Tips Bila Membeli Durian

tips bila membeli durian

Tips Bila Membeli Durian. Beberapa hari lepas sy & kakak beli durian IOI. Cara sy pilih durian, sy ikut tips dr perkongsian di bawah ini. Sedikit sebanyak, membantu jugalah untuk pilih durian yg baik.

Tips Bila Membeli Durian

1. Pastikan bhgian tangkai masih lg bergetah..klu yg Baru luruh…pada bulatan tangkai tu akan Ada rasa blndir…..menandakan buah betul2 fresh…..

2..jgn tertipu bile pnjual ckp Baru luruh….tangkai akan semkin mgecut dan mngecil ….mnandakn buah semkin kurang kualiti….

3..pilih buah yg tidak pecah bontot…buah yg Baru…xakan pecah…buah durian akan start merekah hari ke3 …ketika INI…rekahan bentuk line disetiap alur pangsa…semkin merosot kualiti semkin besar rekahan..kualiti tempoyak je…

4.jika suka rasa yg lemak manis2…pilih Duri pendek n Sekata……

5 .jika suka yg jenis manis melenting2 tetapi Ada rasa Pahit sedikit..pilih Duri yg melengkung sedikit….biase berduri pnjang seinci

6.untuk mngenal pasti buah elok x rosak atau bena….cium setiap pNgsa…buah yg masak Ada bau drpd setiap pangsa….ni paling mudah

7…BG yg professional….kami akan..
A….goncang buah…buah masak elok Terasa Ada gegar..
B….teknik mnggaru buah…buah yg masak elok Ada bunyi lompong…mnkla buah yg muda bunyi padat …
C…durian bukit berbeza dgn durian kampung….drpd saiz(2.5-3.0 kg sebiji dan lebih)..tekstur isi ..ketebalan isi n bentuk duri… Duri lebih pendek berbanding durian kampung yg ditanam tanah rata…
D..untuk tentukan jenis warna isi durian…di bhgian tangkai tu Kikis ….ada beza warna Pada kulit Ari durian …t bile kikis sikit dgn kuku bole tgok kulit Ari durian….Ada yg hijau Ada yg coklat…coklat pun byk jenis….Sebb berbeza warna isI……jika kulit ari kuning…isi juga kuning….n jika dikikis kulit tebal. .isi pun tebal….BG durian bukit isi tembaga….buah durian sendiri coklat Perang MCm tembaga……..utk tip yg INI…cheq minta maaf Sebb x dpt buat live…Sebb cheq terikat dgn kije hakiki yg mnyebabkn xbole merentasI negeri……cheq a per nah wat video tahun 2019..abiss cheq kene Maki n kene kecam dgn peniaga2 durian…sampaikn fb cheq kn hacked Sebb cheq byk share ilmu pilih buah2 ..durian/cempedak / dokong / manggis….

Sedikit coretan ilmu ….n tip pilih durian…drpd seorg anak Kebun….cheq tidak berjual di DLM group INI…sekadar berkongsi ilmu shj….Sebb kesian Beli mahal2 tp buruk….yg mnjual ITU dieorg bukan pemilik Kebun..Sebb tu mereka kejar untung……
Wassalammm

Tips beli durian Raja Kunyit @ Musang King paling mudah

1. Lihat dulu di hujung buah. Pastikan ianya ada “tapak bintang” yang jelas. Hanya klon D197 @ Raja Kunyit @ Musang King sahaja yang ada ciri tersebut. Senang kan?
2. Pilih buah yang sempurna simentri @ bentuk buahnya. Buah yang sempurna simentri, setiap “pangsa” akan ada isinya. Jadi, taklah rugi bayar mahal-mahal.
3. Pastikan hujung buah tidak merekah atau terbelah. Biasanya, hujung buah akan merekah selepas dua hari gugur. Bila buah dah merekah, isinya dah mula lembik dan berair. Rasanya pun dah kurang umphh, hilang nikmat makan durian.
4. Isinya berwarna kunig dan tebal, rasa lemak dan sedikit pahit serta bijinya kecil. Rasa sekali pasti nak lagi.
Sila klik gambar untuk lebih jelas.
**Tolong kongsikan tips ini pada rakan-rakan peminat durian sebab mungkin ianya akan sangat berguna untuk mereka.

SELALU KENA TIPU TIME BELI DURIAN??

Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.
1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.
3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.
4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
6. Bau.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.
7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.
9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.
10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.
Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.

10 Tips Memilih Durian Sebelum Beli Yang Membuatkan Korang Tak Kecewa

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply