Amsyiq Gold

amsyiq gold

Dah lama tak cerita pasal pasal Amsyiq Gold nih, sebenarnya ada dua tiga cerita dulu yang aku pernah tulis pasal amsyiq gold. Memang aku tak pasti bagaimana Amsyiq Gold nak bertahan dengan keadaan pelaburan emas yang tak menentu, dengan beberapa serbuan terhadap pelaburan emas yang popular pada tahun 2012. Harga pula makin menurun, jadi relevankan Amsyiq Gold sekarang nih ? Jom tengok review aku dulu

Kisah Membeli Emas di Amsyiq Gold

Sebenarnya ini cerita tahun lepas, masa ini rasanya aku buat keputusan untuk simpan semua kekayaan aku dalam bentuk emas. Setakat nih, amsyiq adalah tempat paling mudah nak beli emas, sebab dekat dengan rumah aku, kedudukan Amsyiq Gold dengan Fareeda seksyen 7, memang senanglah nak beli emas, biasanya dapat bonus shaklee je, terus aku beli emas, biasanya 1 Dinar 999, untuk simpanan. Oklah, harganya masa ini dah jatuh, dan masa itu juga aku dengar ustaz bercerita tentang spekulasi dan tindakan spy Amerika yang mengacau ekonomi emas di Malaysia. Kisah itu boleh di baca di sini.

Tapi Sekarang Ni Memang Susah Nak Jual Balik

Ada satu masa, aku kecewa jugak sebenarnya, bila emas amsyiq aku tak diterima di amsyiq, katanya ada masalah dan sebagainya. Jadi aku tak tahu apa nak buat masa ini. Itulah terpaksalah harapkan ihsan ar-rahnu pos malaysia. Tapi itulah, sepatutnya aku nak jual, sebab nak pakai duit. Hari jumaat tu, aku rasa down sikit, sebab katanya diorang tak boleh nak beli, sebab duit takda dalam tangan, dan masa itu ada masalah teknikal. Katanya, nanti dalam dua minggu macam tu baru boleh beli. Cerita ini aku karang kat sini kalau nak baca.

DUIT TIADA NILAI

Itulah sebabnya, sekarang ni aku dah tak tahu apa nak simpan lagi. Korang pun tahu, sebelum ini, penerangan aku panjang lebar pasal sistem duit sekarang, memang teruk, Memang tak boleh disangkal lagi, harga emas dunia sekarang sedang dimanipulasi oleh kuasa dunia, yang kita tak nampak kewujudannya, dan mereka ini yang kawal dunia ekonomi sekarang. Mereka yang merosakkan dan menghancurkan dunia, hanya dengan menggunakan wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati. Jadi memang sekarang kita dalam dilema ekonomi yang teruk. Cepat-cepatlah sedar.

Forex Matawang Riba ?

Ada orang kata main forex boleh, ada yang kata haram, ada yang kata harus dan pelbagai. Nak tahu hukum boleh tanya istaz dan rujuk pakar hukum ekonomi. Personal opinion aku, janganlah main forex. Banyak sebab aku tak main forex walaupun tengok member untung besor.

Forex ialah perniagaan matawang,dekat situ pun dah jadi masalah besar. Matawang sendiri pun dah RIBA. Sebab matawang dicipta pun berdasarkan KEPERCAYAAN !! Kalau dibackup emas boleh ke ? itu sebenarnya penipuan. Sebab orang yang cipta matawang ni pun tahu apa akan jadi nanti.

Nak jadi teruk bila matawang ni boleh dicipta atas ANGIN. Macam amerika, rusia, china, boleh print sesuka hati duit. Dekat sini pun dah berlaku inflasi, yang menyebabkan ramai mati kelaparan sebab duit makin tak bernilai.

Tambah lagi bila dibackup dengan KEPERCAYAAN, maknanya ada orang boleh MANIPULASI kepercayaan tersebut. Aku tengok tiktik nazry rahman pasal Asean financial crisis, balik balik George Soros yang kena. George soros tahu benda ni boleh dimanipulasi , dan dia pun boleh buat sesuka hati pasal nih.

Forex Boleh Rugi ?

Jadi forex ni akan rugi kalau tak kena gaya. Sebab bank negara pun rugi 15 billion sebab TAMAK . Forex wujud dalam komputer yant tak boleh dikawal dan perlu diramal, walaupun kau ada algorithm bagai. Forex ni kalau dah beli dia tak.boleh jadi benda lain. Makan pun tak.boleh.

Kalau perasan imam syafie suruh bayar zakat dengan harta yang real tangible. Sebab dia pun tahu nanti bila boleh ditukar, ada mamat yang akan ambil peluang manipulasi. Kes tabung haji pun duit dah takde, negatif, berhutang, tapi atas komputer ada, sebab kepercayaan.

Pening pala nak berjudi nasib naik turun forex. Bagi aku baik berniaga benda REAL. Nanti aku cerita lagi pasal benda REAL nih. Nak lagi bagus sebenarnya kau usahakan MAKANAN daripada logam . Semuanya ada kelebihan !!!

bebas hutang

APA PERASAAN BEBAS HUTANG ?

Apa perasaan korang bila bebas hutang ? Zaman aku belajar dulu, aku ingat lagi, zaman tuh aku ada jugak hutang ptptn. Alhamdulillah masa buat master, dapat duit sikit aku setelkan cepat hutang ptptn tuh. Tak banyak, cuma 8400je. Nak cakap masa tuh aku bayar 1000 sebulan, hahaha. Gile zaman banyak duit tuh, aku duduk kolej je, takde transport , balik kolej biasa dah jalan kaki selama sejam, hahha feel zaman tuh.

PENYAKIT HUTANG

Tapi bila zaman berzaman, mulalah datang penyakit hutang. Start beli rumaj,beli kereta,personal loan, kad kredit , semuanya nak berhutang. Penyakit nih memang tak boleh nak dirawat, lavi tangguh lagi sakit. Memang jiwa sakit, hhahha. Dah rasa susahkan orang lain pulak, hadoi.

MATI SYAHID

Tapi kai tahukan, hutang nih, lepas mati syahid pun, still dosa hutang tuh tak boleh dihapuskan. Wow, hjahaha, betapa hutang tuh berat gile kaw aw. Mana taknya, pak ustaz cakap, ayat paling panjang dalam quran ialah surah albaqarah ayat pasal hutang. Aku rasa, memang panjang gile. Sebab tuh kalau kau tak boleh nak ikut prosedur hutang tuh, baik kau tak yah hutang, tuh lagi senang. Hahaha, adui ni memang kena kat diri sendiri.

BEBAS HUTANG

Aku tak minta benda nak jadi itu ini pun, for now, aku minta untuk bebas HUTANG je, sebab aku tahu, aku tengok sendiri diri aku ,sekeliling, keluarga, memang banyak masalah, sebab hutang nih. Tahun depan, aku dah tekad , sebelum aku nak buat benda lain, nak invest emas ke, mutual find ke, nenek fund, dan segala mak nenek pelaburan komoditi, aku mesti setelkan HUTANG aku dulu.

STRATEGI

Alhamdulillah, strategi bebas hutang tuh dah ada, dan sekarang kami perlu sabar , sabar dan sabar. Bayangannya tahun depan, hati tenang bebas hutang, bermain pasir ditepi pantai, dengan anak anak. Permudahkanlah segala urusan. Masa untuk hijrah , tinggalkan yang lepas, lebih minimalis, hooo yeah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply