Cara Bank Cipta Duit

cara bank cipta duit

Cara Bank Cipta Duit ? Raja kepada sistem pemusnah dunia – FRS. Hari ini saya nak terangkan tentang Fractional Reserve System (FRS). Satu sistem dimana kebanyakkan perbankan di seluruh dunia mencipta duit.

Duit yang kita miliki bukan lagi disandarkan dengan ‘simpanan emas – gold standard’ bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), tetapi duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan dengan apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat – duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu.

  • Semakin banyak duit dicipta, semakin jatuh nilai duit tersebut.
  • Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi.
  • Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin.

Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta. Apa yang saya nak terangkan ini tidak diajar disekolah dan di universiti. Anda akan belajar sesuatu yang besar hari ini. InsyaAllah ilmu ini akan dapat membantu anda.

Contoh Bank Malaysia Cipta Duit

SEBAGAI CONTOH: Awak bayangkan di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian cerita saya. Dan bank tersebut saya gambarkan seperti di gambar diatas. Ikut turutan nombor yang disediakan;

(1). Carl ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Carl dah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(2), (3) & (4). Belle membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

Semua Orang Akan Merana

(5), (6) & (7). Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

(9). Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank. Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.

(10). Itu kalau saya stop sampai Steve sahaja. Kalau saya teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS – 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Duit Semakin Jatuh Nilai

Disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Yes bank itu institusi paling kejam di dunia, dan sistem yang terbina atas dasar ‘riba’ ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali dan tetapi jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini.

Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah. Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia.

Mungkin hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Elok Simpan Emas

Kalau nak simpan duit, saya galakkan tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak. Kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. Kena jadi bijak dan percaya kepada Allah.

p/s: Now dah tahu kenapa saya begitu memperjuangkan anti-riba ‪#‎UnRIba‬? Kenapa saya tidak menggalakkan penggunaan elektronik money (debit & kredit kad)? Jangan membeli rumah/kereta berhutang (seperti kontroversi baru-baru ini)? Jarang menggunakan khidmat bank? Tiada kad kredit?

“Mana yang kita boleh elak kita elakkan dahulu” Dan kalau lagi best kita sama-sama beri kefahaman ini kepada seluruh orang Islam kita. Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada institusi ‘bank’ seperti zaman sekarang. cara bank cipta duit

SEBARKAN. MOGA ALLAH MERAHMATI PERJUANGAN KITA. ALLAH ALWAYS NO 1. Yang takut azab Allah SWT, Khalif Samsudin. (Si Ganjil yang mengkaji). kredit: Khalif Samsudin

Forex Matawang Riba

Ada orang kata main forex boleh, ada yang kata haram, ada yang kata harus dan pelbagai. Nak tahu hukum boleh tanya istaz dan rujuk pakar hukum ekonomi. Personal opinion aku, janganlah main forex. Banyak sebab aku tak main forex walaupun tengok member untung besor.

Forex ialah perniagaan matawang,dekat situ pun dah jadi masalah besar. Matawang sendiri pun dah RIBA. Sebab matawang dicipta pun berdasarkan KEPERCAYAAN !! Kalau dibackup emas boleh ke ? itu sebenarnya penipuan. Sebab orang yang cipta matawang ni pun tahu apa akan jadi nanti.

Nak jadi teruk bila matawang ni boleh dicipta atas ANGIN. Macam amerika, rusia, china, boleh print sesuka hati duit. Dekat sini pun dah berlaku inflasi, yang menyebabkan ramai mati kelaparan sebab duit makin tak bernilai. Tambah lagi bila dibackup dengan KEPERCAYAAN, maknanya ada orang boleh MANIPULASI kepercayaan tersebut.

Taktik Nazry Rahman

Aku tengok tiktik nazry rahman pasal Asean financial crisis, balik balik George Soros yang kena. George soros tahu benda ni boleh dimanipulasi , dan dia pun boleh buat sesuka hati pasal nih. Jadi forex ni akan rugi kalau tak kena gaya. Sebab bank negara pun rugi 15 billion sebab TAMAK .

Forex wujud dalam komputer yant tak boleh dikawal dan perlu diramal, walaupun kau ada algorithm bagai. Forex ni kalau dah beli dia tak.boleh jadi benda lain. Makan pun tak.boleh. Kalau perasan imam syafie suruh bayar zakat dengan harta yang real tangible.

Sebab dia pun tahu nanti bila boleh ditukar, ada mamat yang akan ambil peluang manipulasi. Kes tabung haji pun duit dah takde, negatif, berhutang, tapi atas komputer ada, sebab kepercayaan. Pening pala nak berjudi nasib naik turun forex. Bagi aku baik berniaga benda REAL. Nanti aku cerita lagi pasal benda REAL nih.

Nak lagi bagus sebenarnya kau usahakan MAKANAN daripada logam . Semuanya ada kelebihan !!! cara bank cipta duit

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply