Perangkap Kad Kredit Malaysia

perangkap kad kredit malaysia

Perangkap Kad Kredit Malaysia ? Masalah betul kalau ada kad kredit. Ada yang kata bagus, ada yang kata menyesal, jadi macam mana nak buat nih ? Jom baca pengalaman setiap orang bagaimana mereka handle kad kredit mereka

Mohon kredit kad untuk dapat cashback 2% ke atas setiap penggunaan.

Dapat penerbangan percuma, dapat VIP lounge, dapat minyak petrol percuma, dekat Shopee dapat free shipping. Wah semuanya macam best kalau ada kad kredit.

Ditambah pulak dengan cakap-cakap orang awam kata “Kad kredit lagi selamat. Sebab bukan belanja guna duit kita. Tapi duit bank.” Maksudnya kalau ada penipuan, bank lebih mudah refund.

Tapi, kita tengah main game dengan bank. Mengharapkan 2%, tapi nak dapat 2% tu kita tengah bermain dengan 18% interest. Kalau melabur dalam saham, tak berbaloi nak kejar 2% untung dengan 18% risiko rugi.

Berapa ramai customer saya terperangkap dengan hutang kad kredit. Gaji besar, tapi outstanding kad kredit RM 2000 pun tak bayar. Dilengah-lengahkan sampai rekod teruk. Tak perlu hutang kad kredit tinggi. Cukup sedikit sahaja berlengah, sedikit sahaja leka, sedikit sahaja lupa. Bank menang. Rekod baik “Outstanding” sekejap sahaja jadi “Defaulter.” Jangan bermain dengan api, kelak bakal membakar diri.

Kita rasa kita boleh kalahkan bank dalam game yang bank sendiri reka? Kita suka dapat sehiris keju, padahal kita sekadar tikus di makmal sains orang lain. Bank lagi suka, bank menjemput anda masuk ke dalam kasino yang mereka selalu menang. They don’t need to win every time, they just need to win once. memang perangkap kad kredit malaysia.

KISAH BENAR: HUTANG PERANGKAP KAD KREDIT 72 RIBU

Debt snowball. Ia ialah salah satu teknik untuk melangsaikan hutang yang dipopularkan oleh Dave Ramsey. Ada satu kaedah lagi. Namanya ialah debt avalanche. Ia ialah teknik dengan menumpukan kepada pelangsaian hutang yang ada interest rate yang paling tinggi ke rendah.

Biasanya kad kredit atau personal loan dulu. Abe tak pilih teknik ni sebab Abe dah tak ada kad kredit. Abe hidup dengan cash dan kad debit sahaja sekarang.

#KadKreditIalahSlaveMaster

Kenapa Abe tak suka guna kad kredit? Sebab Abe tak disiplin bab ni dan Abe tak perlu diperangkap secara tak sedar oleh bank untuk gila kumpul points.

Plus Abe ni GAM Unit Amanah. Biasanya setahun Abe dapat dua trips 5 bintang. I don’t really need to take risk untuk hanya kumpul points for travel bonus or beli gajet.

Sebab bagi Abe, mungkin kita ni disiplin bayar full. Tapi you never know maybe suatu hari kalau kita tersilap langkah dalam kegilaan nak kumpul points ni, ada masa kita tak mampu bayar penuh hutang kad kredit ni.

Pastu mulalah kita belajar bayar bayaran minimum je. Mula-mula kita kata, “Takdelah teruk mana bayar minumum ni. Aku ada income what?” Macam tu lah anda akan bermula. Lama-lama kita jadi hamba kad kredit.

#KitaTengokFaktaMajoritiDahlah

The fact is, majoriti rakyat Malaysia suka berhutang guna kad kredit dan hanya bayar minimum payment sahaja setiap bulan. Dan hakikatnya, terlalu banyak yang muflis akibat jerat ni. Especially geng yang judi forex atau trader kripto yang swipe kad kredit untuk elakkan margin call.

Abe tahulah. Abe dulu bekas penagih forex. Asyik swipe kad kredit je untuk elakkan margin call. Last-last penuh hutang kad kredit.

#EasyPrey

Kadang-kadang kita tak tahu camne kita boleh terperangkap dengan pemangsa ini. Ada satu masa Abe berhenti kerja buat unit amanah full time. Bila nak belanja clients, Abe swipe kad kredit. Bila nak isi minyak, swipe, bila nak beli grocery swipe.

Tapi yang paling parah, Abe pernah bayar cukai pada LHDN sebanyak 40 ribu guna kad kredit. 40 ribu. Dang it!! Bila ada kad kredit satu lagi kita ada kemudahan untuk keluarkan duit tunai ez money. Lepas tu jadilah hutang.

Sebab apa? Sebab boleh dik? Tidak, sebab terlalu senang. Kita yang tak mahu rasa susah akan mula ambil jalan pintas. Kredit kad ialah jalan pintas itu. Ada satu masa tu Abe punya hutang kad kredit mencecah 72 ribu sebulan! Gila betul Abe. Tapi time nak survive dulu camtulah.

#IFeelEmancipated!

Sekarang Abe dah tak ada dah dua kad kredit tu. Abe berjaya settle hutang 72 ribu tu thanks to moratorium dan sebab Abe dah stabil dalam kerjaya unit amanah ni. Bila takde kad kredit ni Abe rasa lega sangat-sangat.

Rezeki pun jadi murah bila Abe potong guna gunting dua kad kredit konvensional tu. Sekarang Abe hidup dengan apa yang Abe ada kat tangan dan dalam bank je. Abe tahu akan ada orang komen, “Saya okay je Abe, saya disiplin, cukup masa saya bayar full.”

Well baguslah. Tapi before you talk cock further, ketahuilah, anda tu minoriti je. Bangsa terpilih, macam Bani Israel kaum Judah. Abe ni tergolong dalam majoriti. Dan majoriti orang Malaysia memang bayar minima sahaja.

Padahal Abe ni kira disiplin jugalah bab melabur ni. Tapi Abe perasan Abe ni agresif sangat melabur tapi tak agresif menyimpan mana.

#BankSukaKorangHutangKadKredit

Sebab tu bank makin kaya bila korang hutang guna kad kredit ni. Mana tak kayanya, kadar bank 18% tu. Bukan senang nak dapat annualized return 18% dari pelaburan. laburan bank tu. You are their asset. You work hard just to make them rich.

Sebab tu bank boleh beli menara tinggi-tinggi, office cantik-cantik, etc. Bonus besar gila! bab majoriti rakyat Malaysia dah jadi hamba mereka. They are your slave masters dah.

#MoralOfTheStory

The point is here, majoriti kita ni tak disiplin mana pun. Toksah cong sangatlah. Pada yang disiplin, tahniah Ya Bani Israel. So kalau korang dah tahu korang tak disiplin, try lah, do not live with future money. Hidup dengan duit yang ada kat tangan je.

Tapi kalau korang nak ada juga kad okay je. Make sure kad tu is an Islamic Card dan anda minta wife atau hubby korang pegang kad tu. Tapi Abe pernah buat camtu juga. In the end bila terdesak Abe minta dengan bini dan mulalah ketagihan hutang semula.

Eh, Abe nak cerita pasal debt snowball optimization. Tapi melalut pasal kad kredit lah pulak. Esoklah Abe cerita pasal debt avalanche vs debt snowball ni. Tapi jujur, Abe nak cakap seksa jugalah bila ada hutang kad kredit 72 ribu tu. Parah betul!

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Until Then, Happy Improving Your Personal Finance Discipline Lillahi Taala. Banyak pengalaman mengarut tapi Alhamdulillah dah nak financially free dah walaupun dah banyak kali melilau. pengalaman perangkap kad kredit malaysia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply