Singapura Maju Malaysia Mundur ?

singapura maju malaysia mundur

Singapura Maju Malaysia Mundur ? Semalam gua ader tengok satu video tular “pelawak berdiri” perempuan yang membandingkan Singapura dan Malaysia. Penuh hinaan darinya terhadap Malaysia.

Gua simple je. Kenapa “beliau” mengatakan macam tue. Sebab di Malaysia nih masalah rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah sejak sekian lama…

Bila dinasihat dikatakan dengki… itu masalah utamanya Malaysia.

Tak kira la siapa yang memimpin. Yang lama ka yang baru ka. Sama ja.

Kita nak marah kat seorang “pelawak berdiri” tu ka? Sebenarnya tak boleh jugak nak marah dier sorang sebab apa yang dier cakapkan tue sebenarnya ialah apa yang keseluruhan warga Singapura punya persepsi terhadap Malaysia.

Tak kira la warga Singapura ru dari bangsa Cina, India atau Melayu… sama jer perangai dan persepsi merekw terhadap Malaysia.

Jadi… apa yang kita boleh buat?

Kita kena berubah. kena keluar dari kepompong selesa. kena lebih berfikiran terbuka. Keluar dari daerah pemikiran sempit berasaskak kaum dan agama.

Kita sebenarnya sebuah negara kaya. Tapi macam gua bagitau tadi la… Pengurusan negara sejak sekian lama terbelenggu dengan pemikiran yang kolot yang penuh dengan kroni, puak, geng dan sebagainya.

Contoh mudah la… penjanjian air ngan Singapura pun masih guna deal yang lama. Langsung takder anjakan. Adoyai.. jual air mentah 10000 liter pada harga 3 sen… Gila apa..

Situ ja dah cukup menunjukkan betapa lemahnya tadbir urus aset negara.

Belum lagi isu kita benarkan warga Singapura berbondomg-bondong masuk Malaysia setiap hari untuk membeli barangan dapur “bersubsidi” tanpa kawalan pun. Habis subsidi kita hilang ke Singapura.

Patut di Johor, warga Singapura kena beli barang dapur pada harga bukan subsidi… Pembelian di pasaraya mesti menunjukkan MyKad… barulah kita boleh kawal…

Kalu nak dikirakan … subsidi barang dapur paling banyak habis di Johor kepada Warga Singapura… sama la jugak dengan kos petrol bagai.

Untuk kesekian kalinya… Kita perlu ajar sedikit warga Singapore untuk hormat Malaysia. Mana yang ader saman trafik, haramkan saja dari memasuki Malaysia. Kalu dah berada di Malaysia… saman trafik tue kena ikut nilai dalam Dollar Singapore.

Jangan la saman trafik RM300… berapa la sangat duit Singapore…

Kita kena bertegas.

Contoh lagi… Jangan benarkan warga Simgapore bawa kenderaan mereka di Malaysia. Mereka wajib kena sewa kenderaan di Malaysia.. semua kenderaan peribadi rakyat Singapore wajar diparking di kawasan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Parkir ini kita bagi kat LTAT kendalikan… at least ader income.

Kita hanya benarkan kenderaan perdagangan jer untuk guna jalan di Malaysia.

Tapi…

Ini semua tak berguna jika rasuah, salahguna kuasa, ketirisan dan tadbir urus yang rendah di Malaysia tidak dapat ditangani dengan baik dan segera.

Akhir kata… Agensi Risikan Singapura (SID) memang lawak… banyak kali depa kantoi… Your moves always as predicted … Hahahaha

singapura maju malaysia mundur

ANGLOPHILE APOLOGIS PENJAJAH BRITISH DAN KEMERDEKAAN NEGARA

Aku percaya ramai golongan Anglophile akan cakap ‘tAK sALAh kaLaU kiTa nAk beRSeDiH tENtaNG kEMaNgkAtaN bAGinDA QuEeN eLizABetH!!1!’.

Memang tak salah pun. Aku percaya ramai je generasi yang tua dari aku, yang hidup sebelum Operasi Serangan Subuh yang dirancang Tan Sri Khalid Ibrahim tahun 1981 dulu ada fondness dengan keluarga diraja Britain ni.

Zaman aku remaja dulu ada je orang tua baya makcik aku yang menangis tersedu sedan sebab Lady Diana mati macamlah Lady Diana tu sedara dia.

Sejak Operasi Serangan Subuh 1981, generasi yang lahir selepas itu dah takde fondness terhadap British macam generasi sebelumnya. Generasi sebelumnya terutamanya generasi sebelum boomers dan kebanyakan boomers masih belajar menggunakan sistem sekolah British.

Hanya pada tahun 1974 apabila Dasar Pendidikan Negara diubah, maka kebritishan yang ada pada masyarakat kita mulai pudar. Dulu rilek je orang Melayu minum whiskey macam gaya Kapten Syers. Tapi benda ni sekarang dah dilihat taboo oleh orang Melayu.

Tak ada masalah pun untuk kau sedih tentang kemangkatan Queen Elizabeth.

Tapi kalau kau ni sedih pasal QE mangkat, tapi kau sendiri kutuk-kutuk institusi diraja Melayu, Anglophile kau ni bermasalah.

Aku ni takdelah Anglophile tapi aku layan la muzik Britpop. Dari The Beatles ke Led Zep ke Pink Floyd ke David Bowie ke Depeche Mode ke New Order ke Blur ke Oasis ke Radiohead ke Muse ke Arctic Monkeys ke Adele ke Stormzy, aku layan je.

Aku pun layan la jugak liga bolasepak EPL walaupun liga itu semakin international dan semakin terhakis kebritishannya. Aku juga pernah tinggal di London maka aku faham jugalah lifestyle kat sana macam mana.

Tapi kalau Anglophile sangat sampai kau nak kata Queen Elizabeth berjasa untuk memerdekakan Tanah Melayu, aku hanya boleh cakap, kepala hotak la kau.

Sebagai seorang ketua monarki dalam UK, Queen Elizabeth hanya bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Semasa Malaya merdeka, yang dealkan benda tu ada tiga Perdana Menteri, Winston Churchill, Anthony Eden, sebelum disempurnakan oleh Harold MacMillan. singapura maju malaysia mundur.

Semasa Sabah Sarawak dan Singapura nak sertai Malaysia, Alec Douglas-Home yang uruskan.

Queen Elizabeth berusia 31 tahun semasa Malaya merdeka. Apa je seorang wanita berusia 31 tahun pada era 1950an yang misoginistik tu boleh buat untuk mencipta sebuah mekanisme untuk memerdekakan Malaya? Takde, dia ada di situ sebab ayah dia George VI. Sebab dia keluarga diraja Windsor, tu je.

Jadi hentikanlah romantisme terhadap British ni dengan melihat zaman penjajahan British ni dalam rose-colored view dan bernostalgia terhadap perkara yang salah dan jahat.

Melihat zaman penjajahan British sebagai nostalgia ini adalah perkara yang sebenarnya merendahkan Operasi Serangan Subuh, dan merendahkan kemerdekaan negara sendiri.

Dalam banyak-banyak negara-negara Komanwel, selain big 4 (United Kingdom, Australia, New Zealand dan Kanada), cuma Singapura dan Malaysia je yang ada pertubuhan ekonomi yang stabil.

India hanya pada tahun 1990an je baru ekonomi stabil, kalau sebelum tu boleh tahan huru-hara. Negara Komanwel lain di Afrika dan Carribean atau Pasifik, sama ada mundur, dan kalau yang kaya macam Cayman Islands atau Seychelles pun, sebab orang billionaire simpan harta nak elak cukai.

Jadi, hanya sebab kau Anglophile, doesn’t change the fact that kau ni orang Malaysia. Malaysia atau Malaya, Sabah dan Sarawak dulu taraf kita hina je di mata mereka.

Nak sedih pasal Queen E, sedihlah kau. Tapi kalau kau cakap dia berjasa memerdekakan negara la, benda tu memualkan aku. singapura maju malaysia mundur.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply