Cara Beli Emas Maybank2u

cara beli emas maybank2u

CARA BELI EMAS MAYBANK2U. Sikit-sikit lama-lama jadi jongkong. Awas, Panjang. Hari ni Abe nak ajar korang cara afdal melabur emas. Zass! Cara selamat untuk melabur emas dan dana unit amanah ada saham patuh shariah dari USA ialah dengan membeli secara tiap-tiap hari. Kenapa? Sebab kedua-duanya bukanlah simpanan. Kedua-duanya ialah pelaburan.

#BezaMenyimpanDanMelabur

Apa beza simpanan dan pelaburan?

  • Simpanan biasanya capital guaranteed seperti simpanan di islamic savings account, tabung haji, AHB (Amanah Hartanah Bumiputera), fixed deposit, dan dana unit amanah money market.
  • Simpanan tidak ada service charge atau pun spread.
  • Simpanan biasa berkembang pada kadar pulangan sama atau lebih rendah daripada kadar inflasi.
  • Simpanan ialah satu cara anda letak duit yang anda mahu guna in less than 3 years.

Anything below that is considered as short term. Pelaburan kena long term. Jangan confuse antara pelaburan dan trading.

#BeliEmasIalahPelaburanBukannyaSimpanan

Jadi pembelian emas ni bukanlah sejenis simpanan tetapi pelaburan. Harganya turun dan naik dengan agak volatile (menggila) sekali. Graphs harganya sangatlah ganas turun dan naiknya. Boleh muntah kalau tengok setiap hari.

Ia ada spread atau lebih kurang kita panggil service charge. Ia tak capital guaranteed. Anda kena beli dan labur secara mid to long term. Mid tu 3 tahun ke 5 tahun. Long term tu 5 tahun dan ke atas.

#CaraProInvestorBeliEmas

Jadi cara terbaik untuk layan benda yang turun dan naik secara mendadak setiap hari seperti emas dan dana saham unit amanah ialah dengan membelinya secara sedikit demi sedikit. Tapi belilah sekerap mungkin. Paling baik kalau anda boleh beli setiap hari.

Bila anda buat seperti itu, anda akan dapat beli di setiap harga di lembah yang terbawah, di tengah graf, dan di puncak. Dan sebab itulah pembelian emas di Miga-i ialah cara terbaik bagi Abe untuk pelaburan emas.

#AmendeMIGA-i ni?

Apa itu Miga-i? Nama penuhnya ialah Maybank Investment Gold Account-Islamic. Bahasa Melayunya ialah Akaun Patuh Shariah Pelaburan Emas Maybank. Anda boleh belinya di Maybank2u tapi anda kena guna website Maybank2u lah bukannya di MAE.

Apa yang best? Anda boleh beli bermula serendah 10 Ringgit sahaja. Jadi sebab itulah bila Abe bukak website Maybank2u, Abe akan beli RM 10 dan ke atas. Tapi bila Abe beli emas Miga-i ni, Abe akan beli juga dana ekuiti USA unit amanah. Sebab secara long term both are very good investment.

#DuluAbeBeliEmasPublicGold

Dulu Abe beli emas melalui Public Gold. Abe kumpul emas fizikal 1 gram atas kad tu. Tapi bila Abe nak jual, Abe kena pergi ke kaunter di kawasan sekitar Sunway Pyramid area. Kena bayar parking, tol, dan minyak. Kena guna masa beratur nak jual lagi. Padahal masa ialah benda yang paling mahal untuk orang kelas T1.

Kemudian spread Abe kena sebab berat tak banyak mana ialah 9 peratus. Minimum nak beli kalau secara online pula 100. Miga-i 10 sahaja. Agak besar sebenarnya 9 peratus tu untuk sebarang pelaburan bagi Abe. Banyak betul Public Gold ambil. Cara beli emas maybank2u

#MigaiJauhLebihMurah!

Jadi sebab itulah Abe suka dengan Miga-i ni. Spreadnya 3% dan lebih rendah. Beza 6% itu banyak sebenarnya. Emas Miga-i ni boleh ditukar kepada emas fizikal dan boleh di ambil dan dijual di kaunter Maybank tertentu. Maybank ada banyak cawangan seluruh negara!

Ada orang kata kos nak tukar kepada emas fizikal untuk Miga-i mahal sedikit. Kalau ikut kiraan Abe, kosnya 1.5% je. Still lagi murah dari bayar spread difference 6% tu! Apa punya argument daa. Very misleading.

#CaraBeliTuPenting!

So apa Abe buat ialah Abe beli 10 Ringgit setiap kali Abe buka website Maybank2u. Ada hari Abe beli lebih. Sedar tak sedar dah jadi 1085 Ringgit dah. Purata harga Abe beli ialah RM 297. Dah ada 3.569 gram dah. Dan oh ya, orang kata harga belian di Miga-i murah sedikit berbanding di Public Gold.

Rancangan Abe ialah Abe nak kumpul sampai ada 25 gram ke atau maybe 100 gram ke baru Abe tukar ke emas fizikal. Kasi bini simpan kalau-kalau ada kecemasan dan atau kalau akaun bank kena beku (Nauzubillahi Min Zalik).

#MoralOfTheStory

So Alhamdulillah, Abe pun tak ingat camne Abe terjumpa Miga-i ni. Samalah kot dengan AHB (bukan ASB ya? Abe tak sentuh ASB), Abe saja je godek-godek website M2U kot? Sejak Abe melabur Miga-i ni, Abe dah berhenti dah beli emas dari Public Gold. Sebab for me Abe boleh beli secara online, spread nya 6% lebih murah, Abe boleh top up 10 Ringgit je.

Dan sekiranya kalau Abe tukar kepada emas fizikal di cawangan Maybank, ianya lebih berbaloi ongkosnya. Jadi itulah perkongsian Abe hari ini. Ingat, seorang pelabur tegar mereka dah biasa tengok paper loss and mereka biasanya melabur untuk long term.

Bagi Abe pelaburan emas ni tak sekompleks pelaburan unit amanah. Pelaburan unit amanah ada macam-macam dana yang kena pilih. Emas ni ada satu je. So actually ia ialah pelaburan yang tak payah guna otak dan ejen sangat.

Anda hanya perlu beli sekerap mungkin sahaja dan pegang 3 tahun dan ke atas sahaja. The longer the better. No brain needed. Jadi pelbagaikanlah portfolio pelaburan anda. Cara nak beli emas Miga-i ada di komen pertama dan teratas. Semoga post pelaburan ini bermanfaat. Until Then, Happy Diversifying Your Investment.

#investment#diversification#emastanpaejen#spreadrendah#migai

1. Semua platform online patuh syariah, bila kita beli, kita cuma dapat satu akad jual beli memaklumkan jumlah yang kita dah bayar dan berat emas yang kita dapat.

2. Emas kita dipegang oleh syarikat tersebut.

3. Emas di Bursa Malaysia pun sama, yang tiada dalam list ini.

4. Awak mungkin perlu bayar kos penyimpanan emas sepertimana yang dibuat oleh Bursa Malaysia.

5. QM waive kan fee ini sebab spread di QM sudahpun memadai untuk cover cost simpanan.

6. Guys, nak dapat sijil halal JAKIM pun dah pain in the *ss, apatah lagi nak dapat sijil patuh syariah urusan muamalat.

7. Yang nak beli emas dan nak pegang, silakan. Semua platform ini boleh “withdraw” emas yang kita dah beli. Mungkin pengecualian kepada Maybank. Betulkan saya jika silap.

8. Kita beli emas sebab nak jual balik. Bila? Bila harga naik. Sesuaikan dengan matlamat kewangan masing-masing.

9. QM wujud sejak 2012. Tak pernah sekali masuk watch list BNM. PG? Pernah masuk tau.

10. Jika awak tak dapat terima konsep beli emas atas platform digital ini, mungkin awak pun tak perlu ada akaun bank. Nombor semata dalam tu, bukan nampak pitis pun. Suruh bos bayar gaji pakai duit kertas, fizikal.

11. It’s already 2024. Celik sikit mata dan minda. cara beli emas maybank2u.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply