulu.Guna CLOROX jer.Jangan lah geletis sangat pi beli clorox yang memahal tuuuu.Nak guna ni untuk cuci tandas jer pun,haha

Beli clorox yang jenama jenama pasaraya.Macam yang Mek Opie guna ni,brand Tesco.2 botol baru RM 2++.So sebotol dalam singget lebih jer.Murah kan?Compare korang nak guna air COKE tu dah dekat 4 hengget sebotol.Pastu cam tak gamak pulop nak cuci jamban guna air minum

Nak buat benda ni pastikan 2 perkara ni

1-Buat time anak anak pi sekolah.Kalau anak anak kecik lagi,jangan bagi anak masuk toilet yang kita nak cuci tu dalam 2-3 jam.

2-Guna kan mask atau tutup lah hidung tu guna kain + pakai glove kalau tamau kulit tangan jadi keras cam kayu hohoho

1-Lepas buka penutup botol tu,kan biasa ada lapisan plastik tu kan?Cucuk guna paku ke untuk buat beberapa lubang.

2-Picit je botol tu masa nak curah dekat mangkuk jamban tu.Alaaa buat macam tengah guna ala ala pencuci jamban yang pemes tu juga laa.Biarkan sekurang kurang nya 30 minit.Tak payah nak sental sental bagai.Dah curah tinggal jer.Lepas 30minit,datang balik,jirus mangkuk jamban tu dan pam.SIAP!

3-Jirus dulu lantai tandas bagi basah sikit.Isi clorox + suku baldi air.Nak tambah sabun serbuk sikit pun boleh.Jirus rata seluruh lantai tandas.Berus berus manja guna penyapu tandas.Biar 30 minit.Lepas 30minit ,jirus bersih bersih guna air bersih.SIAP!

Siapa [SHARE] post ni,memang ternyata dia seseorang yang pentingkan KEBERSIHAN TANDAS. tips bunuh cacing merah

Clorox Penyebab Sesak Nafas ?

Semalam anak² dan Hana almost lost him forever ! Tau ape dia buat ! Dia bukak Clorox dan sustain yang beli kat kedai eco tu simbah dalam toilet nak cuci sambil pintu toilet tu tutup dia pulak duduk dalam tu. Sekali dengar dia batuk tak berenti , muntah² datang depan muka pucat tak boleh nafas

Terbaring kat depan then dia senyap ! Sekali ingat tido rupanya collapse dan mulut berbuih teruk. Racun bahan pencuci tu penuh dalam dada dia. Anak² pakat jerit panggil papa dalam 15 minit jugak macam tu aku panggil baru sedar.

Mintak kawan dia beli air kelapa bagi minum bagi dia release , baru nampak merah balik muka then boleh bernafas normal tapi dada ada sakit lagi. Anak² aku jugak semalam semua risaukan papa dia. Rasa putus nyawa aku sekejap.

Allah panjangkan lagi umur dia alhamdulillah. Korang jangan cuba2 buat kat rumah macam tu ye. tips bunuh cacing merah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply