Tips Jadi Doktor Cool

doktor paling cool

Tips Jadi Doktor Cool ? Untuk adik-adik doktor..Tips untuk tidak ‘jonah’ (or whatever the spelling is)  @ Tips untuk menghadapi oncall dengan tenang . Assalamualaikum. Ini perkongsian dari seorang kronik MO. Doktor biasa. Bukan doktor pakar. Tak pandai bedah orang.

Dahulunya akak juga seorang houseman.

Juga rasa tekanan setiap kali sebelum oncall, hari oncall. Cukup fobia dengar bunyi ambulance. Nak-nak lagi bila kita oncall dengan MO ‘favourite’, Allah saja yang tahu perasaan libang libu kita.  Dahulu, sejak dahulu, istilah jonah itu istilah kita. Ke ada doktor yang tak tahu? Confirm bukan training di Malaysia..

Dan saya kategori houseman yang tak jonah. Menjadi rebutan MO sebab MO yang jonah pun saya ‘counter’ jonahnya. (Bersepai English aku!)  Pernah dengar tips untuk tidak jonah? Rata-ratanya mengarut dan kurafat. Hehehe. Malu nak sebut disini. Kami para doktor pun suka mengarut juga.

Bagaimana cara saya?

Sehari sebelum oncall, wajibkan diri adik-adik bangun solat malam. Yang tak boleh solat, bangun juga untuk berdoa.

Minta pada Allah dipermudahkan untuk oncall esok hari, pesakit tak ramai, mudah diurus, pesakit selamat dalam management kita, lembutkan hati MO yang oncall dengan kita, pakar juga. Minta dengan Allah kita dapat manage pesakit dengan baik, dapat kerjasama dari misi-misi, dapat kerjasama kawan-kawan.

Alhamdulillah. Kesannya memang hebat. Bila Allah jadi sandaran kita, badai taufan datang kita tempuh jua. Mudah, lancar, tenang. Yang garang jadi lembut, yang hangin jadi sepoi-sepoi, yang degil jadi lentur. Yakinlah. InsyaAllah…Buatlah adik-adik…Dan adik-adik akan terasa kesannya…jika jonah pun tersenyum jua . Tips Jadi Doktor Cool

kredit: Dr Nurul Huda Ariza

Doktor Arisman Ajak Mogok ?

Dalam konteks ini, Dr. Arisman bersuara dengan lantang menyuarakan sokongan beliau kepada mereka yang bergelut dalam perjuangan mogok doktor kontrak. Beliau dan kawan-kawan doktor senior lain bermaksud memberikan semangat dan kekuatan kepada para doktor kontrak yang terus bergelut dalam perjuangan mereka ketika menghadapi tekanan dan kezaliman dari atasan.

Setiap doktor sendiri mempunyai tanggungjawab, adab dan etika dalam memberikan khidmat kesihatan kepada pesakit. Tetapi, apa yang berlaku ini adalah serangkaian pengabaian hak dan kezaliman berat terhadap doktor kontrak itu sendiri. Mereka telah dipandang remeh dan dianggap seperti “kuli” yang tiada kesamaran dalam kerajaan.

Sudah tiba masanya bagi pesakit dan orang ramai menunjukkan sokongan mereka dalam perjuangan doktor kontrak. Melalui penyertaan mereka berduyun-duyun mengadu hak mereka kepada pihak berwajib, mungkin ia boleh membantu membangkitkan kesedaran dan kefahaman terhadap pengabaian yang berlaku dalam sektor kesihatan.

Hormat Pada Doktor

Kerajaan seharusnya memperlihatkan rasa hormat yang tinggi kepada para doktor, namun bukannya menjadikan profesion itu sebagai satu profesion yang terendah di kalangan semua profesion. Apa yang berlaku hari ini telah memberikan impak negatif terhadap industri kesihatan secara amnya dan menjadikan profesionalisme sebagai satu perkara yang sudah tiada wujud lagi.

Oleh itu, jangan dihalang-halang dalam perjuangan mencapai keadilan bagi doktor kontrak. Teruskanlah kehadapan dengan bertekad untuk membawa perubahan dan mungkin menghadapi mereka yang masih lagi sombong dan angkuh di kalangan atasan ataupun pihak berwajib. Perlu diingat bahawa sistem kesihatan seharusnya menjadi nombor 1 dalam kepentingan negara, dan perjuangan ini bukan sahaja melibatkan para doktor, malah melibatkan kesejahteraan rakyat dan negara secara keseluruhan.

Akhir kata, marilah kita sama-sama memberikan sokongan dan ruang yang sewajarnya kepada para doktor kontrak dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan hak dan keadilan dalam sektor kesihatan. Tips Jadi Doktor Cool

Doktor Sekarang Sombong ?

Kemarin saya pegi ke sebuah klinik untuk buat prosedur untuk orang yang sihat la. Jadi memang takde sebab untuk doktor buat pemeriksaan.

Tapi yang saya kecik hati, doktor tu langsung tak bercakap, tak tanya khabar pun apa lagi nak terangkan pasal prosedur tu. (masa daftar saya bagi ic je, kat ic tak tulis pekerjaan kan? tapi tak tau la kalau dari no ic tu dia boleh tahu semua maklumat.. ohhh seram).

Saya nak tanya apa-apa pun takut, apatah lagi orang lain. Sikap segelintir doktor yang macam ni menimbulkan miscommunication atau salah faham antara netizen dengan anggota kesihatan & saya rasa sebab itulah orang lagi suka tanya ‘doktor’ kat google atau FB sebab mereka suka nak menolong walaupun kadang2 maklumat yang disampaikan boleh misleading.

Jadi, nak salahkan siapa?

Ringankan mulut at least tanya khabar & cuba terangkan apa yang berlaku secara ringkas tapi padat. Walaupun ambil darah adalah prosedur yang simple, tapi pesakit berhak tahu risiko keradangan atau berlaku jangkitan pada salur darah tu ada.

Saya bukannya baik sangat, tapi sekurang2 bila pesakit jumpa kita dia rasa semua pertanyaan dia terjawab & yang pastikan perkara pertama perlu dibuat ialah buat pesakit rasa selesa. Just my 2 cent. Tips Jadi Doktor Cool

kredit: Fyda Noh

Menjadi Wanita Tenang

  1. Bangunlah seawal pagi. Kemas tempat tidur kita. Ini disiplin diri yang utama. Lepas tu segeralah mandi. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan. Amalkan berterusan mandi pagi ini.
  2. Buatlah Solat sunat Tahajud. Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah ruang ekslusif kita sengan Allah. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Moga Allah tunaikan hajat kita yang sangat banyak. Usah jemu meminta dia dalam tahajjud.
  3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh. Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran. Mula-mula berat juga, lama-lama dah jadi kebiasaan bagi yang konsistent. Sehingga Al Wuran mendasari hidup kita. Cahaya peneman hidup:
  4. Selepas solat Subuh baca Yassin. Yassin inibterlalu banyak manfaatnya. Bukan hanya dibaca pada malam Jumaat. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi. Saya amalkan setiap hari bersama Kelab 7 Pagi. Alhamdulillah tanpa gagal kami membaca Yassin dapam Kelab 7 Pagi setiap hari. Alhamdulillah
  5. Ini sangat dituntut iaitu Sedekah Subuh. Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. Masyaallah luar biasa kebaikannya. Sedekah Subuh diagihkan kepada rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz, ibu tunggal, orang-orang miskin dan seumpamanya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply